[ MJ - 053 ]

1K 130 42
                                    

Jungkook mematikan panggilan telefon daripada Namjoon. Lelaki itu menelefonnya dan menanyakan tentang kesihatan Hyejin. Namun, gadis itu masih sama.

Dia melabuhkan duduk di kerusi yang berada di sisi katil gadis itu. Masa semakin suntuk. Jika esok Hyejin masih lagi tidak sedarkan diri, alat bantuan pernafasan akan dicabut.

Pintu ditolak oleh seseorang. Dia mengalihkan muka dan dapat dia lihat wajah seorang lelaki asing yang berjalan masuk bersama dengan senyuman di bibir.

"Kau siapa?"

Otak mula melayarkan pelbagai rancangan yan mungkin telah dirancang oleh lelaki tersebut. Dengan selambanya, lelaki tadi melabuhkan duduk di sofa coklat.

"Kau tak kenal aku, Jungkook? Abang kesayangan kau, Kim Seokjin?"

Matanya memebsar. Atas bawah dia menilik susuk tubuh yang sedang duduk berhampirannya. Dia ada diberitahu oleh Namjoon tentang cerita yang menimpa Seokjin 13 tahun lepas.

"Kau ... Seokjin?" soal Jungkook meminta kepastian.

Kepala mengangguk.

"Kenapa dada kau makin besar? Tak silap aku, Seokjin 13 tahun lepas tu perempuan."

Seokjin mengetap bibir.

"Kenapa semua nak persoalkan dada aku?! Kau pun ada dada, kan? Dada kau pun lebih kurang dengan aku. Sama besar juga!" jerit Seokjin lantang.

Kedua-dua belah tangannya naik menutup telinga apabila mendengar suara nyaring milik lelaki itu. Marah sangat ni.

"Macam lah kau tak kenal aku. That's how I great you. Alamak! Kecoh bethol!"

Seokjin memutarkan matanya. Kemudian, dia memandang Jungkook. Kebetulan pula, pandangan mereka bersambung.

"Rindunya aku dekat kau, Jungkook."

******

Jimin meletakkan makanan di dalam bekas makanan yang baru dimasak olehnya bersama dengan Hoseok. Mereka semua akan melawat Hyejin di hospital sebentar lagi.

"Jimin."

Dia bergumam malas. Tangan masih ligat meletakkan makanan.

"Kau dengan Yumi apa cerita? Best tak?" usik Hoseok.

Terhenti terus tingkah Jimin. Dia memusingkan badan, menghadap Hoseok yang sedang membasuh pinggan.

"Macam apa yang kita rancang lah," balas Jimin senada.

Hoseok sekadar memberi anggukan. Jimin, dia dan juga Jaemin ada membuat satu rancangan. Memberi hukuman pada Yumi kerana dengan beraninya cuba merosakkan hubungan Jungkook dan Hyejin.

Tak sangka pula yang gadis itu mengambil serius terhadap sentuhan yang diberi oleh mereka. Ingat, jadi perempuan jangan mudah kena tipu. Kadang-kadang, lelaki hanya tahu memuaskan nafsunya sahaja.

Apa jadi selepas itu, lelaki tak akan ambil peduli. Kerana, yang akan tanggung malu adalah perempuan. Bukan lelaki.

"Aku dengar sekarang dia ada dekat hospital sakit mental. Lelaki tua tu pula bunuh diri sehari selepas Yumi masuk hospital."

******

Hyunjin memeluk tubuh. Mata setia merenung wajah kakaknya yang agak pucat. Dia masih lagi menanti dengan sabar. Segala yang mendatang, akan dia terima dengan redha.

"Wake up, sweetie."

Selang beberapa saat, mata Hyejin bergerak-gerak sebelum dibuka. Hyunjin bentuk senyuman teruja. Automatik dia berdiri dari kerusi yang didudukinya tadi.

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now