23 - Rahsia Terbuka

262 5 1
                                    

ENTAH kenapa kenangan di Vietnam itu seringkali muncul dalam fikirannya. Kelibat Adzrul sangat mengganggu hatinya.

Sekejap-sekejap dia resah. Kadang-kadang dia bimbang. Malah Sufea seperti terasa Adzrul akan membatalkan perkahwinan mereka jika Adzrul tidak menghubunginya. Apa lagi apabila dia mengetahui dari uminya bahawa mama Adzrul gagal mendapatkan tempat untuk majlis perkahwinan mereka. Hati Sufea cukup berdebar.

Sebab itulah Sufea berusaha juga mencari tempat. Malah dia ada meminta Puan Atikah membantunya. Dan hasilnya INFRA!

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pintu bilik pejabatnya menghentikan fikiran Sufea memikirkan hal perkahwinannya.

"Sorry kalau ganggu Cik Fea." Ucap Zakri.

"Tak apa. Eh masuklah, kenapa pula tercengat kat pintu je."

Zakri hanya tersengih. "Nak tanya ni, bila Puan Atikah nak fly ke Sabah?"

"Oh, untuk meeting pasal offshore tu ke?" Zakri angguk. "Pergi esok, meeting 14 dan balik sini 16. Kenapa?"

"Nak minta dia sign account financial year ended 31 December 2008."

"Urgent ke? Hari ni dia tak masuk office tau. Monday ni baru masuk tapi itupun tak pasti sangat." Beritahu Sufea.

"Taklah. Just nak arrange untuk siapkan akaun ni."

"Beritahu sayalah bila dah siap. Nanti saya minta dia sign. Jumaat ni boleh siap ke? Kalau boleh, saya beritahu Puan Atikah. Boleh juga dia datang office."

"I try my best. Err..." Zakri terhenti bicara. Sufea hanya memerhatikannya. "Err... dengar cerita Cik Fea nak kahwin. Betul ke?"

Sufea meleretkan sebuah senyuman.

"Office kita tak besar sangat Zack. Kalau Zack dah dengar tu, betullah."

"Tak dengarpun Cik Fea bertunang."

"Takkanlah nak hebohkan kot. Yang saya nak kahwin ni, mesti Cynthia yang beritahu, kan?" Zakri angguk. "Dia terserempak saya dengan tunang saya kat butik. Tak payah pening-pening Zack, esok saya akan edarkan kad kahwin."

Zakri hanya mengangguk tetapi wajahnya menampakkan ketidakselesaan dengan berita itu.

"Hey Zack," panggil Sufea sebelum lelaki itu ingin melangkah pergi. "Kenapa ni, macam ada something je. Muka tu masam je. Kecewa ke saya dah nak kahwin?"

"Iskh, tak!" Zakri terus menafikan. "Cuma tak senang hati selagi tak tahu nama tunang Cik Fea. Macam tak boleh nak tunggu esok."

Sufea mengerut dahi. "Kenapa?"

"Saya pernah nampak awak dating dengan someone yang saya kenal. Dalam tahun lalu. Orang yang sama ke?"

"What you mean orang yang sama?" Zakri benar-benar membuat Sufea rasa kurang selesa.

"Yelah. Jazlan. Kan Cik Fea couple dengan Jazlan. Cik Fea kahwin dengan Jazlan ke?" Tambah berkerut kening Sufea. Malah hatinya cukup berdebar-debar.

'Oh, dunia ini amat kecil'.

Sufea meminta Zakri masuk ke biliknya. Dia tidak mahu Zakri bercerita dengannya di muka pintu. Bimbang ada orang lain memasang telinga.

Zakri duduk di kerusi menghadap Sufea.

"Kenapa dengan Jazlan? Dan macam mana Zack kenal dia? And... How you know I couple dengan dia?" Terus sahaja Sufea menyoal Zakri sebaik lelaki itu melabuhkan punggung.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now