2 - Bertemu Si Penggoda

418 11 5
                                    

AMRAN Jazlan Mohd Hazman. Anak kepada seorang usahawan hartanah yang baru meningkat naik. Tidak lama dia mungkin akan bergelar kepada anak seorang Datuk. Anak kedua kepada pasangan Hazman dan Radziah punya seorang abang dan seorang adik perempuan.

Jazlan bukanlah seorang kaki perempuan seperti abangnya tetapi dia seorang yang mudah bosan dengan perempuan. Lebih-lebih lagi jika perempuan tersebut suka mengongkong aktivitinya. Setakat dia hidup di dunia, dia hanya baru ada dua orang bekas kekasih.

Sufea adalah wanita ketiga dalam hidupnya. Dia akui Sufea memang lain dalam hatinya. Jauh lebih baik. Tidak pernah dia bercinta selama dia bercinta dengan Sufea. Setahun ketika bersama-sama di universiti dan selebihnya pula mereka bercinta jarak jauh. Keadaan itu benar-benar menguji kekuatan hubungan mereka.

Pun demikian, sejak akhir-akhir ini Jazlan sudah mulai rasa rimas. Sufea tidak mengongkongnya cuma desakan Sufea untuk bertemu dengan keluarganya amat menjengkelkan. Apa tah lagi apabila teman wanitanya itu mengatakan adalah tidak adil kerana dia sudah pernah bertemu dengan ahli keluarganya.

Jazlan bukan tidak mahu bertemu tetapi baginya masa belum sesuai. Pasti dia akan diminta untuk ke peringkat seterusnya. Jazlan tidak mahu. Dia belum bersedia. Jazlan mahu berjaya dalam kerjayanya terlebih dahulu sebelum dia mendapatkan seorang suri dalam hidupnya.

Sekurang-kurangnya Jazlan mahu Sufea memberikan dia peluang untuk bekerja selama lima hingga enam tahun sebelum mengahwini Sufea. Ini kerana, dia makan gaji dengan orang bukan syarikat ayahnya. Jazlan berhasrat mencari pengalaman dengan syarikat lain terlebih dahulu dan menubuhkan anak syarikat di bawah naungan syarikat ayahnya selepas berkahwin.

Jazlan tidak pernah menceritakan apa kehendaknya kepada Sufea dalam dunia kerjayanya. Dia bimbang Sufea tidak sanggup menunggunya. Dia sayangkan Sufea cuma dia harus mengecap cita-citanya terlebih dahulu.

Tit! Tit! Tit!

Deringan telefon beserta gegaran membuat Jazlan terkejut. Khayalannya kepada Sufea sedikit terganggu. Jazlan segera menekan punat panggil tanpa melihat terlebih dahulu pemanggilnya.

"Hello."

"Jazz, mana you ni? Dah lama I tunggu."

"Eh, I ada janji ke nak keluar dengan you?"

"You yang janji petang semalam yang you nak bawa I tengok movie. Now, macam you pulak yang nak mungkir janji dengan I." Luah gadis yang menelefon Jazlan.

Jazlan kebingungan. Dia memikir-mikir, ketika bila mulutnya berkata 'esok kita keluar tengok wayang'.

"You... takkan you lupa!" desak si gadis.

"Hold on, Tasha. I tak ingatlah. I am so sorry."

"Jadi you tak nak keluar dengan I lah ni?"

'Aduh, perempuan ni!'. "Tasha, janganlah merajuk okay. You kat mana sekarang? I jemput you." Mahu tidak mahu, Jazlan terpaksa mengalah.

Natasha Dato' Ramli. Gadis itu benar-benar mengganggu hidupnya. Marah benar dia kepada abangnya, Ilham Johari kerana memperkenalkan gadis ini kepadanya. Bila dia menolak ajakan gadis ini, esoknya pasti abangnya akan membebel. Jazlan ditembak dengan rasa rimas.

Tasha baik budaknya, cuma agak manja. Dia lebih tertarik kepada kakak Tasha, Natrah. Malangnya, kerana hendak dapatkan Natrahlah Johari sanggup 'menjual' Jazlan kepada Tasha. Bagi Johari, Tasha adalah umpan paling tepat untuk mendapatkan Natrah. Tasha pula terpikat kepada Jazlan sekalipun sekadar untuk bermain perasaan sahaja.

Setengah jam dalam perjalanan menemui Tasha, macam-macam Jazlan fikirkan. Fikirannya bercelaru. Malah berfikir, adakah ini tindakan yang baik. Wajah Tasha dan Sufea bersilih ganti dalam layar fikirannya. Dia memikir jalan yang baik untuk lari dari Tasha sebelum Sufea mengetahui segalanya sekalipun dia dan Tasha sekadar kenalan biasa.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now