22 - Merancang Meniti Hari Bahagia

232 6 3
                                    

ADZRUL dan Sufea sudahpun menghadiri kursus kahwin yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seminggu selepas mereka 'bercuti' di Vietnam. Dia berharap agar Sufea dapat menjadi isteri yang baik setelah mendengar ceramah mengenai tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya.

Sekarang Adzrul pening untuk memikirkan majlis perkahwinannya. Apabila ditanya kepada Sufea, dia hanya akan selalu berkata 'terpulanglah kepada Adz nak buat macam mana'. Segala-galanya terserah kepadanya sedangkan yang hendak sangat berkahwin dengannya adalah pihak perempuan.

"Berapa haribulan nak nikah, Adz?," soal Hashim kepada Adzrul.

"30 Mei."

"Hari apa tu?," soal mama Adzrul pula.

"Sabtu, ma."

"Kenapa nak Sabtu pula. Pilihlah hari Jumaat. Berkat."

"Mama, hari Jumaat memang berkat tapi hari-hari lainpun tak ada salahnya. Adz tetap nak 30 haribulan. Kalau 30 haribulan tu hari Rabu, Adz nak nikah hari tu juga. Yang penting tarikh, bukan hari." Tegas Adzrul.

"Kenapa nak 30 haribulan?," Zulaikha nyata kurang berpuas hati.

"Mama, something special. Adz nak abadikan tarikh tu untuk sesuatu yang istimewa. Ijab kabul adalah perkara paling penting dalam perkahwinan Islam. Kami akan sambut anniversary pada tarikh kami nikah bukan sanding." Jelas Adzrul.

"I am just wondering, son." Balas Zulaikha.

"Kalau kami berikan tarikh tu pada keluarga Fea, mereka akan terima ke?" soal Hashim.

Adzrul angguk perlahan.

Semasa mereka berdua menghadiri kursus kahwin tempoh hari, Adzrul sudah memberitahu kepada Sufea dia mahu menikahi Sufea pada 30 haribulan Mei. Sufea hanya bersetuju tanpa sebarang bantahan.

"Confirm setuju?" Adzrul ingin kepastian sekali lagi.

"Cepat atau lambat, aku tetap akan jadi isteri kau. Sapa nak peduli tarikh tu? Babah dan umi kisah ke? Papa dan mama peduli sangat ke? Hanya kita yang tahu Adz, kenapa kau pilih tarikh tu. Only us."Jawapan Sufea itu amat meyakinkan Adzrul dan dia meminta agar Sufea memujuk Roslan dan Kalsum untuk bersetuju dengan tarikh itu.

"So, bila Papa nak hantar duit hantaran?" soal Adzrul kepada Hashim.

"Papa ada tanya dengan pak mentua kamu tu. Dia tak minta kita hantar duit tu. Dia nak duit tu hantar masa akad nikah." Beritahu Hashim.

"Kenapa macam tu, papa? Mereka nak pakai duit apa nak buat majlis?" Adzrul kebingungan.

"Kamipun tak tahu apa perancangan mereka, Adz. Esok nak pergi ke rumah mereka nak bincang pasal hari nikah dan majlis kahwin sekali, sama ada nak buat bersekali atau asing-asing."

Adzrul terasa asing bila mendengar kata-kata Zulaikha.

"Eh, bukan hari tu kata nak buat kat Umbai ke? Pastu baru buat kat Tanjong Sepat."

"Nenek kamu tak nak," jawab Zulaikha agak lemah.

"Nenek kamu nak juga merasa tengok orang kahwin kat bandar. Tu yang dia tak nak buat kat kampung," celah Hashim. "Penat dia kata kalau buat sendiri. Kalau kahwin kat bandar, katering yang buat semua. Katanyalah. Tahulah nenek kamu tu. Moden benar."

"Baguslah macam tu. Esok, Adz akan ambil nenek bawa ke sini." Adzrul sangat tidak sabar untuk bertemu dengan neneknya.

"Iskh!" Bantah Hashim. "Nenek nak buat apa dua bulan kat sini? Tak payahlah Adz nak sibuk fikir pasal nenek. Seminggu sebelum majlis nanti, Pak Cik Ghaffar kamu akan bawa dia ke sini."

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now