34 - Setahun

387 7 2
                                    

HARI ini adalah hari ulang tahun perkahwinan mereka. Sufea tidak pasti adakah Adzrul ingat ataupun tidak akan hari ini. Namun, sama ada Adzrul ingat atau tidak, Sufea sudah membuat perancangan untuk meraikan hari ini.

Tidak dinafikan, hatinya sudah terpujuk dengan usaha Adzrul bermula 48 hari yang lalu. Adzrul membantunya memasak, mengemas rumah sekalipun Sufea langsung tidak bersuara. Setiap pagi, Adzrul memeluk tubuh dan mencium bibirnya semasa hendak pergi bekerja walaupun Sufea tidak memberi sebarang reaksi. Macam patung. Adzrul memberikan senyuman manis, mencuit hidungnya dan melafazkan kata sayang. Selepas balik, Sufea pasti akan menerima bunga dan kad.

Hingga hari ini, dia menerima 47 keping kad dengan kata-kata yang biasa tetapi sangat manis baginya beserta 47 jambangan bunga hidup. Ada yang sudah layu. Kebanyakannya adalah bunga ros merah.

Sebelum ini, bunga ros itu disimpan di sebuah bilik berhampiran dapur. Hari ini, selepas Adzrul pergi bekerja, Sufea meletak atur dengan kemas di ruang tamu. Disusun mengikut hari yang diterima.

Sufea menyimpan rahsia hatinya. Dia tidak mahu Adzrul tahu dia sudah terpujuk dengan jambangan bunga pertama. Biarlah rasa terpujuk itu diluahkan hari ini. Hari yang penuh bahagia. Sufea mahu menjadikan ulang tahun perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang manis dan indah untuk dikenang.

Hari ini hari Jumaat, Sufea sengaja mengambil cuti tanpa pengetahuan Adzrul. Semuanya hanya kerana hari ini adalah hari istimewa. Sufea tekad mahu menggembirakan Adzrul yang telah lama resah. Dia mengharap akan keberkatan hari ini.

Seperti hari bekerja biasa, Adzrul akan terlebih dahulu keluar rumah memandangkan dia bekerja di Kuala Lumpur. Dan Sufea, sebaik Adzrul melangkah keluar rumah, dia memulakan kerja. Dia membuat kek tiramisu kegemaran Adzrul. Harap-harap percubaan pertamanya menjadi.

Selesai membuat kek dan pencuci mulut, Sufea ke Kuala Lumpur. Dia berhajat untuk makan tengah hari bersama suaminya selepas Adzrul selesai solat Jumaat. Itupun, dia mahu membuat kejutan dengan berharap tiada halangan.

Sufea melangkah kaki ke Mid Valley terlebih dahulu untuk membeli barang-barang basah. Dia berhajat untuk memasak masakan ala Barat. Menu utama yang difikirkannya adalah stik ayam dan garlic bread dengan keju.

Seseorang telah menyapa Sufea ketika dia sedang mencari-cari bahan mentah di Carrefour, Mid Valley. Sapaan itu membuat Sufea sedikit terkejut tetapi sangat teruja.

"Apa khabar?"

"Alhamdulillah, Jazz. Awak?"

"Sama. Alhamdulillah." Jazlan senyum manis.

Sufea melihat sedikit perubahan pada Jazlan. Hampir setahun tidak bertemu dengannya, lelaki itu nampak begitu ceria. Boleh dikatakan kekacakannya berseri-seri.

"Happy nampak! Badan dah makin sasa, muka dah makin handsome. Simpan janggut sejemput pula." Sufea memuji tanpa berselindung. Ianya membuat Jazlan sedikit ketawa.

"Of course I am happy. Dah dapat pengganti walaupun tak sama sangat dengan you."

"Hey, jangan bandingkan saya dengan dia. Tak baik tau. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. You must accept that." Sufea membantah.

"Tak pernah. Itulah first time cakap macam tu. Saya akan ikut apa yang awak cakap tu." Jazlan memberikan jaminan. "18 Julai ni datang majlis sanding saya yea."

"Wah, dah nak kahwin!" Hati Sufea berbunga bahagia. Akhirnya bekas teman lelakinya itu akan menamatkan zaman bujang.

"Tak nak tunggu lama dah, nanti melepas lagi. Nanti saya SMS awak."

"SMS apa?"

"Eh, SMS pula." Jazlan ketawa. "Nanti saya emel kat awak kad jemputan tu. Emel masih sama, kan?" Sufea mengangguk. "Nak beredar ni. Nak pegi solat Jumaat lepas tu baru nak teman ibu tengok hal-hal berkaitan ni. Tak sangka jumpa awak kat sini."

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now