7 - Kendur

278 5 1
                                    

BUNGA-bunga di hati Sufea semakin layu. Kata-kata Jazlan sebagai bajanya susah untuk didengar. Jika dulu seminggu sekali, namun kali ini hanya sebulan dua kali. Itupun kalau bernasib baik.

Sufea semakin pasrah dengan arah cintanya. Pun demikian, dia masih setia pada Jazlan. Dia tidak tahu untuk bagaimana hendak memutuskan hubungan. Tidak ada sebab untuk dia berpisah dengan Jazlan. Sufea masih optimis meneruskan hubungan.

Sufea sama sekali tidak mahu mengganggu cita-cita Jazlan. Lebih-lebih lagi ia adalah untuk masa hadapan mereka juga.

"Sufea." Sufea pantas berdiri sebaik namanya disebut. Fikirannya pada Jazlan terus hilang.

"Iya, Puan." Jawab Sufea apabila mendengar panggilan dari majikannya. Dia bangun dan menghampiri bilik Puan Atikah.

"I dah e-mel semula draft increament yang you buat. Banyak kena amend. Pasal annual dinner, ambil draf ni. Ada yang perlu tambah dan tolak." Beritahu Puan Atikah.

Sufea menghampiri Puan Atikah dan mengambil kertas draf yang dihulurkan kepadanya.

"Dan Fea, I nak you sediakan bilik mesyuarat sekarang dan panggil Marketing Unit go to meeting room in 10 minutes," Arah Puan Atikah lembut namun tegas.

"OK."

Sufea meletakkan kertas draf majlis makan malam dan kemudian bergegas ke bilik mesyuarat dan menyediakan bilik itu sekemas mungkin. Puan Atikah tidak akan memulakan mesyuarat sama ada dirancang atau tergempar jika bilik mesyuarat bersepah dan jika tidak ada mineral di hadapan tempat duduknya.

Tiga minit selesai, Sufea bergeges pula ke Unit Pemasaran di tingkat yang sama. Dia menemui ketua unit tersebut.

"Luth, Puan Atikah nak jumpa semua staf Unit Pemasaran dalam masa lima minit. Right now!" Arah Sufea pula kepada Lutfi.

"Kenapa Fea?" Soal Lutfi agak kalut.

"Aku tak tahu. Marah sangat dia tu."

"Ni mesti pasal pelanggan tak dapat barang ni."

"Eh, cepatlah. You know her!"

Lutfi bergegas dan kemudian menjerit kepada empat orang kakitangan bawahannya.

Sufea terkocoh-kocoh semula ke bilik majikannya. Dengan nafas yang sedikit mengah, Sufea memberitahu majikannya yang Lufti dan kakitangan bawahannya sudah berada di bilik mesyuarat.

"Kenapa you mengah sangat ni? Lari hundred meters ke?"

"Lebih lagi, Puan. Luftipun dah mengah-mengah juga tu." Beritahu Sufea bagai tidak cukup nafas.

"Tahu tak, ada pelanggan complain dengan I yang produk yang mereka order tak sampai-sampai. Dah order seminggu lebih. I nak siasat betul-betul ni." Ucap Puan Atikah dengan nada yang cukup cemas sebelum melangkah ke bilik mesyuarat.

Sufea sedikit terkejut dengan hal yang diberitahu oleh Puan Atikah. Selama dia bekerja di Syarikat Asyique Sdn Bhd ini, tidak pernah pula Puan Atikah menerima aduan mengenai kelewatan barang yang dipesan tiba.

Dan baru sahaja seminit Puan Atika bermesyuarat tergempar dengan Unit Pemasaran, lebih lima kali Sufea menerima interkom dari staf lain. Kecoh jadinya, tambah-tambah apabila mereka melihat Lufti bersama stafnya berlari ke bilik mesyuarat.

Masa berlalu minit ke minit. Staf Lufti, Rohana beberapa kali keluar masuk bilik mesyuarat. Sekejap dia ke mesin faks, kemudian berpindah ke komputernya dan mencetak sesuatu. Tidak lama selepas itu dia kelihatan menggunakan telefon. Mukanya amat tegang. Tidak ada sesiapa yang berani menegurnya apabila dia lalu lalang di hadapan staf lain.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now