26 - Bermula Hidup Sepasang

480 10 3
                                    

MAJLIS persandingan Adzrul dan Sufea begitu meriah. Walaupun bukan semua saudara mara dapat hadir, namun kehadiran semua adik beradik lebih utama.

Bertemakan gabungan warna putih, jingga dan ungu seumpama perkahwinan musim gugur, Adzrul dan Sufea mengenakan baju pengantin songket berwarna putih.

Awalnya Adzrul tidak menggemari cadangan Sufea. Baginya warna ungu dan jingga seakan tidak sesuai untuk digandingkan sebagai block colour. Namun, Adzrul mengalah dengan kehendak Sufea ditambah pula Fatin amat menyukai cadangan Sufea.

Dan semalam, apabila pasukan Fatin menghias dewan, Adzrul menjadi sangat teruja. Dia terus membayangkan keluarganya memakai tema ungu dan keluarga Sufea mengenakan pakaian jingga.

"This is Midun's dream. Fall wedding. Mungkin terlalu muda masa tu dia nak mengimpikan sebuah perkahwinan." Adzrul terus menggenggam erat jemari Sufea. Adzrul pasti, Sufea pasti akan sebak mengenangkan arwah Hamidun. Adzrul tidak pernah menyangka Sufea menunaikan impian Hamidun.

'Mid, aku tahu kau suka sangat dengan si Adele kelas 2 Cempaka tu. Bila dia dah pindah ke Sarawak, kau makin tak sihat. Semangat kau dah hilang. Aku tak dapat tolong kau. Aku langsung tak ada info pasal Adele. Sampai sekarang, Mid. Maafkan Usu, Mid'. Sufea menahan-nahan rasa sebaknya di atas pelaminan.

Selain songket, Adzrul dan Sufea mengenakan pakaian pengantin Vietnam yang ditempah khas oleh Nur Fatimah untuk mereka.

Dalam diam, masing-masing menyimpan harapan, inilah perkahwinan pertama dan terakhir bagi mereka berdua.

SELESAI sudah majlis persandingan Adzrul dan Sufea. Kedua-dua belah pihak mengucapkan rasa syukur kerana kenduri yang dibuat berlangsung dengan baik dan teratur. Saudara mara yang tinggal jauh semuanya sudah pulang. Yang tinggal hanyalah adik beradik sahaja.

Adzrul dan Sufea gembira dengan kehadiran saudara mara sekalipun bukan semua yang dapat hadir. Dan yang sangat mengujakan adalah kehadiran Rania. Mujur jugalah majlis Sufea berlangsung dalam cuti sekolah dan kebetulan ianya jatuh pada hari cuti Hari Kaamatan. Esok Rania sudah bergegas pulang ke Labuan.

Sufea teringat perbualannya tadi bersama Rania.

"Apa yang aku tak mahu itulah yang akan terjadi, Fea. Ketika masih berjauhan, aku dah disahkan mengandung. Terpaksalah aku mengharung hidup sendirian di sana seketika." Luah Rania.

"Insya-Allah all things well be OK. Janganlah terlampau stress. Sekurang-kurangnya Allah SWT dah bagi rezeki awal kat kau." Rania hanya mengangguk tanpa bicara.

Sufea menuruni anak tangga setelah siap berkemas di bilik. Uminya meminta Sufea mengemaskan bilik dan memberi wangian pada bilik. Katanya untuk keselesaan suami isteri.

Sufea hanya menurut sahaja kehendak uminya sekalipun dalam fikiran tidak akan melakukan apa yang sepatutnya dilakukan sebagai suami isteri. Hatinya begitu berdebar-debar setiap kali terlintas pada fikirannya tentang hubungan intim.

Terpana seketika Sufea apabila melihat ruang tamu rumah babahnya. Sesak benar.

Walaupun majlis tadi seratus peratus katering, adik beradik Sufea terasa kepenatan. Adzrul, Syafiq, Rizamshah, Syazliana, Rudy, Nauqiv, Elyas, Mokhtar dan Rafiq terdampar di ruang tamu bagaikan pesta ikan paus yang terdampar di tepi pantai. Mokhtar dan Rafiq sudah berlawan-lawan dengkur. Namun dengkuran itu langsung tidak menjejaskan t kiumpuan yang lain menonton televisyen.

"Mak ai, penat bebenor ye jang." Tegur Sufea, namun tidak ada yang melayan sapaannya termasuk suaminya. Dia hanya menggelengkan kepala. Sufea menghampiri Syafiq yang berbaring di sofa panjang.

"Angah, Usu nak duduk sini boleh tak?" Tanpa bicara, Syafiq mengangkat kakinya. Sufea duduk dan kaki Syafiq pula melabuh di peha Sufea.

"Uchu nak uka adia ole, tak?" pinta Nauqiv.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now