14 - Ini Betul Gila!

247 9 14
                                    

SUFEA bingung. Fikirannya benar-benar runsing dengan perkara yang dibincangkannya bersama kedua orang tuanya petang tadi. Dia buntu sehingga memberikan jawapan yang dia sendiri tidak pasti. Hanya di hadapan orang tuanya, dia yakin dengan jawapan yang diberikan tetapi gelora di hati, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Di kamar, Sufea mundar mandir. Berdiri tidak senang, duduk juga tidak tenang. Berulang kali dia melihat telefon bimbitnya. Hatinya berteka-teki, mahu atau tidak. Jantungnya begitu laju berdegup seakan menghadapi saat yang amat mencemaskan. Antara hidup dan mati.

Namun semamangnya, perkara ini adalah antara hidup dan mati.

"Ya Allah, sesungguhnya aku amat terseksa saat ini. Bantulah aku menyelesaikan masalah ini. Bimbinglah aku kepada jawapan yang sebaiknya." Kedua belah tangan yang ditadah disapu ke wajah. Sufea mengharap ehsan dariNYA.

Saat Sufea masih kebingungan, telefon bimbitnya berdering menyebabkan dia sedikit terkejut.

"Walaikumsalam, Adz." Jawab Sufea sebaik menekan punat panggilan.

"Buat apa tu?" soal Adz di hujung talian.

"Tak ada apa. Adz, aku nak jumpa kau malam ni kat Mc Donald Kajang, boleh? Lepas Maghrib, ya. Ada hal penting."

"On phone?"

"Tak boleh"

"OK, set. Akupun ada nak beritahu kau something ni. Jumpa nanti. Assalamualaikum."

"Walaikumsalam."

Setelah perjanjian dicapai, Sufea segera menyiapkan pakaian yang perlu dipakainya malam ini. Dia tidak mahu tiba lewat di lokasi. Pada masa yang sama, debaran di hatinya semakin kencang.

"DAH lama tunggu Fea?" sapa Sufea.

Adzrul segera menconggak. Dia memberikannya senyuman.

"Assalamualaikum," Sufea tersengih apabila menyedari kesilapannya.

"Walaikumsalam. Sorry ya, aku tak beri salam pula tadi. Dah lama tunggu?" Sufea mengulang soalannya.

"Taklah. Tak sampai sepuluh minit. Yang berdiri tu kenapa? Duduklah."

Sufea segera melabuhkan punggungnya. "Strategik juga ya kau pilih tempat."

"Kan kau cakap, big secret. Sebab tu aku pilih sini. Nak makan apa ni?"

"Nugget, Mc Flurry Oreo dan nak minum milo."

"Done." Ucap lelaki itu seraya berlalu.

Sufea hanya memerhati langkah Adzrul menuju ke kaunter. Lama dia memerhati sambil memikirkan bagaimana harus memulakan perbualan. Isu yang sangat hangat untuk diperdebatkan antara mereka. Pelbagai persoalan yang timbul dan bermacam-macam kemungkinan yang akan berlaku antara mereka sebentar lagi. Mampukah Adzrul memaafkannya atas kejadian ini?

"Mak oiii... mengelamun panjang anak dara Pak Roslan ni." Sufea tersentak.

Dua kotak nugget, segelas milo dan segelas aiskrim Mc Flurry diletakkan di hadapan Sufea.

"Kenapa sampai dua kotak ni?"

"Ingat boleh kenyang ke kalau makan setakat sembilan ketul nugget." Sindir Adzrul.

"Macam tak laratlah nak makan banyak."

Adzrul duduk setelah siap meletakkan makanan atas meja. Dia sedikit hairan dengan perilaku sahabatnya itu. Biasanya, jika ada masalah, Sufea akan lebih banyak makan dari biasa.

"Lain macam je ni. Apa masalah?"

"Tak apa, makan dulu. Nanti kau pula yang hilang selera nak makan."

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now