25 - Dua Hati Bersatu

371 4 2
                                    

SEBELUM majlis berinai ini berlangsung, Sufea bersama anak saudaranya, Syazliana dan sepupunya Zaharul, khatam Al-Quran ketika antara waktu Maghrib dan Isyak. Dan selepas solat Isyak, rombongan lelaki tiba untuk meraikan majlis ini bersama.

Jika menurut ada resam sebenar, ianya majlis menepung tawar ini dikenali sebagai istiadat berinai besar. Pengantin lelaki akan tiba ke tempat pihak perempuan dan didudukkan di singgahsana. Kemudian saudara mara akan menabur beras kuning, bertih dan air daun setawar. Selesai pengantin lelaki dan pulang semula ke rumah, barulah pengantin perempuan akan dilakukan perkara yang sama.

Namun bagi majlis ini, Adzrul dan Sufea sama-sama di atas pelamin menerima taburan beras kuning, celupan bertih dan percikan air daun setawar.

Sufea sedikit terkejut apabila melihat susuk tubuh Nur Faridah. Matanya segera mencari kelibat Aisyah, Ratnasuria dan Muhammad Amin tetapi tidak ditemui. Lebih mengujakan apabila ibu saudara Adzrul itu sudi untuk menepung tawar pengantin.

"Yang lain tak datang ke, Adz?" soal Sufea merujuk kepada saudara mara Adzrul dari Vietnam.

"Ada, cuma mereka penat jalan-jalan tadi. Aunty Faridah je yang masih larat."

"Rehat kat rumah?"

"Stay kat hotel. Esok, kita jumpa merekalah lepas nikah."

'Lepas nikah?' Tiba-tiba jantung Sufea berdegup kencang.

Atas cadangan Mokhtar dan ianya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, Sufea dan Adzrul akan bermalam di INFRA bersama beberapa ahli keluarga yang lain terutama yang datang dari jauh.

Sufea mula tidak keruan. Macam-macam yang difikirkannya. Dia berharap dia belum dibenarkan tidur sebilik dengan Adzrul.

DENGAN sekali lafaz, Sufea Nur Haseena sah menjadi isteri Adzrul Firdaus. 30 Mei 2009, Sabtu jam 10.44 pagi menjadi detik bersejarah buat mereka. Lega hati Roslan, namun sayu jiwa Kalsum. Gembira terpancar pada wajah Hashim. Begitu juga Zulaikha yang jelas sangat teruja dengan kehadiran menantu perempuan dalam hidupnya.

Gemuruh jiwa Adzrul sedikit bebas sebaik tok imam mengesahkan lafaznya sebagai sah. Dan rasa gemuruh itu bebas sepenuhnya selepas Adzrul selesai menunaikan solat sunat syukur. Siapa tak gemuruh jika bersolat sunat diperhatikan oleh tetamu.

Pun demikian, gemuruh Adzrul itu langsung tidak dirasai oleh Sufea. Jiwanya kosong. Fikirannya melayang entah ke mana. Malah ketika membaca bait-bait perkataan dalam borang persetujuan nikah, dia bagaikan membaca teks. Menandatangan pula seperti peminat meminta autograf.

Upacara membatalkan air sembahyang berlangsung agak kelam kabut. Saat itulah baru Sufea menyedari yang dia bukan bermimpi.

Terpinga-pinga Sufea apabila Fatin mencubit lengannya. Dia bagai hilang arah.

"Apa?" soal Sufea nyata bingung.

"Tangan tu hulur kat Adz, nak sarung cincin."

"Ta... tangan mana satu?"

Fatin terus sahaja menolak tangan kanan Sufea. Geram benar dia pada Sufea pada saat-saat manis begini temannya itu masih sempat berkhayal.

Setelah cincin disarungkan di jari manis Sufea, Fatin menghulurkan pula cincin platinium kepada Sufea untuk disarungkan ke jari Adzrul.

"Balas pula ke?" soal Sufea.

"Hah ler!"

Bergegas Sufea mengambil cincin itu dan terus menyarungkan ke jari Adzrul.

"Hey, slow sikitlah!" tegur Fatin. Cincin yang hampir selesai berada di pangkal jari manis Adzrul ditarik semula.

"Kenapa ni?" soal Adzrul lembut.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now