51- Meninggalkan Tanah Air

529 8 1
                                    

SEMINGGU Sufea membuat persiapan mengemas dokumen serta pakaian untuk berhijrah. Haji Roslan dan Hajah Kalsum juga turut sama tetapi hanya seminggu.

"Adzrul takkan tak nak jenguk kamu langsung, Usu." Buat kesekian kalinya Hajah Kalsum mempersoal.

"Apa pula tak ada umi. Masa usu duk rumah mentua Usu, Adzrul ada." Sufea berbohong entah kali ke berapa.

"Maksud umi, jenguk kamu di sini."

"Dah dia sibuk nak buat macam mana. Dia ada kes mahkamah orang tak bayar cukai. Kena hadaplah. Selesai nanti ok lah tu. Pandailah dia ziarah kami kat London nanti." Sufea cuba menyenangkan hati uminya.

Hajah Kalsum akur.

HARI ini Adzrul discaj dari hospital. Hampir tiga minggu juga dia duduk dalam wad.

Pertama kali dalam hidupnya mendapat pengalaman dibelasah secara berkumpulan. Tulang tangan dan kakinya retak. Ada tulang rusuk patah, mujur tidak menusuk ke organ lain. Tempurung kepalanya juga ada retakan, syukur tidak ada pendarahan dalaman.

Kejadian ini gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang menyatakan bahawa Adzrul dan Laila didapati tidak bersalah atas tuduhan khalwat. Iskandar nyata geram dengan keputusan tersebut. Marahnya dinyatakan kepada abang Laila, Jamhari dan Kamarul. Namun, Kamarul bertindak luar batas apabila membawa lima orang sahabatnya untuk membelasah Adzrul.

Pada malam kejadian, dua hari selepas muktamad keputusan mahkamah, Kamarul dan lima sahabatnya mengepung Adzrul yang baru balik dari makan malam. Mereka memukul Adzrul di hadapan rumah sewanya. Keadaan yang bising itu menyebabkan rakan serumahnya dan jiran tetangga datang membantu. Ya, mereka lambat kerana Adzrul telah 'lembik' dibelasah.

Hari pertama Adzrul ditahan di wad, dia meminta agar Zamri tidak memberitahu hal ini kepada kedua ibubapanya memandangkan dia masih sedar.

"Laaa atleast biarlah dorang jenguk kau."

"Tak perlu Zam. Papa tu tengah marah kaw-kaw dengan aku sebab masa bini aku bersalin, aku tak ada. Biarlah aku tanggung silap aku ni. Ni balasan untuk akulah ni. Aku kira nak balik hari ni, nak minta maaf kat bini aku tapi inilah ketentuannya."

"Apa-apalah Adz, yang penting kau cepat sembuh."

Ya... Tiga minggu Adzrul ambil masa untuk sembuh. Dia berhasrat untuk berehat sehari dan esok akan terus ke Tanjong Sepat berjumpa Sufea.

Adzrul berasa sedih dengan ucapan Sufea sebelum dia melahirkan anak. Adzrul benar-benar lewat untuk membaca ucapan tersebut. Apabila badannya sudah dapat bergerak, barulah dia dapat membaca mesej Sufea. Malang benar, Sufea telah menyekatnya.

'Maafkan abang, Sufea'

"SETAHUN je, mama. Kalau mama rindu, mama mai lah UK. Nanti boleh melancong terus" pujuk Sufea.

"Jadi Mat Salleh lah yea cucu nenek ni!" Zulaikha mencuit pipi Haffaz yang baru berusia sebulan. "Yelah. Kalau tak mama, nanti daddy Haffaz datang UK"

Sumbing sahaja senyuman Sufea sebaik ibu mentuanya menyebut 'daddy Haffaz'.

"Ada masa jenguk-jenguk si Adzwan. Macam lupa daratan dah budak tu" pesan Hashim pula. Ketawa Sufea.

"Insya-Allah pa kalau Fea berkesempatan ke Ireland."

"Eh, Ireland dengan tempat kamu tinggal nanti, jauh ke?"

"Jauh kot pa. Sebab dia pulau lagi satu."

"Kami gerak dulu Hashim. Terima kasih tolong hantar kami ke sini. Tapi seminggu lagi, jangan lupa pula jemput kami."

"Hah, iyelah Lan. Jaga diri baik-baik sana" Hashim mengiyakan kehendak besannya, Haji Roslan.

Mereka kemudian bersalaman dan berpelukan tanda berpisah.

HAMPIR sejam Adzrul dan Zamri menunggu di halaman rumah. Kereta mentua dan kereta Sufea langsung tidak ada. Rumah bertutup rapat.

"Takkan lama sangat keluar rumah. Basah dah ketiak aku ni Adz. Cuba la call."

"Tak dapat, Zam." Adzrul mengeluh. "Lagi 15 minit kalau tak ada, kita ke Bangilah."

Saat menanti 15 minit, tiba-tiba sebuah 4WD memasuki ruangan halaman rumah mentua Adzrul.

"Assalamualaikum." Tuan badan memberi salam sebaik bertemu Adzrul.

"Walaikumsalam, Pak Teh."

"Buat apa sini?"

"Tunggu Usu, Pak Teh. Adz call asyik tak dapat."

"Laa, kan mereka ke London" beritahu Mustafa.

"Hah, London?!!!" Adzrul benar-benar terkejut.

"Kamu tak tahu ke?"

'Ah sudah, soalan perangkap!' Azdrul menjenguk jam. "Ya Allah, Pak Teh. Hari ni ke berlepasnya? Ingatkan lagi 4,5 hari. Dah salah tarikh dah Adz ni Pak Teh." Adzrul cuba menyembunyikan kealpaannya.

Mustafa pula menjenguk jam. "Kalau tak silap Pak Teh penerbangannya tengahari ni. Pegilah airport kalau sempat."

"Hah ye lah. Kami pergi dululah Pak Teh. Assalamualaikum."

Mereka berlalu meninggalkan Kampung Batu Untung.

"Kita balik Bangi saja, Zam. Aku rasa, dorang dah masuk depanture hall rasanya. Urus Imigresen itu ini. Beg lagi. Memang tak sempatlah" Nada kecewa itu terhambur dari mulut Adzrul.

Zamri akur sahaja.

BULAT mata Adzrul melihat kereta MyVi Sufea parkir di hadapan rumah Hashim. Bergegas Adzrul masuk ke dalam.

"Anak bini dah lari baru reti nak balik yea." Sindir Hashim

Adzrul terkesima. Mengertilah dia bahawa orang tuanya yang menghantar Sufea ke UK.

Adzrul malas mendengar bebelan orang tuanya, Adzrul naik ke atas untuk berehat. Terpinga-pinga Zamri dibuatnya. Zulaikha menjemput Zamri masuk ke rumah.

'Sayang, abang minta maaf.' Gugur jua air mata Adzrul.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now