[ MAFIA JEON ]
- 030 -
Taehyung melirik jam tangan. Mesyuarat akan bermula dua minit lagi. Tetapi, kelibat CEO Coast Jk Hotel masih lagi tidak muncul-muncul. Dia menggigit bibir bawah. Lengan Jimin disenggol.
"Mana Jungkook ni? Dia lupa ke yang dia ada meeting?" bisik Taehyung.
Jimin bertindak memandang jam tangan sebelum pintu mesyuarat dipandang.
"Tunggu lah sekejap lagi. Tadi kan Soobin dan Yeonjun dah panggil dia," tutur Jimin.
Pintu yang tiba-tiba dibuka dari luar menyentakkan semua yang sedang berada di dunia masing-masing. Semua mengalihkan pandangan ke arah pintu mesyuarat.
"Maafkan saya kerana lambat," tutur Jungkook sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat.
Tangan dihulur pada Mr. Hong sebelum kaki dibawa menuju ke arah kerusi utama yang sering diduduki olehnya. Manakala, Soobin melabuhkan punggung di barisan sebelah kanan.
Yeonjun pula menarik Hyejin untuk duduk di sebelah Jimin yang berada di hujung meja. Berkerut kening mereka apabila melihat kelibat Hyejin di dalam bilik mesyuarat itu.
"Apa kau buat dekat sini?" tanya Yoongi hairan.
"Saja," jawab Hyejin bersama sengihan.
Jungkook memandang sekeliling sebelum dia tertumpu ke arah seorang gadis yang berada di sebelah Mr. Hong. Senyuman kecil diberi buat gadis itu. Cantik dan juga, hm sexy?
"Mr. Hong ada ambil personal assitant baru ke? Mana Miss Anna?" soal Jungkook.
Setahunya, Miss Anna yang akan selalu menemani lelaki tua itu ke mana-mana sahaja mesyuarat. Tetapi, hari ini, dia melihat wajah yang berlainan pula. Pelik.
Mr. Hong ukir senyuman lalu dia melirik ke arah gadis di sebelahnya. Kemudian, mata memandang ke arah Jungkook.
"Kenalkan, ini anak saya. Hong Yumi. Dia baru selesai menamatkan pelajaran di New York," bicara Mr. Hong.
Jungkook sekadar mengangguk. Tidak ada mana-mana gadis yang boleh menarik perhatiannya melainkan Han Hyejin. Bibir bawah dibasahkan.
"Semalam Mr. Hong beritahu saya yang Mr. Hong nak berjumpa dengan saya pagi ini. Kenapa, ya?" tanya Jungkook memulakan perbincangan.
Lelaki tua itu berdehem. Dia membetulkan struktur tubuh di kerusinya.
"Kamu tahu kan yang saya ni dah tua. Masa saya pun dah semakin singkat. Dah tak lama dah," tutur Mr. Hong.
Lelaki muda itu mendiamkan diri. Fokus terhadap kata-kata yang bakal diucap oleh lelaki tua ini.
"Jadi, kalau boleh. Saya nak kamu tolong uruskan syarikat saya. Kamu pun tahu kan yang saya tak ada anak lelaki. Saya cuma ada anak perempuan aje."
YOU ARE READING
MAFIA JEON ; 전정국
Fanfiction1ST BOOK by ddyjung JEON JUNGKOOK'S FANFICTION "Mafia Jeon. Remember that name." | Romance + Action + Thriller + Dark | | Love + Friendship | Start : 7 December 2020 End : 28 July 2021 15 +