37 - Sakit Gigi

232 5 1
                                    

SUFEA mundar mandir di bilik. Tangan kanannya menyentuh pipi kanannya. Mata Sufea pula sedikit berair. Raut wajahnya menampakkan dia sedang menahan rasa sakit. Mujur tidak ada Adzrul. Jika tidak, pasti suaminya itu pening melihat tingkahnya.

Sufea sudah lewat datang haid seminggu. Namun dua hari yang lalu, pada hari kelapan sebelum dia sempat untuk membuat ujian kehamilan, dia didatangi tompok berwarna merah jambu. Jadi, Sufea menganggap dia didatangi haid.

Pun demikian, sejak malam semalam dia mengalami rasa ngilu pada gigi gerahamnya. Sufea belum pernah merasa ngilu sebegini teruk sepanjang hidupnya. Kalau setakat ngilu minum air sejuk atau makanan berais, itu perkara biasa. Baginya ngilu lebih berbisa dari sakit gigi. Hendak dikatakan giginya berlubang, tidak pula dia berasakannya. Jika kehadiran gigi bungsu juga mustahil kerana Sufea sudah mengalaminya dua kali.

Macam-macam petua sudah Sufea gunakan untuk menghilangkan ngilu. Namun ianya masih lagi bermaharajalela. Malah ngilu tersebut membawa pening kepada kepalanya.

Kerana tidak tahan, Sufea turun ke ruangan dapur. Dia segera mencapai peti kecemasan untuk mengambil dua biji paracetamol 500mg. Sayangnya, ubat penahan sakit itu tidak ada.

Kebetulan Adzrul yang datang ke dapur untuk minum berasa hairan dengan Sufea. Lebih-lebih lagi apabila Sufea membongkar peti kecemasan.

"Sakit ke?" soal Adzrul.

Sufea sedikit terkejut dengan soalan Adzrul.

"Tak adalah," jawabnya cuba menyembunyikan masalah.

"Habis, saya nampak tadi awak ambil first aid tu. Tak jumpa apa yang hendak, awak simpan semula. Cari ubat apa?" Adzrul ingin tahu.

Sufea hanya meleretkan sebuah senyuman yang paksa dan kemudian mahu terus berlalu. Dia tidak mahu menjawab. Adzrul yang tidak berpuas hati menghadang perjalanan Sufea.

"Tell me," desak Adzrul.

"Saya sakit gigi. Ngilu sangat ni. Tak ada mood nak layan awak." Sufea mengalih tubuh untuk berlalu.

"Jom pegi klinik."

"Awak beli panadol dah cukup dah tu."

"Tak apalah, kita gi klinik. Mana tahu awak ada sakit lain."

Jika ikutkan hatinya, rasa hendak marah sahaja Adzrul kerana mendesaknya. Takut pula makin marah makin rasa kuat sakit mencengkam. Sufea akur kehendak Adzrul.

Tiba di klinik, Adzrul mendesak Sufea untuk berjumpa doktor tetapi Sufea mengeras tidak mahu. Dia hanya mahu ubat yang dapat menahan sakit giginya. Mereka hampir-hampir bertengkar hanya kerana itu.

"Puan, better jumpa doktor. Mana tahu puan mengandung." Seorang jururawat mencelah perbualan hangat antara Sufea dan Adzrul.

Adzrul segera menoleh Sufea. Lebih-lebih lagi dia mendengar perkataan 'mengandung' dari mulut jururawat itu.

"Saya period ni. Macam mana pula mengandung." Sufea mematikan harapan Adzrul. "Adakah orang mengandung masa period? Then, sakit gigi tu tanda hamil ke?"

"Tak mustahil, puan. Some ada wanita yang mengandung tapi datang haid. Mungkin puan salah seorang darinya. Sakit gigi pula adalah salah satu tanda seorang wanita tu mengandung." Jelas jururawat tersebut.

"Never mind. Dah tak tahan sangat ni. You are still many customers." Sufea tidak betah untuk berbicara lebih lama apa lagi untuk menunggu giliran.

"Check sajalah, sayang. Just urine pregnant test."

"Tak nakk!" Sufea berkeras.

Jururawat itu akur dengan kehendak Sufea. Dia menyediakan ubat yang sesuai untuk Sufea bagi menahan sakit giginya.

"Ini ubat tahan sakit. Makan dua biji, tiga kali sehari, selepas makan. Kalau makan sebelum ambil makanan takut puan akan dapat gastrik pula."

Sufea mengambil ubat tersebut dan menyerahkan sekeping wang kertas merah untuk harga ubat penahan sakit yang diterimanya.

'Mefenamic Acid 250mg' hati Sufea berbisik membaca nama ubat yang diterimanya. Bahan kimia inilah yang akan membantu dia menahan rasa sakit. Bukan setakat menahan sakit seperti yang dia harapkan, tetapi mematikan terus sakit yang menguasainya tika ini.

Menjejak BahagiaWhere stories live. Discover now