32 - Bermula dendam si musuh

315 6 3
                                    

TAHUN baru menjelang. Seakan tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Adzrul dan Sufea melayari hidup dengan penuh harmoni tanpa sesekali untuk masing-masing memikirkan pasangan ghaib mereka yang hanya wujud pada perjanjian yang dimetrai.

Pasangan suami isteri ini sudah berpindah ke rumah sendiri. Tidak perlu sudah mereka memikirkan mengenai sewa rumah setiap bulan. Sekurang-kurangnya mereka sudah hilang 'satu beban'.

Mereka baru sahaja berpindah seminggu lalu, saat-saat akhir bulan. Itupun setelah Adzrul meminta kontraktor pemasangan wayar untuk elektrik dan penyedia khidmat hiasan dalaman untuk melakukan kerja dengan cepat. Dia meminta bantuan bapa mertuanya untuk menyelia kerja kontraktor.

Adzrul dan Sufea sudah berjanji dengan tuan rumah sewa mereka untuk keluar rumah sebelum hujung bulan Januari. Mereka tidak dapat menunda tarikh keluar rumah kerana sudah ada penyewa baru yang bersedia untuk masuk awal Februari.

Apabila mereka masuk hari Sabtu minggu lepas, masih ada kerja pendawaian yang belum siap. Hanya bilik utama sahaja yang telah lengkap sepenuhnya. Mahu tidak mahu mereka terpaksa masuk juga ke rumah yang belum siap sepenuhnya itu dari segi hal dalaman.

Hiasan dalaman pula, Adzrul hanya menggunakan perkhidmatan mengecat dan meletakatur kabinet dapur, almari pakaian serta langsir rumah.

Hari ini, Adzrul dan Sufea menghabiskan masa untuk mengemas rumah mereka di samping beberapa orang pekerja bahagian pendawaian untuk menyelesaikan kerja mereka yang hampir siap. Kedua ibubapa mereka juga datang membantu.

Hati Sufea tidak senang apabila ibubapa mertuanya datang bersama seseorang selalu sangat menyakitkan hatinya. Siapa lagi kalau bukan Farhain. Adzrul juga terkejut dengan kehadiran Farhain.

"Ain tak ada kelas ke?" soal Adzrul penuh rasa cemas. Matanya sentiasa menjeling ke arah Sufea. Nyata wajah Sufea tegang.

"Dah datang sini, maksudnya freelah. Mana ada kelas." Jawab Farhain.

Farhain masih belajar di Perlis. Adzrul tidak mengambil tahu bidang apa yang diambil oleh Farhain. Itupun dia tahu ketika cuti raya tahun lalu. Entah apa mimpi sepupunya itu datang ke tempatnya ketika hujung minggu. Perjalanan bas dari Perlis ke Kuala Lumpur bukannya mengambil masa dua tiga jam. Begitu juga dengan perkhidmatan keretapi.

Adzrul mengharapkan kejadian cuti raya itu tidak berulang lagi di rumahnya ini. Sufea pula bersiap dengan telefon bimbitnya untuk merakam perbualan antara dia dan Farhain. Gerak hatinya sangat kuat menyatakan akan ada sesuatu akan berlaku hari ini.

"Salah ke Ain datang nak jenguk rumah abang kesayangan Ain ni?"

Adzrul tidak menjawab sebaliknya dia memandang isterinya dan terus berlalu membiarkan Farhain bersama dengan Sufea di dapur. Adzrul bergerak menghampiri kedua orang tuanya di ruang tamu bersama dengan ibubapa mertuanya.

"Tak salahkan, kak kalau Ain datang sini?" soal Farhain kepada Sufea.

"Jangan tanya aku. Sejujurnya, I am not welcome to you." Sufea berterus terang. Baginya buat apa nak bersembunyi perasaan.

"Eh teruknya, jealous tak bertempat! Urgh... ruginya abang Adz kahwin dengan kau. Dahlah tak cantik mana, mandul pula tu." Farhain menambah sakit hati Sufea.

Sufea tidak membalas. Dia hanya tersengih sambil tangannya sentiasa bergerak melakukan kerja.

"Aku tak tahulah kenapa abang Adz tu nak kahwin dengan perempuan macam kau ni. Tengoklah oenampioan kau. Urghh jeliknya!"

Sufea menoleh ke arah Farhain. Dia memerhatikan Farhain dari atas hingga ke bawah berulang-ulang kali. Ianya menimbulkan rasa rimas kepada Farhain.

"Kau ni nampak perfect, kan? Akupun tak tahulah kenapa agaknya Adzrul memilih gadis kuno macam aku ni dan tak pilih gadis up-to-date macam kau. Badan cantik, muka lawa. Kau rasa kenapa Adz tak nak pilih kau?" Sufea cuba memprovok.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now