30 - Musuh

288 5 1
                                    

SEJAK kembali dari bercuti hari raya di Melaka dan di Tanjong Sepat, muka Sufea langsung tidak menunjukkan keceriaan. Sufea masih terbawa-bawa rasa sakit hati.

"Sudahlah tu. Tak payahlah nak ambil serius sangat." Adzrul memujuk.

"Mama dengan umi termasuk nenek sekali, kenapa boleh faham? Yang mereka sibuk sangat tu, kenapa? Dah Allah belum nak bagi rezeki, nak buat macam mana? Rasa nak cili-cili je mulut. Orang kahwin tak sampai setahun dah pandai-pandai cakap yang saya ni mandul. Kenapa tak cakap yang awak tu mandul? Kenapa nak tuduh saya seorang je?"

Hati Sufea berapi-api terutama dengan seorang sepupu Adzrul, Farhain Nabila. Bergegar rasa tangan hendak menampar pipi Farhain. Memikirkan dia masih baru menjadi keluarga Adzrul, dia berusaha untuk terus sabar.

Hanya apabila kembali semula ke Taman Sutera, barulah Sufea meluahkan rasa sakit hatinya kepada Adzrul. Percutian hari raya yang sangat tidak berbaloi baginya. Sangat menyakitkan hati!

"Alah mereka bergurau je tu."

"Bergurau apa benda? Awak tahu tak, Farhain tu cakap apa?" Marah benar Sufea hingga intonasi suaranya juga berubah.

"Apa dia cakap?"

"Alah Fea ni bukannya boleh mengandung. Mandul! Kalau Ain kahwin dengan abang Adz, Ain confirm dah mengandung empat, lima bulan."

"Sampai macam tu sekali!" Adzrul kehairanan. Tidak pula dia tahu yang Farhain bermulut lancang.

"Hah ler. Nampak sangat dia kecewa tak kahwin dengan awak. Dia tahu pula perjalanan hidup dia akan datang. Belum tentu ALLAH nak bagi dia rezeki awal."

Jika mata Sufea boleh berapi, ianya pasti akan mengeluarkan api. Begitu terasa marahnya kepada Farhain belum surut-surut sekalipun cuti di Tanjong Sepat begitu menyeronokkan.

Adzrul menghampiri Sufea. Dia berasa kesal kerana tidak bersama Sufea sepanjang masa sehingga Farhain sempat mengambil kesempatan untuk menyindir Sufea. Adzrul tahu yang sepupunya itu memang menaruh perasaan kepadanya. Itupun dia tahu daripada cerita seorang lagi sepupunya, Syahrul.

Tidak dinafikan Farhain lebih cantik dari Sufea. Mana-mana lelaki yang melihat pasti akan cair oleh kecantikannya. Pun demikian, status mereka sebagai sepupu membolehkan Adzrul menolak cinta Farhain.

Memang tidak salah untuk berkahwin dengan sepupu kerana pasangan bukannya mahram dan ianya halal. Tetapi ada sebab Adzrul tidak mahu mengahwini sepupu.

Pertama, tidak memperkembangkan keturunan. Kedua, darah sepupu adalah 'darah panas' yang mana ada sesetengah orang yang berkahwin sepupu akan melahirkan anak yang 'istimewa'. Ketiga, jika berlaku penceraian pastinya 'bermasam muka' akan berlaku. Dan keempat, sebab amanat kedua ibubapanya.

"Farhain dah jadi adik kamu tau, Adz. Sayang dia macam sayang Tata, ok?!" Pesanan mama masih melekat dalam fikiran.

"Besar nanti, jangan pula ada hati dengan Ain. Tak boleh!" Pesanan Papa pula menyinggah dalam kenangan Adzrul.

Pesanan itu diberikan ketika dia darjah lima apabila waktu itu Adzrul dan Farhain agak rapat kerana keluarga Farhain tinggal serumah dengan keluarganya. Diulang berkali-kali lebih-lebih lagi apabila Adzrul dan Farhain bermain bersama-sama. Pesanan bertubi-tubi menyebabkan Adzrul menjarakkan diri dan lebih rapat dengan sepupu lelaki.

Beza usia Farhain hanya tiga bulan muda dari Adznita. Farhain dijaga oleh Zulaikha lebih kurang 3 bulan apabila ibu Farhain, Hasnizah menjalani pembedahan pada pergelangan kaki akibat kemalangan. Ketika itu Farhain baru berusia tujuh bulan.

Adzrul bangun dari sofa. Dia memaut tangan Sufea dan cuba menarik Sufea yang mengeraskan tubuhnya.

"Dahlah tu. Nanti tambah sakit hati awak kat dia." Adzrul memujuk.

Sufea mendengus.

"Sekurang-kurangnya saya dah tau, Sufea Nur Haseena ni sayang sangat kat Adzrul Firdaus." Adzrul menguntum senyum. Sufea pula mengerutkan keningnya tanda tidak faham. "Yelah, bila awak sakit hati sebab suami awak yang handsome ni nak kena rampas orang maksudnya you love me, right?"

"Mengadalah!"

"Sayang, sampai bila-bilapun abang tak akan kahwin dengan Ain. Ain tu anak susuan nama. Darah kami dah sama." Afz4up memberi jaminan.

Jaminan Adzrul masih tidak dapat melunturkan amarah Sufea.

"You feel a bit jealous when she talks about me, right?" Adzrul menduga lagi.

"Takkk! Saya sakit hati dia cakap saya mandul!"

"Ok... kalau macam tu, kita buktikan." Sufea diam. "Dah, jom masuk bilik, kita buat anak."

"Hey!"

Mereka kemudian sama-sama ketawa. Terasa bahagia menjalar di tangkai hati masing-masing.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now