21 - Bertemu Untuk Berpisah

243 4 2
                                    

LAILA menanti kehadiran Adzrul. Mereka sudah berjanji untuk bertemu di Restoran KFC Bandar Baru Sungai Buloh. Dia memilih tempat yang dikiranya ada sedikit privasi.

Semalam Adzrul menelefonnya. Nada suara Adzrul agak serius.

"Abang nak jumpa Laila esok boleh?"

"Boleh. Kat mana?" Laila nyata gembira. Ini adalah pertemuan kedua mereka setelah mengesahkan hubungan pada awal Februari lalu.

"Kat KFC, Bandar Baru. Laila habis kelas pukul berapa?"

"Habis kelas pukul 5 petang."

"Kita jumpa dalam jam 6 petang lepas abang habis kerja, OK?"

Laila mengiyakan sebelum menamatkan talian telefon.

Laila dan Adzrul berkenalan melalui laman sosial Facebook hampir dua tahun. Mereka bertemu lebih tiga kali dan sering berbual di telefon sebelum mereka bersetuju untuk menjalinkan percintaan ketika cuti Hari Wilayah.

Inilah perhubungan yang sangat pantas bagi Laila. Laila belum bersediapun untuk menjadi teman wanita untuk mana-mana lelaki yang dikenalinya kerana dia merasakan masih terlalu muda untuk bercinta.

Usia Laila baru menghampiri 20 tahun. Terlalu banyak perkara lagi yang dia perlu fikirkan selain cinta. Selepas mendapat Diploma Kejururawatan dan memasuki sektor kerajaan dengan gred U29, dia mahu meneruskan untuk memperoleh ijazah untuk menjadi Pengajar. Laila sendiri sudah menetapkan sekurang-kurangnya untuk berkahwin pada usia 27 tahun.

Entah kenapa, agak sukar bagi Laila untuk menolak perlawaan Adzrul apabila lelaki itu mengajaknya memulakan perhubungan yang serius. Walau belum ada perasaan pada Adzrul, tetapi dia tetap mengiyakan untuk bersama lelaki itu. Dia berasa selasa dan selamat jika bersama dengan Adzrul.

Pun demikian, timbul rasa rimas, pelik dan sedikit kecil hati Laila sekarang kepada Adzrul. Biasanya orang bercinta makin kerap bertelefon atau berbalas SMS. Lain pula lagaknya dengan Adzrul terutama selepas harijadi kekasihnya itu. Jika ditelefon dan tidak berjawab, Adzrul tidak akan menghubungi semula. Dia dibiarkan terkontang kanting.

Pernah sekali dia menelefon, sepupu Adzrul pula yang menjawab panggilannya. Sepupu Adzrul kata Adzrul keluar tanpa membawa telefon. Sampai begitu sekali! Pelik, kan?

Jika dihantar mesej, jawapan yang sering diterimanya 'maaf abang sangat sibuk'. Untuk apa-apa situasi atau pertanyaan, itulah jawapan yang sering diterimanya sejak menjadi kekasih. Pelik, kan?

Laila mengakui, sekalipun belum ada rasa cinta pada Adzrul, sekurang-kurangnya lelaki itu baginya harus 'membelai' perasaannya. Keserasaian dan cinta itu wujud apabila masing-masing sentiasa prihatin. Perasaan hebat dan teruja bersama Adzrul sangat dirasainya sebelum mereka mengisytihar hubungan.

Paling mengejutkan Laila, akaun Facebook Adzrul sudah 'hilang' pada petang 3 haribulan Mac. Terpinga-pinga Laila mencari. Baru sekejap dia melihat Adzrul berada atas talian, dan dalam lima minit sahaja, nama itu terus lesap. Dia fikirkan Adzrul tidak aktifkan ruangan bual, rupa-rupanya memang hilang terus. Apabila ditanya melalui SMS, Adzrul tidak membalasnya.

Laila mengharap pertemuan hari ini menjelaskan semuanya. Jika dia hanya sekadar boneka, Laila ingin dilepaskan dia tidak mahu luka terlalu dalam. Jika benar Adzrul menyesal dengan hubungan ini, Laila mahu ianya segera berakhir.

"Dah lama tunggu abang?"

Laila terkejut dengan sapaan itu. Dia lantas mengurut dadanya untuk meredakan degupan jantung.

"Iskh abang ni, lain kali bagi lah salam dulu." Bantah Laila dengan tindakan Adzrul yang menyergahnya tiba-tiba.

"Sorry. Assalamualaikum. Dah lama tunggu abang?"

"Walaikumsalam. Taklah lama sangat tapi sempat jugalah memikir hala tuju hidup."

"Hmm..." balas Adzrul dan mengangguk-angguk kepala. Dia kemudian meletakkan tray di tengah-tengah meja. Adzrul sudah siap-siap membelikan Laila satu set Zinger Burger.

"Abang apa khabar?"

"Sihat, Alhamdulillah."

"Sibuk benar ya abang sekarang ni tak macam masa tackle dulu."

Adzrul tersenyum kelat.

"Sangat tidak dinafikan. Apa-apapun, abang nak minta maaf selalu buat kamu sakit hati."

"Sakit hati tu tak sangatlah. Cuma rasa kecil hati sebab macam layanan bukan girlfriend je."

Adzrul belum berniat untuk membalas ayat penyata itu. Dia menyuapkan burger sedikit ke mulutnya. Dia juga mencari kata-kata yang baik supaya Laila tidak terus terluka.

"Kalau abang nak ajak kamu kahwin dalam setahun dua lagi, kamu nak tak?" Adzrul cuba memancing di air yang tak berapa keruh.

Laila merenung wajah Adzrul dan kemudian menggelengkan kepala. "Peliklah abang ni. Kita tak lama kenal tau. Lagipun Laila target umur 27 tahun nak kahwin. Nak sambung study lagi. Tak terlalu tua, kan untuk abang tunggu? Itupun kalau betul-betul abang nak kat saya. Saya tak boleh nak jangka masa hadapan."

Laila terus memerhatikan wajah Adzrul.

Nampak sangat berseri sekalipun dia statik serius. Laila berteka-teki. Mustahil untuk Adzrul dapat jackpot sebab lelaki di hadapannya itu bukan kaki nombor. 'Abang cakap pasal kahwin. Takkan dia nak kahwin dengan aku yang baru kenal beberapa bulan. Iskh, tak mahulah aku. Simpang malaikat 44. Atau mungkin dia kena paksa kahwin dan oleh sebab tak mahu kahwin dengan perempuan tu, dia nak kahwin dengan aku secepat ini. Eh, nanti aku tak jadi menantu kesayangan pula.'

"Iskh tak mau, tak mau,"

"Eh, kenapa ni?" Adzrul kehairanan. Tiba-tiba sahaja Laila meracau di hadapannya.

"Sorry, emosi terlebih." Laila tersipu malu. "Kenapa abang cakap pasal kahwin pula ni?"

"Sebenarnya... uhh... sebenarnya," agak takut untuk Adzrul berbicara hal sebenar.

"Abang kena paksa kahwin ke?" teka Laila.

Gulp! 'Terrornya budak ni meneka. Paksa dalam rela Laila oiiii'. Adzrul angguk perlahan.

"Tu sebab saya kata tak mau tadi. Saya tak nak kahwin dengan abang kalau keluarga abang dah dipilihkan perempuan lain untuk abang. Laila tak suka lukakan hati orang tua." Nyata Adzrul terkejut dengan jawapan pantas dari Laila.

'Dia ni tak ada perasaan kat aku ke?' bisik hati Adzrul. "Laila tak kecewa ke?" Adzrul benar-benar hairan.

"Macam ni lah bang, we break-up kalau abang nak kahwin secepat ni. Saya tak boleh nak accept. Saya ada cita-cita. Saya tak nak perkahwinan menghalang apa yang saya nak. Saya tak kecewa sangat sebab saya belum jatuh cinta sangat dengan abang. Sayapun baru nak masuk 20 tahun. Latihan ni pun kena hadap dua tahun lagi. Kalau lulus, saya plan lepas empat lima tahun kerja, saya nak sambung belajar. Saya nak jadi pengajar."

Tidak dapat berkata apa-apa! Adzrul hanya mampu memerhatikan raut wajah Laila yang sangat comel. Dia tidak menyangka yang dia akan kehilangan gadis secomel Laila demi sebuah perkahwinan yang mungkin mendukakan.

"Kalau abang duda, kamu masih boleh terima abang?" Adzrul menduga lagi.

Laila ketawa. "Bang, saya sangat percayakan takdir. Kalau kita ada jodoh, kita pasti akan kahwin juga meskipun mungkin masa tu umur masing-masing dah 60 atau 70 tahun."

"Abang tak sangka hubungan kita jadi sampai macam ni."

"Alah rilek lah. Saya tak terluka sangatpun."

"Tapi kita masih boleh berhubung, kan?" Adzrul memang tidak sampai hati untuk meninggalkan Laila hanya kerana perkahwinannya dengan Sufea.

"Hmm... tak ada halangan!"

"Apa kata kalau kamu jadi adik angkat abang, nak tak?" Laila hanya mengangguk tanda setuju kepada cadangan Adzrul.

Pengakhiran yang belum pernah terjadi. Kekasih menjadi abang angkat sahaja. Inilah pengakhiran hubungan antara Laila dan Adzrul.

Dan Adzrul, akan merahsiakan hal ini dari pengetahuan Sufea. Dia tekad, biarlah perkahwinannya hanya sekali seumur hidup.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now