5 - Birthday!

292 6 6
                                    

HARI ini Sufea harus gembira. Hari ini dia genap 24 tahun. Pun demikian, hari ini memberikan dia seribu keresahan yang seperti tidak berpenghujung.

Ramai yang mengucapkan selamat hari ulang tahun untuknya. Hanya Jazlan yang belum mengirimkan ucapan itu kepadanya sama ada melalui SMS, panggilan telefon atau facebook. Sehingga pukul 3 petang ini, tidak ada apa-apa darinya.

Rasa mahu sahaja dia menjadi pengintip ataupun mungkin mengupah seorang pengintip bagi mengawasi setiap gerak geri Jazlan. Pun demikian, siapa dia untuk melakukannya? Dia bukan wanita yang suka mengongkong pergerakan bakal teman hidupnya. Sama seperti dirinya. Dia tidak suka dikawal dan dia tidak suka mengawal.

Tit! Tit! Tit!

Sufea berdebar. Telefon bimbitnya berdering. Mungkinkah Jazlan yang menelefonnya. Dia menggapai tas tangannya dan mengambil telefon bimbitnya. Dilihatnya +60362.

"Eh, siapa pulak ni?" soal Sufea. "Hello."

"Hello, Fea. Adz ni."

'Hmmm... Adzrul la pulak!' Gumamnya dalam hati.

"Hah, kenapa?"

"Free tak hari ni?"

"Tak tahu lagilah. Kenapa, nak belanja aku makan ke?"

"Hah ler apa lagi. Birthday girl, kan..."

"Tak tahulah, Adz. Jazz tak call lagi. Kau call aku lepas Asar, boleh? Aku tunggu dia call dulu. Kalau dia tak call, aku keluar dengan kaulah. Lagipun aku dah nak balik ni. Dah apply halfday."

"OK. Aku call nanti lepas solat ya."

Sufea sekarang lebih banyak berdiam. Dia menguatkan hatinya untuk tidak menghubungi Jazlan selagi lelaki itu tidak menghubunginya.

Kali terakhir mereka bersembang dalam telefon pada dua hari yang lalu. Kali terakhir mereka berjumpa enam minggu yang lalu. Itupun bertemu di Seremban pada harijadi Jazlan, 29 September. Jazlan lebih suka membawanya ke Seremban. Jika dia mahu berjumpa di KL, Jazlan cepat-cepat mencadangkan tempat lain. Katanya dia bosan dengan KL.

"Hai Fea, tak balik lagi ke? Kata nak halfday sempena birthday ni." Sapa majikan Sufea, Puan Atikah.

"Dalam sejam lagi, Puan."

"Boyfriend tak call ke?"

"Tak call lagi. Duk kat rumah aje kot." Beritahu Sufea. Nada suaranya menyatakan kekecewaan.

"Tak call dia ke?"

"Buat apa nak call? Dah kita yang birthday."

"Betul juga. Lelaki ni, sometimes kena ajar sikit untuk ingat tarikh-tarikh penting. I pun buat macam you buat. Kalau birthday I, I tak akan call atau SMS hubby I bermula keluar rumah. Mesti dia pelik kenapa I langsung tak hubungi dia. Dari tu, mesti dia ingat." Bersemangat Puan Atikah bercerita. Sufea hanya mengangguk dengan kata-kata majikannya.

Mereka berbual lagi mengenai lelaki. Sekurang-kurangnya Sufea mendapat ilmu dari orang yang berpengalaman seperti Puan Atikah. Walaupun Puan Atikah adalah isteri kedua Tan Sri Khairuddin, namun itu bukan bermakna Puan Atikah perampas suami orang.

Puan Atikah seorang janda anak satu yang kematian suami akibat kemalangan. Puan Sri Amalina mengenali arwah suami Puan Atikah sebagai seorang rakan yang baik ketika di universiti. Kata Puan Sri lebih baik dia membenarkan suaminya berkahwin dengan janda daripada dikahwinkan dengan orang muda yang hanya menurut nafsu semata.

Awalnya, Puan Atikah menolak. Tambah pula belumpun sampai setahun arwah suaminya pergi. Dia bimbang dikata orang. Malah baginya, kerjanya sebagai peniaga kedai gunting rambut masih mampu menampung kehidupannya anak beranak. Kebetulan pula katanya, dia masih muda dan boleh mencari pengganti lain yang bukan suami orang. Ketika itu Puan Sri Amalina pasrah.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now