11 - Terus Mencuba

225 6 3
                                    

MASA semakin hari semakin berlalu pergi. Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Keresahan makin memuncak. Kebingungan makin bertapa dalam kepala. Adzrul bingung memikirkan hubungan Sufea dengan Jazlan.

Hampir setiap hari Adzrul terserempak dengan Jazlan dengan seorang perempuan yang sama. Jika dulu apabila bersama muka Jazlan ketat dan hambar tetapi sekarang, begitu manis. Paling sakit hati apabila terlihat tangan Jazlan memeluk pinggang si perempuan.

Apabila Adzrul bertanyakan Sufea, Sufea pasti menjawab hubungan mereka OK, dan masih berhubung. Malah juga masih keluar bersama. Mahu sahaja Adzrul memberitahu apa yang dia lihat namun bimbang melukai hati Sufea. Adzrul juga tidak mahu menjadi penyebab hubungan Sufea dan Jazlan berantakan kerana mulutnya.

Dalam pada masa yang sama, Adzrul juga tidak mahu Sufea dipermainkan oleh Jazlan. Adzrul tidak mahu Sufea terluka kerana itu.

"Fatin, kau boleh tak risik si Fea tu?" soal Adzrul.

"Kau ni kenapa, Adz? Beriya-iya benar kau suruh aku risik hubungan Fea dengan Jazz. Kau masih cintakan dia ke atau kau caring tak nak dia terluka ni?"

"Dua-dua."

"Habis, kau dengan budak nurse tu, macam mana?"

"Aku tak declare lagilah dengan dia. Kalau Fea tu serius habis dengan Jazz baru aku declare dengan Laila."

Fatin hanya mampu menggelengkan kepala bila mendengar resolusi Adzrul.

"Adz, jangan mainkan perasaan orang. You just go on with Laila. Aku sure, Fea memang serius habis dengan Jazz. Kau tak ingat ke macam mana dia rejected kau sebab kawan baik dia? Bangkit, Adz. Janganlah kejar si Fea tu. Nanti hati kau makin luka." Fatin cuba menasihatkan Adzrul.

Adzrul diam. Matanya mengarah kepada sepasang baju pengantin yang terpamer di butik Fatin. Dia ligat membayangkan dia sedang dan Sufea memakai persalinan itu.

"Tak tahulah, Fatin. Makin aku cuba lupakan dia makin kuat perasaan aku kat dia. Aku usha Lailapun sebab aku nak lupakan dia. Aku dah janji dengan mama yang aku akan kahwin tahun depan. Kalau aku tak dapat Fea mahupun Laila, aku minta mama carikan aku jodoh."

Sayu hati Fatin mendengar luahan rasa Adzrul. Kuat benar perasaan lelaki itu terhadap temannya. Hanya kerana teman baik, Sufea menafikan cinta Adzrul kepadanya. Dia terus menyatakan prinsipnya, 'kawan-kawan tak kahwin' yang bagi Fatin prinsip yang bodoh.

"Aku cuba Adz, tapi kau jangan terlalu mengharap." Hanya itu sahaja yang mampu dijanjikan oleh Fatin agar Adzrul tidak terus dirungut kecewa.

TASHA senyum lebar. Usahanya berhasil. Dia berjaya menakluk hati Adzrul. Formulanya untuk beralah dan pengorbanannya membuang egonya membawa hasil yang menakjubkan. Siapa menduga, lelaki yang begitu meluat padanya tunduk kasih padanya.

Jika di hadapan teman-teman, mereka mengakui mereka adalah teman namun di sebaliknya, Jazlan mengakui kepada Tasha yang dia mulai menyukai Tasha. Hendak sahaja Tasha tergelak ketika mendengar luahan hati Jazlan, namun dia diamkan. Tika itu baru dia menyedari rancangannya membuahkan hasil.

Tasha teringat detik kedua kejayaannya menakluki Jazlan.

"Sha, semakin lama I rasa you semakin istimewa dalam hati I." Beritahu Jazlan selepas sebulan mereka mula keluar bersama semula.

"What you mean?" soal Tasha berpura tidak tahu.

"Happy outing dengan you. You dah banyak berubah. Dah mula matang seiring dengan usia you."

"I minta maaflah kalau sebelum ni I banyak menyusahkan you dengan perangai I yang childish tu. I am learn from the mistake. Bukan semua lelaki suka perempuan manja, kan? Thanks for the experience." Tasha cuba memancing.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now