[ MAFIA JEON ]
- 038 -
Jungkook memandang sekujur tubuh yang sedang terlantar elok di atas katil hospital. Dia tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke dalam bilik mayat. Sebaliknya, hanya dibenarkan untuk melihat dari luar bilik sahaja.
Dari mula dia mengetahui kewujudan pembunuh bersiri ini sehingga lah hari ini, wajah Franco masih lagi tidak dapat dia lihat. Tertanya-tanya juga dirinya bagaimana wajah lelaki tersebut.
Tetapi, wajah lelaki itu tidak dibenarkan utuk didedahkan atas beberapa sebab tertentu. Mungkin tidak mahu memalukan ahli keluarga pembunuh bersiri tersebut.
Kelibat Jaehyun yang berjalan keluar dari bilik mayat menarik perhtiannya. Dia membuka langkah mengejar lelaki muda itu lalu berhenti betul-betul di hadapannya.
Terjongket kening Jaehyun apabila dia melihat tubuh Jungkook yang entah datang dari mana. Tiba-tiba sahaja ada di hadapan tubuhnya."Kau dah kenapa?" tanya Jaehyun pelik.
Jungkook memandang lelaki itu sekejap sebelum nafas ditarik.
"Kau pernah tengok muka Franco?" soal Jungkook tanpa basa-basi.
Terjengket kening Jaehyun apabila dia mendengar soalan daripada lelaki tersebut. Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba sahaja menanyakan soalan tentang muka Franco.
"Tak. Even dekat dalam rumah pun dia pakai mask dengan topi," jawab Jaehyun jujur.
Jungkook menayangkan riak pelik. Bibir bawah digigit sekejap. Kenapa identiti Franco perlu dirahsiakan sampai begitu sekali? Merata dia menanyakan tentang raut wajah Franco.
Tetapi, tidak ada seorang pun yang pernah melihat wajah pembunuh bersiri tersebut. Jawapan yang sama akan didengari olehnya. Lelaki itu akan memakai topeng muka dan topi walau di mana pun dia berada.
Dia akui yang dia sudah mengetahui identiti sebenar Franco. Tetapi, dia masih lagi tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong hipotesis tentang identiti sebenar lelaki tersebut.
Takkan lah Seokjin?
----------
Sampul surat yang agak tebal dihulurkan pada Doktor Daniel. Matanya menangkap riak gembira yang terserlah di wajah doktor tersebut. Manusia, pantang nampak duit.
"Jangan sesekali buka mulut kau. Benda ni akan jadi rahsia antara kita berdua."
Doktor Daniel sekadar mengangguk. Sampul yang berisi sejumlah wang yang banyak tadi dimasukkan ke dalam poket kot yang tersarung di tubuh. Terus dia melangkah pergi meninggalkan lelaki tersebut.
----------
Suasana cafe yang sedang diduduki oleh mereka kini riuh-rendah dengan suara pelanggan. Sebaik sahaja Hyejin selesai merehatkan diri, mereka mengambil keputusan untuk menuju ke cafe yang berada di tingkat bawah hospital tersebut.
YOU ARE READING
MAFIA JEON ; 전정국
Fanfiction1ST BOOK by ddyjung JEON JUNGKOOK'S FANFICTION "Mafia Jeon. Remember that name." | Romance + Action + Thriller + Dark | | Love + Friendship | Start : 7 December 2020 End : 28 July 2021 15 +