[ MJ - 013 ]

1.5K 181 61
                                    

| MAFIA JEON |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| MAFIA JEON |

- 013 -

Hyejin meletakkan dulang di atas meja kopi. Aish, gadis ini. Asal ada orang datang, sudah tentu dia akan automatik menghidangkan air. Walaupun, orang itu merupakan orang yang sama. Taehyung, Soobin, Namjoon dan Yoongi. Punggung dilabuhkan di sebelah Jungkook.

Jungkook yang sedang duduk di sofa berhadapan dengan Taehyung dan Soobin merenung kedua-dua lelaki itu dengan tajam. Manakala, Taehyung dan Soobin hanya menunduk. Dapat Hyejin rasakan aura dingin daripada Jungkook. Kening dijongket lalu bahu lelaki itu dicuit.

Kening diangkat sebaik sahaja Jungkook menoleh. Lelaki itu terus meletakkan telunjuk di bibir sebagai tanda untuk Hyejin mendiamkan diri dan tidak menyampuk. Hyejin hanya mencebik.

Jungkook yang sedang berpeluk tubuh bersama kaki yang disilangkan masih lagi merenung Taehyung dan Soobin. Tajam.

"Kau nak tengok porn, Taehyung?" keras Jungkook bertanya.

Hyejin yang mendengar soalan Jungkook segera membulatkan mata. Tidak percaya dengan soalan yang baru didengari daripada Jungkook. Dia memandang Taehyung yang sudah tersengih.

"Aku tengok movie tu aje yang boleh dikatakan menarik. Movie lain semua tak best. Sebab tu aku nak purchase," balas Taehyung bersama sengihan.

"Kau datang rumah aku semata-mata untuk tengok movie? Movie 365 days pula tu," ujar Jungkook dingin.

Soobin menggelengkan kepala laju apabila Taehyung tidak memberi apa-apa reaksi.

"Kitorang ingat nak ajak Hyejin jalan-jalan. Mesti dia bosan sebab dah berhenti belajar. Sebab tu, kitorang datang rumah kau."

Jungkook memandang Soobin tajam.

"Come on lah, Jungkook. Tak kan lah dengan aku pun kau nak berkira. Harga movie tu bukan mahal pun. Kau masih lagi mampu nak bayar.

Setakat dua angka, apa lah sangat. Lagipun, kau antara pemegang black card yang paling terhad dekat Itali ni. Jadi, apa salahnya?" bicara Taehyung bersama cebikkan di bibir.

"Memang aku pemegang black card. Aku tahu. Dan aku tak pernah sesekali berkira dengan kau atau pun dengan semua kawan-kawan aku yang lain. Tetapi, kau tahu tak kau purchase movie 18 plus plus? Kalau nanti bil sampai, tak ke malu aku?

Nanti pekerja tu tuduh aku pervert sebab tengok cerita 18 plus. Bukan setakat 18 plus. Aku rasa 21 plus dah kalau movie macam tu. Jatuh lah maruah aku sebagai lelaki yang bernama Jeon Jungkook. Padahal korang berdua yang tengok cerita itu. Bukan aku.

Lagi satu. Encik Taehyung dan juga Encik Soobin. Dah lupa ke yang korang berdua pun ada black card? Dah lupa? Guna lah black card sendiri kalau nak purchase movie sekalipun," tegas Jungkook membebel panjang.

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now