16 - Temujanji Pertama

221 6 1
                                    

TEPAT pukul 3.30 petang, Adzrul datang menjemput Sufea. Itulah temujanji pertama mereka sebagai pasangan kekasih yang Adzrul isytiharkan tengah malam tadi.

Hari ini mereka akan ke Serdang hanya untuk mencari cincin. Mulanya hajat untuk mencari cincin di sekitar Kajang sahaja tetapi Sufea teringat peristiwa ketika di McDonald tempoh hari. Dia tidak mahu kantoi oleh keluarga Rania ataupun Fatin. Bagi Sufea, belum masanya untuk memberitahu yang dia akan menjadi milik Adzrul.

"I was wondering something. Kau ada sembunyikan sesuatu dari aku tak?," tiba-tiba sahaja Adzrul bersuara.

"Mana ada."

"Ada."

"Apa?"

"Aku dapat rasa mesej pasal Achik tu, ada sambungan. Aku nak tahu jawapan Nia sebab kau soal dia, 'Nia OK ke kalau aku couple dengan Adz?'. Mesti ada jawapan, kan?"

Sufea diam seketika. Bergelora juga jiwanya.

"Nia OK."

Adzrul senyum. Dia tahu pasti Rania akan bersetuju. Apa tah lagi Fatin. Kedua-dua temannya itulah yang mendorong dia untuk meluahkan rasa kepada Sufea ketika di Tingkatan Enam dulu. Malangnya, Sufea agak ralat menerima perasaan Adzrul. Gadis itu merasakan 'adalah haram' untuk membalas cintanya.

Mata Sufea melirik kepada Adzrul.

"Yang senyum-senyum tu kenapa? Sukalah tu." Sufea terus mengalihkan pandangan matanya ke luar tingkap. Hatinya terasa terusuk seolah kalah dalam pertaruhan jiwa.

"Merajuk pula!" Adzrul menyedari perubahan mood Sufea. "Setiap sesuatu tu confirm ada hikmahnya. Hikmahnya tu sama ada cepat atau lambat saja. Dulu kau tak terima aku tapi sekarang kau pula minta aku untuk jadi milik kau."

Hati Sufea tambah memencil.

"Kalau kau rasa permintaan aku tu melampau, biarkan aku dengan Qayyum." Sufea membuka rasa hati. Namun pandangannya tetap di sebelah kiri.

"It is extreme tapi aku tak akan biarkan kau kahwini Qayyum."

Menyampah! Desah hati Sufea. Jari jemarinya terasa gatal hendak mencekik leher Adzrul. Eiiii... geramnya!

"Aik, jari-jari tu dah bergenggam-genggam tu, macam geram jak." Tegur Adzrul.

Sufea menggigit bibir. 'Urghh... Inilah penyebab utama aku tak mahu couple dengan bestfriend. Semua tebiat kitapun dia tahu. Menyampahnya!'

Baru hari pertama, hati Sufea sudah lebam. Dia tidak dapat membayangkan hari-hari mendatang untuk terus hidup bersama Adzrul. Pun begitu, Sufea harus redha. Dia sendiri yang mencari masalah. Dia sendiri yang mahu masa depannya hancur di tangan Adzrul bukan lelaki lain.

"Senanglah lepas ni kan, kau nak control aku. Semuapun kau tahu." Luah Sufea geram.

"Bukanlah macam tu sayang oiii... Sekurang-kurangnya aku tahulah nak selesaikan masalah. Kalau kau merajuk, aku tahulah apa benda yang boleh pujuk hati kau."

"Aku akan make sure kua tak kan tahu apa yang ada dalqm hati aku. Deep inside," keras suara Sufea. Tidak semena-mena ada airmata yang jatuh menelusuri pipinya. "Dan kalau aku merajuk kau tak pandai pujuk, awasss!"

Tiada kata yang Adzrul dapat ungkapkan sebaik mendengar 'amaran' dari Sufea. Sedikit perubahan alunan suara Sufea dia sudah dapat mengagak apa yang berlaku.

Bangunan The Mines sudah tersergam indah di depan mereka. Adzrul tanpa berlengah memasuki ruang parkir. Jenuh juga mencari petak parkir yang kosong. Hanya dapat di tingkat dua dan di tengah-tengah.

"Dah OK ke?" lembut sahaja intonasi soalan Adzrul. "Kalau tak OK, kita rehat sekejaplah kat sini."

"Tak apalah. Nanti kena tangkap khalwat pula."

Adzrul mengambil dua tiga helai tisu dan menghulurkan kepada Sufea. "Aku tau kau menangis. Lap airmata tu. Tak pasal-pasal pula aku kena tuduh memukul perempuan."

Sufea mengambilnya dan mengucapkan terima kasih. Namun dalam hatinya terdetik lagi rasa geram. 'Dia tahu lagi!'

Mereka jalan beriringan dari kawasan parkir hinggalah turun ke tingkat satu. Poh Kong juga yang menjadi pilihan Sufea walaupun Adzrul sudah menyinggah di Lazo Diamond. Sebenarnya Sufea sengaja tidak mahu singgah di kedai tersebut untuk membuktikan bukan semua perkara boleh diteka oleh Adzrul.

Sebaik tiba, mereka disapa mesra oleh pekerja kedai Poh Kong Jewellers. Dan sedang mereka mencari-cari cincin belah rotan yang sesuai, ada sepasang mata yang sedang memerhati mereka. Pengamatan yang sangat sangsi dan menimbulkan sesuatu di hati.

Hati pemilik sepasang mata itu sangat sangsi. Sangsi akan kelibat Sufea dan Adzrul yang datang ke kedai emas.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now