[ MJ - 041 ]

1K 129 30
                                    

[ MAFIA JEON ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ MAFIA JEON ]

- 041 -

Jaemin membuka pintu utama. Dia yang sedang tekun membuat kerja terus berlari anak apabila telinga menangkap bunyi ketukan pintu di pintu rumah. Pelik juga dirinya apabila ada tetamu datang saat angka jam tepat di pukul 9 malam.

Wajah cantik seorang gadis menjadi benda pertama yang dilihat. Dapat dia lihat senyuman seksi yang terbentuk elok di bibir merah gadis tersebut. Dalam diam, dia lepaskan keluhan perlahan.

Disebabkan misi yang perlu dibuat bersama Jungkook, dia perlu korbankan kesucian bibir, pipi dan lehernya. Nasib baik, tubuh badan dia masih laku kalau mahu dijual. Maruah masih ada, jangan risau.

"Sayang, I miss you so much!"

Terus dia menerpa ke arah Jaemin. Tubuh sasa itu dirangkul oleh Yumi. Pipi kiri disembamkan ke dada lelaki tersebut.

Jaemin tayang senyuman menyampah. Tangan naik mengusap rambut pendek Yumi. Dia hampir terlupa janji yang pernah diungkap pagi tadi.

"Kenapa datang tak bagitahu I, huh?" tanya Jaemin.

Menyampah sebenarnya. Kalau dia tahu bahawa gadis ini yang datang mengetuk pintu rumahnya, lebih baik dia tidak buka pintu tadi. Biarkan gadis itu mereput di luar pintu rumah.

Yumi melepaskan rangkulan. Dia mendongak memandang ke arah Jaemin.

"Sejak bila pula kalau I nak datang rumah you, I kena bagitahu? Selama ni elok aje I datang tak bagitahu?" omel Yumi.

Jaemin melepaskan ketawa kecil. Tangan naik menepuk lembut ubun-ubun kepala Yumi. Nak aje aku tepuk kuat-kuat. Biar lesap terus ke tanah!

"Macam mana kalau I tak ada dekat rumah tadi? Kesian you sorang-sorang nanti melalak panggil nama I," jawab Jaemin.

Ketawa yang meluncur keluar daripada belahan bibir Yumi kedengaran sangat menjengkelkan di cuping telinga Jaemin. Dia masih lagi cuba ukir senyuman manis buat gadis tersebut.

"Jom lah masuk," ajak Jaemin.

----------

Puan Jeon tersenyum kerana sebaik sahaja dia membuka mata, wajah Mr. Yeo menyapa pandangan. Selimut ditarik untuk menutup tubuh yang terdedah.

Wajah lelaki yang sedang tertidur lena dipandang lama. Tangannya naik mengusap rambut yang berwarna hitam keputihan itu. Maklumlah, usia sudah menginjak ke 50-an. Tetapi, masih lagi fikir yang diri tu muda.

Kini, tangan turun mengusap pipi Mr. Yeo. Dapat dia lihat kedutan yang terbentuk elok di wajah lelaki tersebut. Selain daripada Mr. Hong, dia turut menjalani hubungan badan dengan lelaki-lelaki tua lain.

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now