[ MAFIA JEON ]
- 005 -
Jeno berkata,
"Syarikat Hozti tu milik keluarga Lee. Syarikat yang pernah hancurkan syarikat ayah kau sebelum ni. Dia juga syarikat yang tuduh syarikat ayah kau lakukan kegiatan haram untuk tutup perbuatan terkutuk dia iu."
Jaemin yang mendengar hanya membisu.
"Come on, Jaemin. Tak kan lah kau nak biar aje dia hidup bahagia selepas apa yang dia buat dekat ayah kau dan juga ahli keluarga kau yang lain? Dia dah bunuh ayah kau, Jaemin.
Tak cukup dengan tu, dia lacurkan mak dan juga adik perempuan kau. Cukup tiga hari, dia bunuh mak dan adik perempuan kau," ucap Jeno tegas.
"Habistu, kau nak aku buat apa? Bunuh lelaki tua tu macam mana dia bunuh family member aku?"
Jeno anggukan kepala dengan yakin.
"Eh, kau dah gila ke? Sejahat-jahat aku, aku tak pernah lagi bunuh orang. Jangan hasut aku buat benda bukan-bukan, Jeno."
"Bukan." Jeno menggelengkan kepala.
"Apa yang bukan?" soal Jaemin tidak faham.
Jeno membisu sebelum fail tadi ditutup. Dia menyandarkan badan di kerusinya. Tiba-tiba, terbit sebuah senyuman di bibir lelaki itu.
"Kita tak perlu kotorkan tangan kita. Kita boleh aje suruh orang lain yang selesaikan benda ni," cadang Jeno.
Jaemin membisu sebelum sebaris nama melintas di fikirannya.
"Mafia Jeon..." tutur Jaemin perlahan.
----------
Namjoon melihat menu yang berada di atas meja dengan mata yang membulat. Kemudian, Hyejin yang berada di sisi meja pula dipandang. Kening terangkat saat mata Namjoon memerhatinya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Kau buatkan sarapan untuk Jungkook ke?" tanya Namjoon ragu-ragu.
Hyejin tersengih lalu kepala diangguk. Namjoon ukir senyuman. Tak perlu lah dia buatkan Jungkook sarapan lagi selepas ini memandangkan gadis ini secara sukarela mahu menyiapkan sarapan buat lelaki pemalas itu.
"Namjoon, bila kau sampai?"
Mata Namjoon dan Hyejin memandang ke arah Jungkook yang baru turun dari biliknya. Lelaki itu kemas dengan kemeja dan seluar yang berwarna hitam. Kot kerja yang berwarna hitam putih tesangkut elok di lengan kekar milik lelaki tersebut.
"Ada lah dalam 15 minit yang lepas. Aku ketuk pintu tadi. Tiba-tiba ada seorang bidadari cantik tolong bukakan pintu," ujar Namjoon bersahaja.
Jungkook mencebikkan bibir bersama riak menyampah ditayangkan. Ayat buaya.
YOU ARE READING
MAFIA JEON ; 전정국
Fanfiction1ST BOOK by ddyjung JEON JUNGKOOK'S FANFICTION "Mafia Jeon. Remember that name." | Romance + Action + Thriller + Dark | | Love + Friendship | Start : 7 December 2020 End : 28 July 2021 15 +