[ MAFIA JEON ]
- 008 -
Pintu dibuka oleh seseorang. Mereka mengangkat kepala. Jimin sedang tertidur di peha Hoseok manakala Jungkook menyandarkan kepalanya di bahu Yoongi. Mereka berdua sedikit tersentak disebabkan bunyi pintu yang dibuka dengan kuat. Mata dibuka perlahan-lahan.
"Argh!" rengek seseorang.
Suara itu. Membulat mata mereka apabila suara itu sangat dikenali oleh mereka. Pintu ditutup. Lantas mereka berlima berlari menuju ke lelaki itu. Kim Namjoon.
"Kau okay?" tanya Hoseok.
Namjoon anggukan kepala perlahan lalu dia berdiri dan menuju ke dinding tempat di mana kawannya bersandar tadi. Di situ, dia menangkap figura Seokjin dan juga seseorang yang sedang tidur dengan nyenyak di peha kawannya. Kening terjongket sedikit. Siapa dia ini?
"Duduk lah," arah Seokjin.
Maka, mereka berlima duduk dalam bulatan. Sesekali, Seokjin menepuk bahu budak perempuan itu apabila dia bergerak-gerak. Mungkin tidak selesa dengan lantai yang sangat keras. Tetapi, apa yang boleh mereka lakukan memandangkan bilik itu tiada katil di sini melainkan sebuah bilik yang menempatkan bilik air.
"Siapa dia ni?" tanya Namjoon hairan.
"Dia mangsa culik juga. Hwang Eunha. Muda setahun daripada Jungkook," balas Seokjin lalu memandang wajah Eunha.
----------
Hari ini sudah genap seminggu mereka berlapan dikurung di bilik itu. Tidak dapat mereka agak tujuan mereka diculik. Mungkin penjualan organ? Atau perdagangan manusia? Atau juga mungkin untuk dijadikan tebusan supaya ibu bapa mereka memberikan wang? Mungkin.
"Sampai bila kita kena duduk dekat sini?" sayu Jungkook menyoal.
Dia sudah hilang harapan. Kalau benar mereka dijadikan tebusan, dia langsung tidak kesah memandangkan ibu bapanya merupakan orang kaya. Sudah tentu dirinya akan terselamat. Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain.
Tetapi, sekiranya mereka dijadikan mangsa penjualan organ atau perdagangan manusia, dia sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Dia sudah buntu. Andai ini takdirnya, dia rela.
"Aku pun tak tahu, Kook." Hoseok membalas bersama gelengan di kepala.
Pintu besi dibuka oleh seseorang. Beberapa orang lelaki menyapa pandangan mereka semua. Kesemua berwajah bengis. Mereka berjalan ke arah Eunha dan Seokjin. Tangan kedua-dua budak itu dipegang kuat.
"Bangun!" arah mereka.
Eunha meronta-ronta tanda tidak mahu bangun. Tangannya cuba untuk dilepaskan dari pegangan lelaki yang cukup asing baginya. Begitu juga dengan Seokjin.
"Jangan nak mengada lah! Bangun!" arahnya lagi.
Kali ini, telinga mereka ditarik kuat. Menjerit dibuatnya budak berdua tersebut.
YOU ARE READING
MAFIA JEON ; 전정국
Fanfiction1ST BOOK by ddyjung JEON JUNGKOOK'S FANFICTION "Mafia Jeon. Remember that name." | Romance + Action + Thriller + Dark | | Love + Friendship | Start : 7 December 2020 End : 28 July 2021 15 +