12 - Tergantung Sepi

246 6 2
                                    

TERGAMAM Sufea sebaik menerima satu mesej dari Jazlan tengah malam seminggu yang lalu. Dia baru menyedarinya keesokan harinya.

Tiada apa yang dapat diucapkan. Ianya sesuatu yang mengejutkan. Lantas dalam fikiran memikir apakah kesilapan yang telah dilakukannya. Adakah hanya bertanya keberadaan dan dengan siapa dia bersama sudah menimbulkan amarah yang memuncak?

Jazlan tidak mahu berjumpa dengan orang tuanya ketika hari raya lepas, dia boleh maafkan dan berikan peluang meskipun Jazlan sudah berjanji. Jazlan lupa harijadinya bulan lalu juga dia maafkan. Tidak ada satu perkarapun yang tidak dimaafkan. Namun apabila dia bersuara, kenapa menjadi amarah?

Jika tidak kerana Fatin, dia tidak bertanya. Fatin memberitahunya yang dia terserempak dengan Jazlan di One Utama dengan seorang perempuan. Fatin tidak mengesyaki cuma meminta Sufea mendapat penjelasan dari Jazlan. Mana tahu itu adalah adik Jazlan kerana tingkah laku amat mesra.

Sufea cuba untuk menghubungi Jazlan tetapi tidak ada nada panggilan. Ianya seperti talian yang sudah ditamatkan perkhidmatan. Dia kemudian mencuba untuk menghantar emel. Namun, tiada sebarang respon. Biasanya cepat sahaja Jazlan walau seringkas mana. Tidak lupa juga Sufea mencuba untuk menghubungi melalui Facebook. Nyata semuanya gagal.

Entah sejak bila emel Jazlan tidak berfungsi. Sufea sendiri sudah terlalu lama tidak menghantar emel kepada Jazlan tetapi tetap ada respon. Adakah emel Jazlan tersekat sebab lupa kata laluan?Begitu juga dengan Facebook Jazlan. Seminggu lalu, dia masih melawat profil Jazlan sekalipun kemaskini terakhir adalah pada Julai lalu. Entah bila dia menyahaktifkan akaunnya.

Jalan terakhir yang dapat difikirkan oleh Sufea adalah untuk menghubungi Jazlan di pejabatnya. Namun, seminggu itu jugalah Jazlan tidak berada di pejabat. Keadaan itu membuat Sufea seperti hilang sabar.

Kerana tidak mampu menanggung beban masalah, Sufea menghubungi bakal pengantin baru, Rania.

"Just fikir logik Fea. Dah berapa lama dia tak hubungi Fea, parent kau dia tak nak jumpa, birthday kau dia tak nak wish. Bila dia hantar SMS macam tu means dia mengakhirkan hubungan. Sekurang-kurangnya, Fea bebas dari terseksa." Rania cuba memberikan semangat kepada Sufea.

"Macam mana Fea nak hidup tanpa Jazz?" sayu suara Sufea sebagaimana hilang semangatnya.

"Fea, sekarang ni pun kau bercinta dengan orang yang tak hiraukan kau langsung. Orang lain nak membina hubungan keluar dating, paling kurang sebulan sekali. Kau? KL-Bangi bukannya jauh macam aku Semenanjung dengan Labuan. Kalau lelaki ikhlas nak kau jadi isteri, dia tak akan berdolak dalik macam tu." Ucap Rania.

Sufea diam memikirkan kata-kata Sufea. Mungkin benar apa yang dibicarakan oleh Rania.

"Dah, tak payah nak fikir banyak lagi. Habis kita berbual ni, pergi solat. Lagi satu kau kena ingat, esok kau dah mula cuti dan datang ke Terengganu. Sampai Nganu, kita sembang puas-puas, OK?"

Selesai berbicara, Sufea menunaikan solat. Fitrah manusia, saat hilang arah dan menghadapi kedukaan, kepadaNYA kita mencari. Namun bila bahagia datang, lupa untuk bersyukur padaNYA.

TERENGGANU menyambut kedatangan Sufea dengan hujan lebat. Awan seolah turut sama menangis bersamanya. Rasa hiba masih ada. Sufea masih dalam proses untuk melupakan Jazlan.

Dia sudah mengabaikan segalanya. Sufea tidak berusaha untuk cuba menghubungi Jazlan lagi. Biarlah. Jika dia yang rindu, biarlah Jazlan sendiri yang datang kepadanya. Sufea tidak tahu dan tidak dapat meramal apa yang akan berlaku padanya masa akan datang. Hanya berserah kepada takdir sepenuhnya.

Ketika dalam bas, tertusuk benar hati Sufea mendengar lagu-lagu rock kapak. Lebih-lebih lagi lagu Karam nyanyian kumpulan Zabarjad. Saat itu Sufea menutup wajahnya dengan sapu tangan. Dia tidak mahu penumpang di sebelahnya menyedari yang dia menangis kesyahduan.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now