44 - Tugas Baharu

269 4 1
                                    

SUFEA memulakan tugasnya sebagai pengurus. Tugas yang tidak pernah terbayang olehnya. Terdapat beberapa orang pekerja yang sudah dilantik oleh Puan Atikah sebelum jawatan pengurus diserahkan kepadanya untuk membantu Puan Atikah dalam pentadbiran.

Lima orang pekerja yang terdiri daripada pembantu pengurus, akauntan, dua orang kerani pentadbiran dan pembantu am pejabat. Mereka yang bekerja di bawah syarikat Nosta Sdn Bhd menumpang kawasan pejabat syarikat Tan Sri Khairuddin.

Hotel yang diberi nama sebagai Hotel Nosta ini telahpun mendapat sijil kelulusan menduduki dua minggu lalu. Dan bermula dari kebenaran itu, syarikat milik Tan Sri Khairuddin yang selama ini mengawalselia pembinaan hotel ini telah mula mengkarekter hotel milik Puan Atikah ini.

Dan hari ini, mereka mula bertugas di hotel dalam keadaan hotel yang baru siap di bahagian pejabat utama.

"Puan Sufea, esok kita adakan meeting terbuka untuk penubuhan unit dan perbincangan mengenai pengambilan pekerja." Beritahu Qhaleesya.

Sufea tidak membalas sebaliknya dua mengheret Qhaleesya ke biliknya.

"Boleh tak jangan panggil aku puan, QiQ8?"

"Iskh mana boleh. Dahlah depan staff lain tadi. Kalau kat sini, boleh ler berkau beraku." Qaleesya menyuarakan pandangannya. Dia kemudian duduk di sofa.

Sufea mengambil di tempat duduk berhadapan Qhaleesya.

"Kalau macam tu, asal depan staff cakap English."

"Boleh bah, no problem!"

"Amboi dah pandai cakap Sabah." Sufea meleret senyuman.

Qhaleesya terkekek ketawa.

"Eh, kau tak tau ke?"

"Tau apa?"

"Bapa aku kan pernah bertugas kat sini. So no wonder I can speak like them. Tapi taklah hebat sangat." Akui Qhaleesya

"Oh, ye ke... So, kenapa bukan kau yang jadi manager kat sini?"

"Actually, Puan Atikah tu offer kat beberapa orang. Memandangkan, semua yang dia offer tu dah beranak pinak kecuali kau, semuapun menolak. So, kami sangat berterima kasih pada kau Fea sebab terima tawaran ni."

"Laa, macam tu pulak."

"Oleh sebab kami menolak, kami diarahkan untuk membantu kau selama sebulan kat sini."

"Means, kamu berempat?" Qhaleesya mengangguk.

Sufea hanya mampu menggelengkan kepala sebaik tahu cerita sebenar mengenai. Tidak ada apa yang perlu dipersoalkan lagi. Perkara yang sudah jadi. Malah, walau Sufea bimbang, dia harus melaksanakan tugasnya sebagai pengurus. Hanya harapan, agar tugasnya ini berlangsung hanya enam bulan.

"OKlah QiQi, kita akan meeting dalam setengah jam lagi. Guide me to be a good boss ya, QiQi."

Qhaleesya tiba-tiba menggelengkan kepala dan jari telunjuk tangan kanannya bergerak ke kiri dan ke kanan berulang kali. Mulutnya pula berbunyi seperti seekor cicak.

"No... My mission is make you a best boss." Sufea tersenyum sebaik mendengar bicara Qhaleesya. Dia memeluk pembantunya itu dan mengucapkan terima kasih.

BARU sehari bekerja sebagai Pengurus Besar Hotel Nosta, Sufea berasa begitu penat. Apa tidaknya, selesai mesyuarat pertama untuk pengambilan pekerja, Sufea terpaksa melawat kawasan. Dari depan ke belakang. Dari kiri ke kanan. Dari atas ke bawah.

Jubin, karpet, cat, pendawaian hatta perpaipan harus Sufea tentukan. Mujurlah dia ada pembantu. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya sebegini sukar tugasnya sebelum pembukaan hotel ini dua bulan lagi.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now