28 - Mula berdikari

500 5 1
                                    

SUFEA memulakan bekerja setelah seminggu bercuti. Begitu juga dengan Adzrul. Terasa ingin sahaja Sufea menyambung cuti kerana baru sahaja pindah rumah untuk hidup berdikari.

Ketika tiba di pejabat, Sufea berasa sedikit pelik dengan rakan sekerjanya hari ini. Ada yang menyapanya dan pula yang hanya sekadar memandang sahaja. Tidak seperti selalu. Dan paling teruk apabila ada satu dua orang pekerja yang memandangnya dari atas ke bawah, bagai ada yang tidak kena dengan pakaiannya.

Sufea mengabaikan segala pandangan tersebut dan terus berlalu ke biliknya.

Sedang Sufea mengemas mejanya, Hanim datang menjengah.

"Hai pengantin baru!"

"Ya, Hanim." Balas Sufea penuh ceria.

"Wah, berseri-seri pengantin baru ni." Hanim terkekek ketawa. "Macam hidup berumahtangga, seronok? Dah honeymoon ke?"

"Hmm... bolehlah. Masih ralat sikitlah berpisah dengan parent. Honeymoon, tak lagi."

"Eh, dah duduk rumah sendiri ke?" Sufea angguk. "Kat mana?"

"Menyewa kat Taman Sutera. Beli rumah kat sana juga tapi belum siap. Tahun depan kot baru pindah. Insya-Allah."

"Oh... Tahniah. Lepas ni, bolehlah mengidam-ngidam yek?"

"Mengidam?" Sufea ketawa. "Mimpi ajelah."

Berkerut kening Hanim. Dia hairan dengan kenyataan yang baru sahaja didengarnya.

Bukan Sufea tidak kenal Hanim siapa. Pengorek rahsia nombor satu. Bagi Sufea, pasti ada sesuatu yang Hanim ingin tahu menyebabkan dia datang berborak dengannya. Tak pernah-pernah Hanim datang hendak berborak dengannya. Paling-paling datang berjumpa nak tahu Puan Atikah ada kah atau tidak ada.

"Kenapa pula muka macam terkejut?" soal Sufea.

Hanim tersengih.

"Iskh Cik Fea ni, adakah ke situ pula. Tapi mana tahu Cik Fea bunting pelamin."

"Syukur alhamdulillah kalau bunting pelamin. Ni tak tahulah period saya ni sampai bila. Kalau period ni dua minggu, lama lagilah malam pertama saya." Beritahu Sufea sedikit berdolak. Buat apa nak cerita hal kain dalam kat orang lain. "Ada lagi nak tanya?"

"Suami Cik Fea tu, orang mana? Kerja kat mana?"

"Orang Malaysia, asal Melaka, tinggal di Bangi, bekerja di KL. Ada lagi?"

"Private ke government?"

"GLC."

"Boss ke dia tu?"

'Wah, sungguh-sungguh nampaknya dia mengorek rahsia ni'. Berbunga geram hati Sufea.

"Office boy macam Fadley. Why? Kalau dia boss kenapa? You ada hati nak rampas dia ke? And... Hanim nak tahu apa lagi untuk diceritakan kat collegue lain?" Sufea pula menyoal semula.

Wajah Hanim berubah. Jelas sangat wajahnya terpancar kekalutan. Mahu tidak mahu, dia meminta diri.

Lega sedikit hati Sufea.

Hampir setengah jam kemudian, Puan Atikah masuk.

"Assalamualaikum, Puan."

"Walaikumsalam, Fea. Eh, I ingat you cuti dua minggu. Seronokkan jadi isteri?" Sufea hanya tersenyum dan mengangguk sedikit. "Tengah hari ni should be I ada meeting dengan Dato' Hanifah Aziah, but meeting tu cancelled. Dato' ada kecemasan. Her mother passed away."

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now