55 - Enam Tahun Bermacam Drama

848 10 5
                                    

ENAM tahun tanpa sedar hidup Sufea seperti persinggahan buat Adzrul. Beberapa kali juga Sufea meminta untuk dilepaskan tetapi keputusan Adzrul tetap sama.

Mengimbas kembali hujung Ogos 2012, setelah Adzrul memutuskan untuk tidak menceraikan Sufea, Sufea tekad untuk meneruskan hidup tanpa memikirkan Adzrul ketika di UK. Namun, tekad hanya sekadar tekad kerana Sufea terikat dengan Haffaz. Semasa Adzrul menghantar Sufea ke lapangan terbang, Adzrul mengutarakan lagi satu syarat.

"Aku tak akan ganggu perjalanan hidup kau kat sana. Betul, aku janji. Tapi aku nak kau unblock aku. Aku juga ada hak untuk melihat Haffaz membesar. Haffaz tak wujud kalau bukan dari benih aku. Jadi, antara Isnin hingga Ahad, aku akan hubungi kau sama ada WhatsApp atau Video Call or anything yang boleh kita berhubung. Sehari dalam seminggu sahaja."

Sufea akur.

Dan lebih mengejutkan, ketika harijadinya Sufea mengetahui bahawa dia telah berbadan dua akibat 'dikerjakan' Adzrul seminggu tanpa selang. Sangkaan bapa mentuanya yang mengatakan Haffaz akan dapat adik memang tepat.

2013 dimulakan dengan usia kandungan Sufea memasuki trimister kedua. Dalam fikiran Sufea, sekali lagi dia hamil tanpa suami di sisi. Mahu tidak mahu dia redha kerana itu adalah pilihannya.

Sepanjang kandungannya, Sufea tidak ada memberitahu Adzrul yang dia sedang hamil. Setiap kali Adzrul ingin menghubunginya untuk bercakap dengan Haffaz, Sufea akan mengenakan telekung agar buncit perutnya tidak kelihatan.

Sufea amat gembira apabila melalui imbasan, adik Haffaz adalah perempuan dan dijangka lahir pada ulang tahun perkahwinan mereka, yang keempat. Kelahiran Alishba Faeeqa disambut oleh Adzrul sendiri. Sufea sendiri hilang kata-kata apabila seminggu sebelum melahirkan Alishba, Adzrul ada di hadapan pintu rumah Pak Uda!

Apabila ditanya dia hanya berkata "My instinct. Abang dah hitung-hitung. Sehari dalam seminggu, abang WhatsApp tanya khabar, tanya dah solat ke belum, tak adapun sayang kata 'saya tak solat, saya period'. So, kira punya kira punya kira, abangpun sampai sini."

Sufea sangsi dengan jawapan Adzrul.

"Ingat tak masa birthday, sayang tinggalkan abang dengan Haffaz? Abang duk berbual dengan Haffaz suddenly he tershow me something. You left the upt on desktop! Penat tau abang pujuk Haffaz supaya benda tu tak masuk mulut dia. Kencing tu!"

Sufea masih tidak yakin.

"Hmm... Tak apalah tak percaya. Yang penting abang nampak dua line. Then satu benda yang abang yakin, you wear telekung when everytime I make a video call. Something sangat. Nak menutup sangat."

Sufea hanya mencebikkan bibir. Dia sedar dia sudah kantoi.

Sikap Adzrul membuatkan dalam hati Sufea membenih cinta. Namun, sebulan bersama tak akan cukup baginya. Mulut cakap 'bila nak balik Malaysia' tapi dalam hati 'please temankan sayang sampai habis konvo'. Mulut dan hati benar-benar tidak sepakat.

Sebelum kembali ke Malaysia dan sebelum konvokesyen pada penghujung Julai 2013, Sufea melancong bersama Rosmila sekeluarga ke beberapa tempat di Eropah dan utara Afrika. Dan tanpa sengaja, Sufea bertemu dengan Afie, suami Farhain di Casablanca, Maghribi. Afie yang terlebih dahulu menyapanya.

Awalnya bercerita tentang keberadaannya di Casablanca. Dia bekerja dengan produksi penggambaran. Dan tengah asyik mendengar ceritanya, tiba-tiba Afie berkata, hati-hati dengan Farhain.

"Kenapa lagi dengan Ain? Tak habis-habiskah dia buat perangai?"

"Aku dah ceraikan dia. Bodohlah... Asyik nak laki kau je. Apa bodoh dia pun aku tak tahulah. Kalau 100pun laki dia kahwin cerai kahwin cerai, tapi asyik nak laki kau, sampai matipun tak akan dapatlah. Seluruh keturunan atok moyang dia sampai piutpun dah tahulah, Ain dengan laki kau tu ada darah sama." Marah benar Afie dengan Farhain.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now