48 - Berubah

460 7 5
                                    

SUFEA dapat kembali semula ke Atiqah Beauty Sdn Bhd setelah dia berjaya menyelesaikan misinya di Sabah. Tambah pula dia sedang hamil, Puan Atikah tidak sampai hati untuk Sufea terus berada di Sabah sendirian.

Kandungan Sufea pula sudah berusia enam bulan. Namun, sesuatu yang menggembirakan itu tidak lama menerjah hidup Sufea.

Dia kembali ke Semenanjung dengan perasaan duka lara. Cinta yang dilafaz Adzrul bagai tidak bermakna dalam hubungan mereka.

Februari lalu, sehari selepas harijadi Adzrul, keanehan dalam hubungan mereka berlaku. Baru sahaja cinta itu berputik, Adzrul berubah. Dia kembali menjauhkan diri. Kembali tidak menghubungi Sufea dan sentiasa memarahi Sufea tanpa sebab.

Bulan lalu, Sufea mendapat kejutan apabila Adzrul menghantar kepadanya borang untuk bernikah lagi satu! Perasaannya sangat-sangat terhiris sedang Adzrul telah memintanya untuk melupakan perjanjian bodoh. Tanpa angin bertiup kepadanya, Adzrul bakal berkahwin dengan Laila.

Sakitnya hati bagai dicucuk-cucuk. Lantas Sufea mengisytihar Adzrul sebagai penipu.

Sufea sangat sakit hati. Lalu dia membuka syarat. Jika mahu dia tandatangan borang tersebut, Adzrul perlu membenarkan dia untuk sambung belajar. Tanpa banyak bicara, Adzrul bersetuju.

Dan semenjak menandatangai borang kebenaran berpoligami, Sufea memaksa dirinya untuk positif. Dia memaksa otaknya berfikir untuk jauh dari Adzrul. Dia perlu berdikari, perlu hidup seperti ibu tunggal.

"Sufea," panggil Puan Atikah. Sufea bangkit dari terus mengelamun.

Dia segera menghampiri bilik majikannya.

"Ya, puan."

"Meh duduk sini." Arah Puan Atikah.

Sufea menarik kerusi dan duduk di menghadap Puan Atikah.

"Sufea kata hari tu nak sambung belajar, kan?"

"Ya, kenapa puan?"

"Dah dapat tempat ke?"

"Belum. Tapi rasanya saya nak ke UK. kebetulan ada ibu saudara di sana."

Puan Atikah diam sebentar. Dia berusaha menyusun kata-kata.

"Ohh... Sumber kewangan Sufea cukup tak?"

Sufea rasa ralat pula apabila disoal sedemikian.

"Insya-Allah cukup, puan." Jawab Sufea.

"Macam ni Sufea. Tan Sri bercadang mahu memberikan kamu biasiswa untuk sambung belajar tetapi dengan syarat, selepas tamat belajar, kamu akan berkhidmat dengan syarikat Tan Sri dalam hotel management. Tan Sri sangat berpuas hati dengan prestasi kamu semasa di Sabah."

Sufea terkedu. Pucuk dicita ulam mendatang!

"Puan, saya terharu sangat dengan tawaran ini tapi saya fikirkan lebih dalam lagi. Bagi saya, pengalaman di Sabah tu taklah besar sangat jika dibandingkan untuk terus jadi pengurus hotel. Lagipun, kalau penempatannya di Sabah semula, saya memilih untuk menolak rasanya."

"Bukan di Sabah Sufea, tapi di Langkawi. Kamu janganlah bimbang, bukannya jawatan pengurus besar. Tapi pengurus bahagian sumber manusia."

"Ya Allah, lega hati saya." Sufea terkekek ketawa.

"Setuju ke?"

"Eh, tak pasti lagi Puan. Bagi peluang saya cari universiti mana saya nak belajar dan saya nak bincang juga dengan keluarga saya."

"Ok, Fea. I harap you tak tolaklah tawaran Tan Sri tu."

"Insya-Allah."

Keluar dari bilik Puan Atikah, Sufea terus menghantar emel kepada sepupunya, Hanan, adik arwah Hamidun.

Sufea sebenarnya sudahpun membuat permohonan ke beberapa buah universiti di United Kingdom. Cuma belum ada lagi sebarang keputusan yang diterima. Sebab itulah dia belum dapat memberi kata putus kepada Puan Atikah.

Jika Sufea diterima, permulaan semester adalah pada bulan September. Dia akan ke UK dalam tempoh berpantang. Mengikut jangkaan tempoh bersalin Sufea adalah pada hujung Julai.

Ya, Sufea tekad untuk meninggalkan Adzrul! Biarlah hidup seperti digantung tak bertali, daripada hidup makan hati tapi tak mati-mati.

TIGA bulan sudah Adzrul merasa kemurungan. Dia betul-betul buntu dan tidak tahu hendak buat apa. Buat kerjapun dia rasa tidak selesa, sentiasa diburu resah.

15 Februari 2011, tengah malam menjadi detik hitam dalam hidupnya. Dia ditangkap khalwat dengan Laila.

Mereka keluar bersama untuk meraihkan harijadi Adzrul pada 14 haribulan hari yang dianggap "panas". Mereka balik agak lewat malam. Adzrul sudah menghantar Laila pulang tetapi tidak sampai 10 minit, Laila menelefonnya semula kerana keciciran kunci rumah. Laila menjangkakan kuncinya tertinggal dalam kereta Adzrul.

Adzrul kembali ke kawasan perumahan Laila tanpa mencari kunci tersebut. Tiba di tempat parkir, Laila menunggunya.

"Ada tak?" soal Laila sebaik membuka pintu kereta Adzrul.

"Abang tak caripun. Laila carilah," arah Adzrul.

Adzrul ketika itu tidak memerhatikanpun apa yang Laila buat dan lakukan. Matanya sibuk memerhati telefon bimbit dan membalas segala ucapan-ucapan harijadi sambil tersenyum-senyum.

Entah berapa minit berlalu, tiba-tiba terdengar suara Laila agar cemas memanggilnya. Kemudian terdengar ketukan pada cermin keretanya.

Adzrul tergamam apabila seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai pencegah maksiat. Adzrul dan Laila didapati berdua-duaan di dalam kenderaan persendirian tanpa hubungan yang sah.

Kelu. Adzrul seolah tidak mampu menjelaskan. Laila juga tergamam. Hanya kerana serangkai kunci, mereka berdua terjerumus dalam masalah besar.

Jelas kata-kata salah seorang yang menangkap mereka "Nasib kamu tidak baik malam ini. Kebetulan kami baru buat ambush di kawasan ini dan apabila kami nampak kenderaan kamu agak mencurigakan, kami cuba menziarah."

Malang. Hanya itu yang mampu Adzrul lafazkan dalam hati.

Dek kerana peristiwa itu, ayah Laila mendesak untuk Adzrul menanggung tanggungjawab. Adzrul bukan sahaja diminta untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera di mahkamah, malah Adzrul diasak dengan arahan ayah Laila agar mengahwini Laila. Baginya Adzrul sudah menconteng arang ke mukanya. Tambah lagi Laila adalah penjawat awam.

Ya, borang kebenaran poligami itu ayah Laila yang sediakan. Ayah Laila, Iskandar mahu Adzrul mengahwini dengan segera. Adzrul bersetuju sahaja dengan kehendak Iskandar kerana tidak mahu masalah berlarutan. Kerana itulah, dia hanya mengiyakan syarat Sufea untuk sambung belajar. Baginya, selesai kes mahkamah, dia berkahwin dan masalah selesai.

Adzrul benar-benar lupa yang Sufea sedang hamil!

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now