50 - Generasi Baru

502 8 2
                                    

"USU, babah dengan umi nak ziarah Pak Teh kamu ni. Dia kat Hospital Sunway. Nak ikut tak?"

"Tak nak la babah. Tak larat nak jalan dah ni." Beritahu Sufea sambil mengusap perutnya.

"Nak cepat mudah bersalin kena banyak berjalan. Tak laratlah sangat yea. Tadi umi nampak kamu kemas bilik siap angkat katil lagi."

Sufea tersengih.

"Buat alasan aje dia ni nak mengelak tak jumpa Pak Teh dia. Nak, kita ni menumpang kat atas tanah dia ni hah. Dah siap rumah kat Batu Lapan tu baru kita pindah." Marah Hajah Kalsum

"Baik tak payah pindah hari tu dari Bangi. Dah dua tiga kali kerja nak berpindah randah."

"Usu... Pak Teh kan minta tolong jaga rumah dia ni. Dia dah banyak tolong kita Usu." Hajah Kalsum mempertahankan adiknya.

"Lepas ambil tanah umi, pandai minta tolong pula jaga tanah ni."

Hajah Kalsum hanya menggelengkan kepala. Tanah pusakanya ini sebenarnya hendak dijual kepada orang lain kerana Hajah Kalsum mahu menambah kos rawatan Hamidun. Rosmila tidak tahu juga perihal ini. Apabila Mustafa tahu niat Hajah Kalsum, dia yang membeli tanah ini kerana tidak mahu tanah pusaka ini jatuh ke tangan orang lain. Hajah Kalsum meminta agar Mustafa merahsiakan hal sebenar.

"Usu, kamu tu tak tahu cerita sebenar! Jangan cepat sangat nak buruk sangka dengan orang." Haji Roslan mula rimas. "Dah, pergi bersiap. Jangan nak membantah cakap babah."

Mahu tidak mahu, Sufea akur dengan arahan orang tuanya.

Ya, Sufea memang berkecil hati dengan Pak Tehnya. Pak Teh telah mengambil tanah pusaka milik Kalsum sehingga kakaknya itu hanya mengharap tanah pusaka Roslan di Teluk Intan. Sufea sendiri tidak faham kenapa umi dan babahnya mahu tinggal di Kampung Batu Untung sedang rumah di Perak sudah sedia untuk dihuni. Kebun sudah sedia untuk diteroka.

"Kalau tak tahu cerita, jangan nak marah-marah. Fikir anak dalam perut tu." Haji Roslan berleter.

"Babah tak cerita. Asyik duk kata kalau tak tahu, kalau tak tahu. Dah tu bilanya Usu nak tahu? Nak biarkan Usu ni buruk sangka sampai ke mati?" Sufea menjawab. Masih marah.

"Aihh menjawab pula."

"Dah tu, nak Usu diam aje?" Naik darah Sufea.

"Ehhh kamu berdua ni." Hajah Kalsum mencelah. "Sufea Nur Haseena... Umi tak cerita sebab Umi nak kamu belajar bersangka baik. Jaga emosi kamu tu. Kalau kamu boleh baik sangka dengan laki kamu, kenapa tak boleh baik sangka dengan Pak Teh? Kalau Usu sakit hati sebab tanah ni, sebagai satu kejahatan Pak Teh, kenapa Usu tak fikir 10 kebaikan yang pernah Pak Teh curah kepada Usu?"

Sufea terkesima. Tepat tembakan Hajah Kalsum.

"Jangan lupa bawa buku klinik" Hajah Kalsum tidak membiar Sufea terus kaku.

Akhirnya Sufea kalah dan mengalah. Dia akur.

DI dalam wad, Sufea diam sahaja. Berpura-pura sibuk dengan telefon bimbitnya. Hajah Kalsum dan Haji Roslan, rancak berbual dengan Mustafa.

"Usu, Pak Teh tanya tu!"

"Hah!" Sufea terkejut dengan sergahan Hajah Kalsum. "Err sorry Pak Teh, tengah berbalas-balas mesej dengan kawan. Pak Teh tanya apa?" Sufea berbohong. Sedang dia sibuk bermain Fruit Ninja.

"Usu tak nak sambung belajar lagi? Ambil master ke?"

"Oh... Tengah apply Pak Teh. Cuma tak dapat Visa lagi. Insya-Allah bulan Ogos nanti akan fly sebab pengajian mula September." Beritahu Sufea.

Hajah Kalsum mahupun Haji Roslan terdiam. Mereka tidak mengetahui apa-apa perancangan masa depan anak mereka.

"Oh, study kat luar negara la eh."

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now