46 - Kejutan

321 6 2
                                    

SUFEA balik awal hari ini. Dia merasa begitu tidak selesa dari awal pagi. Menjelang tengah hari dia pulang dan meminta Qhaleesya untuk menjalankan tugasnya.

Setiba di rumah, Sufea terus tidur dan hanya bangun menghampiri jam 4 petang.

Tidak pernah Sufea berasa seletih ini sehingga leka meninggalkan solat Zohor

"Allahuakhbar," Sufea bertakbir. Melihat jam di tangannya, segera dia bangkit meskipun badannya agak lemah. Seharian ini, seingatnya dia hanya meminum secawan milo panas.

Selepas solat, Sofea bercadang untuk ke Center Point sendirian. Mencari makan untuk mengisi perutnya. Bimbang pula gastrik menyerang.

Setiba di food court, tidak lalu pula Sofea hendak makan. Hilang seleranya melihat keadaan orang ramai. Tambah pula dengan bermacam-macam bau masakan menimbulkan rasa mual padanya. Dia hanya membungkus makanan dan segera dia berlalu.

Dalam perjalanan balik, Sufea merasa keadaan sekelilingnya seakan berpusing-pusing. Beberapa kali dia berhenti untuk dia mengawal keadaannya. Perjalanan yang hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit menjadi dua kali ganda lamanya.

Tiba di hadapan pintu, pening Sufea makin menjadi-jadi. Hendak membuka pintu pun mengambil masa.

Setelah pintu dibuka, dompet Sufea terjatuh. Ketika dia tunduk untuk mengambil dompetnya, Sufea merasa kepalanya makin berat dan pandangannya gelap!

Sufea terjelepok jatuh. Badannya separuh di dalam rumah dan separuh di luar.

Sufea pengsan!

SUFEA membuka mata perlahan-lahan. Dia sedikit hairan dan cuba mengingat apa yang berlaku padanya sambil meraba-raba wajahnya.

"Kenapa basah muka aku ni? Baring kat sofa pula."

"Sayang pengsan kat depan pintu tadi."

Sufea segera menoleh.

Adzrul! Hatinya tiba-tiba rasa berdebar. Degupan jantungnya semakin kuat.

Adzrul menghampiri Sufea bersama sejambak bunga mawar merah.

"Ab... Ab... Abang... Bila sa... sampai ni?" Tergagap-gagap Sufea. Dia seakan bermimpi.

Apabila Adzrul mengucup dahi dan mencium pipinya, barulah Sufea merasakan itu realiti.

"Nasib baik abang follow sayang tau, kalau tak..."

ADZRUL berkursus di Promanade Hotel, hanya bersebelahan dengan Marina Court tempat Sufea tinggal. Sebelum berjumpa Sufea, Adzrul menelefon pejabat Sufea. Qhaleesya memberitahu alamat rumah Sufea jika Adzrul mahu berjumpa.

Ketika menghampiri gerbang Marina Court, Adzrul melihat kelibat Sufea. Adzrul senyum kepada Sufea tetapi nyata Sufea seakan tidak memberi respon. Paling teruk apabila jarak mereka hanya lebih kurang 2 meter, Sufea langsung tidak menoleh kepadanya.

Adzrul mengekori Sufea tetapi dia dihalang oleh pengawal keselamatan. Terpaksa Adzrul melihatkan kad perkahwinan mereka baru dia dibenarkan masuk.

Ketika dia menjejak tempat Sufea tinggal, dilihatnya Sufea telah terbaring.

"KENAPA boleh pengsan ni?"

"Lapar."

"Kenapa tak makan aje kat kedai tadi?"

"Tak lalu nak makan. Banyak sangat bau. Ikan goreng, sup. Naik loya."

"Tomyam sayang beli tadi dah tumpah. Sorrylah, abang tak tukar baju sayang. Abang tak tahu mana satu bilik sayang ni. Ni kan rumah orang."

Sufea melihat bajunya yang masih tersisa bau sup tomyam.

"Tak apa. Fea duk bilik kat sana tu. Dekat dengan dapur. Thank you sebab jaga privacy tuan rumah. Fea pun tak berani nak jenguk dua bilik tu."

Tiba-tiba Adzrul menyentuh wajah Sufea. Setiap inci diperhati dengan teliti. Ketika dia ingin menemukan bibirnya ke bibir Sufea, lonceng rumah berbunyi. Secara otomatik tindakannya terhenti.

"Mesti QiQi datang sebab abang minta dia belikan tomyam baru untuk sayang."

Adzrul berlalu ke arah pintu. Kelibat Qhaleesya kelihatan.

"Fea dah okay?" tanya Qhaleesya sebaik memasuki ruangan rumah.

"Oklah kot." Balas Sufea

"Bini kau mengandung kot ni, Adz. Sebab sepanjang bersama ngan dia ni, tak pernah pula nampak dia tak solat. Hari-hari solat. Bagus bawa gi check."

"Fea stresslah. Tu yang hormon tak stabil tu." Sufea membantah.

"Apa benda yang kau stress kat office tu? Aku masih ada bantu. Kerja banyak dah settle."

Sufea diam. Adzrul juga diam.

"Kalau dah ngandung, confirm Puan Atikah tu ganti orang cepat-cepat. Cepatlah Fea balik Semanjung kan? Lagipun short list untuk hotel manager tu kan dah ada."

"A'ah. Cuma Puan Atikah tak tahu lagi bila nak interview."

"Thats why you need go to check. Kalau dia dah tahu Fea dah ngandung, dia akan cepat-cepatlah appoint orang baharu."

Sufea tidak bersuara lagi. Adzrul pula terus membisu.

"Kau orang ni dah kenapa? Senyap aje? Ohhh... Aku ganggu eh..." Qhaleesya terus gelak sakan. "Oklah... Aku gerak dulu. Kau Fea, jangan tak makan. Nanti perut masuk angin, okay"

Qhaleesya berlalu setelah menyerahkan makanan kepada Adzrul.

"Sayang pregnant ke?"

"Tak tahu. Fea tak check lagi."

"Ada tanda-tanda macam hari tu ke? Sakit gigi, loya, muntah-muntah, pening?" Sufea geleng kepala. "Kalau isteri mengandung, suami effect tak sakit-sakit?"

"Adz ni kenapa? Mana la Fea tahu effect ke tak? Kenapa, Adz ada pening-pening, muntah-muntah ke?"

"Pening-pening sakit kepala tu yea. Muntah-muntah tak. Kita tanya umi atau mama nak tak? Abang tak mahu lagi Fea keguguran."

"Iskh jangan dululah. Nanti mereka berharap pula. Kita buat test esoklah. Fea dah lapar sangat ni."

Adzrul menghampiri Sufea dan meletakkan kepalanya di perut Sufea.

"Anak daddy ni lapar ke?" Tiba-tiba perut Sufea pula berbunyi. Mereka ketawa bersama. "Lapar sangat nampaknya. Jomlah abang teman makan"

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now