36 - Siapa Hamidun?

260 4 1
                                    

HAMIDUN Noah Arlington adalah anak ketiga dari empat beradik. Anak kepada pasangan Rosmila dan Scott Arlington Daud Abdullah sudah disyaki mengalami penyakit leukemia.

Rosmila kembali ke Malaysia hanya kerana mahu menjalankan rawatan tradisional. Pun demikian, Hamidun mahu terus tinggal bersama dengan ibu saudaranya. Awalnya mereka membantah kerana Hamidun memerlukan rawatan lanjut tetapi akibat didesak, Rosmila dan Scott mengalah.

Hamidun tinggal bersama Sufea dari darjah lima iaitu pada tahun 1993 sehinggalah mereka bersekolah menengah di tingkatan empat.

Sepanjang masa itu, Kalsum dan Roslanlah yang menjadi peneman setia Hamidun jika melakukan rawatan kemoterapi di hospital. Masuk tahun keempat, Hamidun semakin sihat sehingga dia merasakan tidak perlu untuk menghadiri sesi kemoterapi lagi.

Kalsum dan Roslan bimbang, jika Hamidun tidak mahu meneruskan kemoterapi, sel barah tersebut akan merebak semula. Puas memujuk tetapi tidak berhasil, Hamidun tetap berdegil. Rosmila dan Scott juga tidak mampu merendahkan tahap kedegilan anak mereka.

Apa yang dikhuatiri oleh ibubapa Sufea menjadi kenyataan. Tidak sampai setahunpun dari Hamidun berhenti kemoterapi, sel barah itu merebak. Malah sangat aktif dan seakan kebal dari segala rawatan.

Sehari selepas harijadi Hamidun yang ke-16 iaitu pada 30 Mei 1999, menyaksikan ia adalah hari terakhir untuk Sufea, Adzrul, Rania dan Fatin untuk menatap wajah Hamidun. Hamidun dibawa pulang semula ke UK untuk menerima rawatan intensif.

Allah SWT itu Maha Mengetahui atas segala sesuatu. 16 November 1999 iaitu dua hari selepas harijadi Sufea, Hamidun telah pergi untuk selamanya-lamanya.

Surah 'Abasa ayat 19 hingga 21 bermaksud; Dari air mani diciptakannya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan dan tanggungjawab; Kemudian jalan (baik dan jahat) dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang dia pilih); Lalu dimatikannya, lalu diperintahkan supaya dia dikuburkan.

Begitulah kejadian manusia. Dari DIA kita datang, kepada DIA jua kita kembali. Yang hidup pasti akan mati dan akan hidup di alam yang lain. Yang hidup di dunia harus perlu meneruskan kehidupan untuk mencari keredhannya.

Rosmila awal-awal telah meminta kakaknya, Kalsum untuk datang ke UK. Dia ketika itu merasakan masa Hamidun sudah hampir tiba. Sufea pula terpaksa cuti seminggu lebih awal dan tinggal bersama Syafiq di Johor Bahru.

Selepas mendapat berita pemergian Hamidun, Sufea asyik melayan tangisnya dengan terindu-rindu akan sepupunya. Malah dia tidak memberitahu rakan yang lain sehinggalah kedua ibubapanya kembali semula ke Malaysia.

Hanya Roslan sahaja yang mampu menaikkan semula semangat Sufea yang hampir hilang dibawa pergi oleh rasa rindu.

Genap 100 hari pemergian Hamidun, Sufea baru mengetahui yang sepupunya menyukai seorang gadis bernama Adele. Itupun apabila Sufea menjumpai sebuah buku latihan yang Hamidun jadikan sebagai coretan untuk menyatakan perasaannya pada Adele. Dari buku itulah Sufea tahu Hamidun mengangankan suasana 'fall season' jika dia berkahwin. Sufea masih simpan buku tersebut.

Sufea tidak mengenali Adele secara lebih dalam. Sufea hanya tahu Adele yang sekelas dengan Hamidun adalah anak seorang pegawai polis yang berasal dari Sarawak. Semasa di tingkatan empat, Adele berpindah semula ke Sarawak mengikut ibubapanya.

Bermula dari itulah Sufea menyedari kesihatan Hamidun merosot. Sedang dalam fikiran keluarga Sufea adalah akibat kedegilan Hamidun yangbtidak mahu menjalani kemoterapi.

Sufea tidak tahu mencari maklumat Adele. Malah, setelah ada MySpace, Facebook, Sufea tetap gagal mencari Adele.

'Mid, tenanglah di sana.'

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now