45 - Angin Pasang Surut

253 4 1
                                    

LEBIH dua bulan sudah Sufea dan Adzrul berjauhan. Hubungan mereka sekejap baik sekejap tidak. Tidak boleh silap bicara, Adzrul akan mula memboikot. Tiga, empat hari dia akan mematikan telefon agar tidak dapat dihubungi Sufea.

Semuanya perkara remeh. Lambat angkat telefon, lambat jawab mesej, silap sebut nama rakan sekerja. Sikap Adzrul benar-benar membuat Sufea bingung dan pelik.

Sufea lebih banyak memendam perasaan tika ini. Tambah ketika harijadinya, tidak ada pun ucapan istimewa daripada Adzrul. Tidak pernah sekalipun sebelum ini dia melupai tanggal 14 November. Sibuk manapun, ada sahaja yang dia lakukan demi untuk mengucapkan selamat ulang tahun.

Sufea bangun dari katil, dan menujuk ke meja solek. Sebuah diari yang berada dalam laci dikeluarkan. Dia mencatat apa yang dirasakannya hari ini.

Terlalu penat rasanya menguruskan hal hari ini. Hanya berfikir, tetapi letihnya seluruh badan terasa. Tekanan sebagai pengurus sementara ini terlalu besarku rasa. Seluruh hidupku sangat terganggu. Abang menjauh, hormon makin tidak stabil. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku bertahan dengan semua ini.
Sekarang aku masih ada QQ untuk aku bertahan. Kalau tidak extent, entahlah. Ni dah Januari. Tak tahulah bagai mana.Tinggal tiga minggu lagi dan hanya itu masa untuk aku bergantung kepada QQ. Entahlah apa akan jadi selepas itu.
Aku akan sendirian tidak lama lagi di negeri orang ini.
Semoga aku akan terus kuat menghadapi segala masalah yang mendatang

Sufea menutup dan menyimpan semula diari. Dia kemudian mengambil telefon bimbitnya.

Riak wajah berubah sedih. Tidak ada sebarang mesej pun yamg diterima.

"Sampai hati abang buat Fea macam ni". Airmata Sufea mula bergenang.

Ikutkan hati, Sufea ingin meluahkan resah jiwanya kepada Rania. Rasa seksa di dadanya bagai tidak mampu untuk ditanggung lagi. Namun dia masih memikirkan Adzrul. Dia tidak mahu Adzrul malu. Dia tidak mahu Adzrul dipandang hina.

Bagaimana mahu mengubat kerinduan ini?

SEMINGGU sudah Adzrul tidak menghubungi Sufea. Segala mesej diabaikan. Awal tahun yang amat sibuk.

Kesibukan kerja menyebabkan Adzrul tidak dapat melayan kehendak hatinya. Orang lain jika berkursus atau berseminar mungkin rasa seronok tetapi tidak bagi Adzrul. Dia perlu mengendalikan setiap slot kursus, peserta mahupun penceramah.

Sakit kepalapun diabaikan, inikan pula kerinduan Sufea padanya. Adzrul juga tidak memberitahu Sufea yang dia berkursus jauh dari bumi Johor.

Esok hari terakhir Adzrul berkursus. Dan hanya esok sahaja barulah Adzrul bercadang untuk membuat kejutan kepada Sufea.

Ya... Kejutan

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now