35 - Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan

338 5 1
                                    

"HAH!"

Celik mata Sufea. Seraya dia menoleh ke kiri melihat jam digital di tepi katil. Dia lantas duduk dan menyandarkan tubuhnya ke kepala katil. Fikirannya terus menerus mengalami kebingungan.

'Ya Allah, kenapa sampai begini lewat.' Sufea mengeluh sendirian. Sesal benar kerana dia tidak membuat persediaan untuk mengunci jam.

Adzrul yang masih lena digerak-gerakkan.

"Bangunlah. Dah nak dekat tengah hari ni tau." Beritahu Sufea dengan nada yang penuh resah.

"Hmmm... takkanlah." Jawab Adzrul yang masih menutup mata.

"Celiklah mata tu. Tengok jam"

Perlahan-lahan Adzrul membuka matanya. Tangannya diangkat menghampiri pancainderanya. Bulat matanya sebalik melihat jarum jam pada jam tangan Omeganya. Dia mengalih pandangan kepada Sufea yang tidak selesa.

"I am sorry, sayang. Rindu sangat punya pasal." Adzrul tersengih. "Thanks."

"Ini bukan masa nak berterima kasih. Saya dah bingung ni."

Adzrul menyamakan tubuhnya dengan Sufea. "Kenapa?"

"Saya lupa nak beritahu, babah dengan umi nak lunch sini." Adzrul tidak terkata. Mulutnya hanya ternganga setelah mendengar jawapan Sufea. "Apa nak buat ni? Barang dapur tak cukup. Takkan nak bagi babah dan umi makan french fries dengan nugget?"

Adzrul memikirkan sesuatu.

"OK, macam ni. Abang pegi pasar beli ikan. Awak just sediakan bahan-bahan untuk masak kari. Ada tak semua bahan?"

"Ada kot."

"Kita masak simple aje lah. Dah sebelas suku ni, ikan ajelah yang cepat masak."

"Dah. Pergilah mandi kalau dah rush nak tu."

Adzrul segera bangkit dan terus menuju bilik mandi. Sufea pula bergegas mengemaskan katil.

Selesai mengemas katil, Sufea menghampiri meja soleknya. Tanpa diduganya, dia melihat bukti cinta Adzrul padanya.

"Aduh, kenapa pula menjadi ni?" Terdapat empat kesan lebam pada leher Sufea.

Sufea mengambil bedak asas untuk menutup kesan lebam tersebut kalau-kalau ianya berhasil. Malulah dia jika ibu bapanya melihat ada kesan 'geram' Adzrul. Baginya, sudah berkahwin bukan lesen untuk 'menunjuk-nunjuk'.

"Hai, apa yang terbelek-belek leher tu?" sapa Adzrul apabila melihat kelakuan ganjil Sufea.

"Dah, tak payah nak peduli! Pergi pakai baju dan beli barang." Balas Sufea berbaur geram.

"Kot yea pun janganlah marah. Biasalah tu." Adzrul cuba memujuk.

"Masalahnya babah dan umi datang lunch dengan kita."

"Manalah saya tahu."

Sufea tidak berbahas lagi. Dia tidak mahu terus menyalahkan Adzrul kepada perkara sekecil itu. Yang penting baginya sekarang adalah mahu meneruskan acara makan tengah hari bersama kedua ibubapanya.

Kecewa melanda Sufea melihat kepada hasil penempelannya. Bedak asas itu kurang berkesan sepenuhnya menutup lebam gigitan. Dia harus mencari kaedah lain untuk menutupnya.

"Laa... Saya dah siap ni awak masih depan cermin? Pergilah mandi dulu. Tak baik melewat-lewatkan waktu mandi hadas."

Sufea akur.

AKHIRNYA sempat juga Sufea dan Adzrul menyediakan makanan. Kebetulan pula umi dan babah lewat untuk datang bertandang. Sekalipun mereka berkata akan datang pada pukul 12 tengah hari tetapi mereka hanya tiba pada pukul setengah jam lewat.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now