10 - Tarikan Baru

242 7 4
                                    

MAJLIS persandingan Ilham Johari dan Natrah Aizah berlangsung dengan meriah di Pasific Regency Hotel Suites. Tasha dan Jazlan tidak ketinggalan untuk meraihkan sama.

Semenjak Jazlan bengang dengan Tasha tiga bulan yang lalu, Tasha tidak pernah menonjolkan wajahnya apa lagi menelefon atau menghantar mesej kepadanya. Awalnya Jazlan rasa seronok tetapi semakin lama dia asyik memikirkan tentang Tasha.

Dan hari ini kelibat Tasha membuat Jazlan sedikit teruja. Penampilan Tasha sangat berbeza dan sungguh memukau. Hampir sahaja mengalahkan seri pengantin. Berbaju kebaya merah mengikut tubuhnya yang langsing. Rambut disanggul kemas menampakkan lehernya yang jinjang.

"Apasal dia nampak cantik hari ni?" omel Jazlan sendirian.

"Apa abang Jazz cakap?" soal Nyza yang duduk di sebelah Jazlan.

"Dek, Tasha nampak gergous kan hari ni?"

Nyza terus berpaling ke kiri. Dilihatnya Jazlan menongkat dagu memerhatikan Tasha yang begitu asyik melayan tetamu. Dia kemudian menepuk bahu Jazlan. Jazlan sedikit terperanjat.

"Abang dah fall in love dengan Tasha ke? Macam angau pula Adek tengok abang ni." Berkerut dahi Nyza sambil memandang abangnya.

"Kan..." Jawab Jazlan seolah memperakui pandangan Nyza.

"Abang ni kenapa? Ni dah kifarah dah ni. Tu lah, jangan benci sangat kat orang. Kalau benci dah jadi cinta, asam jawa rasa cokelat." Sindir Nyza.

Jazlan ketawa. " I am not fall in love lah. Abang puji dia je. Takkan pujipun dah maksud jatuh cinta pula."

"Bang, kalau pujipun, janganlah sampai lupa dengan Kak Fea. Adek tengok lain macam saja abang renung si Tasha tu. Rasa macam naik geram." Jazlan tidak mempedulikan kata-kata Nyza. "Adek nak tanya ni."

"Tanyalah."

"Kenapa abang tak jemput Kak Fea?"

Jazlan tidak menjawab. Dia terasa dibebani masalah yang cukup berat apabila nama Sufea disebut.

Dua minggu lalu mereka bergaduh. Sufea bertanya dia di mana, sedangkan selama ini Sufea tidak pernah mengambil tahupun dia berada di mana. Malah paling berat apabila Sufea berkata bahawa dia sengaja melarikan diri untuk tidak menunaikan apa yang dia mahukan.

"Kenapa, bang?"

"Ada salahfaham sikit." Jawab Jazlan. "Abang nak jumpa Tasha sekejap."

Jazlan berlalu meninggalkan meja makan dan bergerak menuju ke arah Tasha. Tika itu Tasha berdiri berhampiran dengan pintu utama. Nyza pula hanya mampu menggelengkan kepala.

"Hai," sapa Jazlan.

Tasha menoleh. Wajahnya nampak terkejut dengan kehadiran Jazlan di sisinya sehingga Jazlan menegur mimik wajahnya demikian.

"I ni siapa pada you? I ni kan selalu mendatangkan kemarahan pada you."

Jazlan rasa tersindir dengan kata-kata Tasha.

"Alah, lupakanlah pasal tu. I am sorry, OK. Stresslah dengan kerja. Handle projek besar, banyaklah tekanan kerja. So whats up dalam tiga bulan you tak call I? Takkan tak ada story nak share."

"Tak ada apa yang nak I share dengan you. You're nothing for me and I'm nothing for you. Draw 0-0." Luah Tasha.

"Iskh, takkan merajuk sampai macam tu sekali. We are friend, right? Apa kata malam ni kita keluar dinner. Kebetulan esok I cuti, bolehlah enjoy sikit malam ni." Ajak Jazlan.

Janggal benar telinga Tasha mendengar kata-kata Jazlan. Pelik, asing dan meremangkan bulu roma.

"You ni kenapa? Nampak desprate sangat sampai ajak I keluar dinner. Gaduh dengan girlfriend ke?" Duga Tasha.

"Iskh, tak adalah!" Jazlan pantas menafikan. "Kan girlfriend I tu ayu sikit. Nak keluar malam-malam ni manalah dia nak layan. I nak meraikan kejayaan I handle projek kat JB tu. Kita hangging outlah dengan Albert, Farid, Sham, Teng, Jane. I belanja, OK."

Tasha senyap seketika.

"Tengoklah macam mana. Kalau I tak penat, I keluarlah. Kalau tak just lay on a bed."

Jawapan Tasha itu cukup untuk memberikan Jazlan sedikit kegembiraan. Hatinya yang kering seolah-olah basah oleh senyuman Tasha.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now