[ MJ - 034 ]

1K 139 58
                                    

[ MAFIA JEON ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ MAFIA JEON ]

- 034 -

Hari ini, hari di mana dia akan bertemu dengan Mr. Hong. Keputusannya akan diberitahu pada hari ini. Dia sudah nekad. Keputusan yang dibuat tidak akan diubah sama sekali.

Kaki melangkah memasuki Coast JK Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar. Mr. Hong ada memberitahu bahawa dia akan membuang sidang media untuk Jungkook.

Penyambut tetamu menundukkan kepala sebaik sahaja mata menangkap kelibat CEO hotel tersebut. Jarang sekali dia akan datang ke hotel itu. mungkin disebabkan sidang media yang akan berlangsung, dia 'mencemar duli'.

Butang lif ditekan dan dewan yang terletak di rooftop menjadi tujuannya sekarang. Open air hall merupakan reka bentuk dewan yang telah direka oleh seorang pereka bentuk yang berasal dari Belgium.

Tombol pintu dipulas. Dapat dia lihat sinaran cahaya daripada kamera wartawan-wartawan yang sudah dijemput khas oleh Mr. Hong. Aish, over betul orang tua ni.

Wajah dingin kekal menghiasi muka. Kepala menunduk sedikit sebelum punggung dilabuhkan di atas kerusi yang berada di tengah-tengah meja panjang.

Dia diapit oleh Mr. Hong yang berada di sebelah kanan dan anak perempuan Mr. Hong, Hong Yumi yang berada di sebelah kirinya. Soobin berjalan lalu membongkokkan tubuh untuk berbisik di telinga Jungkook.

"Keputusan kau akan tersebar di seluruh dunia. Sidang media ni sedang ditonton oleh beribu-beribu orang daripada beratus-ratus negara. Jangan silap dalam membuat keputusan," ucap Soobin.

Jungkook mengangguk perlahan. Dia berdehem sekejap. Sidang media akan bermula lagi lima minit. Selagi kelibat rakan-rakannya tidak dia nampak, selagi itu dia akan menunggu.

Pintu yang dibuka menjadi perhatian Jungkook. Di situ, dia lihat rakan-rakannya melangkah masuk dan terus berjalan menuju ke arah kerusi-kerusi yang sudah disediakan khas buat mereka.

"Dah boleh mula?" tanya Mr. Hong.

Dia menoleh memandang Mr. Hong. Kepala mengangguk bersama senyuman nipis. Tidak sabar dia mahu melihat reaksi Mr. Hong dan kesemua rakannya apabila mendengar keputusannya.

------------

Yeonjun kembali memasuki dapur. Dia baru sahaja menjawab panggilan daripada Soobin berkenaan sidang media yang sedang berlangsung pagi ini. Punggung dihenyakkan di atas kerusi meja makan.

"Cik Hyejin," panggil Yeonjun.

Hari ini, dia diarahkan untuk menemani Hyejin kerana semua sedang sibuk dengan sidang media Jungkook. Dia yang membasuh pinggan terus menoleh. Kening dijongketkan sebelah.

"Nanti lepas Cik Hyejin dah siap basuh pinggan, jom kita tengok sidang media Jungkook."

Hyejin mengangguk tanda setuju. Kain diambil untuk mengelap tangan yang basah. Dia sudah selesai membasuh pinggan. Yeonjun yang sedang bermain dengan telefon bimbit dituju.

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now