[ MJ - 029 ]

1.1K 135 26
                                    

[ MAFIA JEON ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ MAFIA JEON ]

- 029 -

"Hey, perempuan!" laung seseorang.

Hyejin yang sedang duduk di bangku menoleh ke suatu arah. Dia menunggu Yeonjun yang meminta diri untuk pergi ke tandas sekejap.

Dapat dia lihat seorang wanita tua yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Ada dua orang lelaki berbadan sasa yang mengikuti wanita itu.

Segera Hyejin berdiri dari bangku. Kepala dan tubuh dibongkokkan. Senyuman manis cuba dihadiahkan.

"Apa khabar, Puan Jeon?" sapa Hyejin ramah.

Jelingan diberikan buat gadis di hadapannya. Ditilik atas bawah gadis itu sebelum pandangan dilarikan ke arah beberapa buah beg kertas yang berada di atas bangku. Senyuman sinis diberi apabila mata mereka berdua bertaut.

"Seronok shopping?" soal Puan Jeon.

Hyejin sekadar mengangguk bersama senyuman kekok. Agak berdebar apabila melihat wajah bengang yang terpamer di muka wanita tua itu.

"Mesti lah seronok sebab kau kikis duit anak aku, kan?" soal Puan Jeon lagi.

Terus Hyejin menundukkan kepalanya. Ada betul apa yang Puan Jeon katakan. Dia gunakan black card yang diberikan oleh Jungkook khas untuk dirinya.

"Kau memang tak reti malu ke? Mula-mula kau menumpang di rumah anak aku. Selepas tu, kau guna duit dia untuk kepentingan diri kau seorang. Selepas ni, kau rancang apa pula? Berkahwin dengan anak aku?" tanya Puan Jeon bengang.

Hyejin menggeleng tanda tidak. Mana mungkin dia akan berkahwin dengan lelaki itu. Cinta yang diberi telah ditolak mentah-mentah oleh Jungkook. Ini kan pula apabila dia mengajak lelaki itu berkahwin.

"Kau dah besar. Dah habis belajar pun, kan? Apa kata, kau pergi cari kerja daripada kau goyang kaki di rumah anak aku tu. Kau fikir kau Cik Muda dalam rumah tu?

Bawa-bawa lah sedar diri. Kau tu daripada keluarga miskin. Anak aku tu daripada keluarga kaya. Ada otak, kan? Kata budak pandai. Selalu dapag ranking nombor satu.

Tak kan lah benda mudah macam tu pun kau tak boleh nak fikir? Kau nak tunggu Jungkook cakap dekat kau yang dia dah penat jaga kau? Memang tak lah. Dia tu terlalu fikir perasaan orang daripada perasaan diri," bebel Puan Jeon.

Gadis itu memberi anggukan. Takut-takut mata dia memandang wajah Puan Jeon. Wanita tua itu masih lagi dengan muka bengang yang tidak luntur dari tadi.

"Ini last waring dari aku. Bawa sedar diri tu. Cukup-cukup lah kau habiskan duit anak aku," kata Puan Jeon lagi.

Dia menikam mata Hyejin sebelum berlalu pergi.

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now