| MAFIA JEON |
- 026 -
Kelibat Lucas dapat dilihat sedang melambaikan tangan ke arahnya. Lelaki itu sedang menunggu di hadapan pagar rumah Taeyong. Segera Taeyong menarik bagasi miliknya lalu berjalan keluar dari rumah.
"Lama ke tunggu?" tanya Taeyong bersama kening dijengket.
Lucas tersenyum lalu menggeleng. "Baru sampai, bro."
Mereka berdua menuju ke bonet kereta berjenama BMW milik Lucas. Beg besar dimasukkan ke dalam bonet belakang yang sudah dibuka oleh Lucas. Setelah selesai, dia menutup bonet lalu memandang wajah lelaki yang berada di hadapannya ini.
Dapat dilihat senyuman sinis di wajah Lucas. Kening dijongketkan apabila dia melihat senyuman itu.
"Kau kenapa?" tanya Taeyong hairan.
Lelaki itu menggeleng bersama dengan senyuman.
Tiba-tiba, mulut Taeyong ditekup dari arah belakang. Cecair yang berada di kain berwarna hitam itu memberi kesan kepada lelaki tersebut menyebabkan dia mula berasa mengantuk. Sebelum mata terpejam rapat, senyuman sinis Lucas menjadi tatapan terakhirnya.
Lucas memandang wajah Taeyong yang sudah terlelap dengan pandangan mengejek. Dia bercangkung untuk menyamai wajah Taeyong yang sudah terbaring di dada seorang lelaki. Lelaki itu merupakan anak buah Franco.
"Maafkan aku sebab dah khianat kau. Memang aku ikhlas minta maaf empat hari lepas. Tetapi, hasutan yang Franco bagi membuatkan aku mula berubah hati. Katanya, kalau aku bawa kau kepadanya hidup-hidup atau pun sudah mati, aku akan mendapat ganjaran lumayan."
Rambut yang menutupi dahi rakannya itu diselak ke belakang. Wajah bersih Taeyong ditatap dengan lama. Nak buat macam mana? Duit lebih penting dari kawan. Betul?
----------
Pintu diketuk bertalu-talu dari arah luar. Mereka memandang antara satu sama lain sebelum Hyejin secara sukarela berdiri untuk membukakan pintu rumah Jungkook.
Wajah seseorang yang sangat dikenali olehnya membuatkan dia mengukir senyuman kekok. Pintu dibuka lebih lebar untuk mempelawa wanita berusia itu memasuki rumah.
Dengan angkuh, Puan Jeon memasuki rumah Jungkook. Matanya menangkap beberapa orang rakan Jungkook yang sedang bergelak ketawa di ruang tamu. Dia berdehem.
Mereka menoleh serentak memandang ke arah empunya suara. Jimin dan Hoseok menayangkan riak terkejut dengan kehadiran tiba-tiba Puan Jeon. Mereka berdua yang mahu menyapa wanita itu terus dihalang oleh tangan sasa milik Yoongi.
Yoong memandang ke arah Puan Jeon yang dari tadi menayangkan reaksi geram.
"Jemput duduk, Puan Jeon." Hyejin mempelawa sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
YOU ARE READING
MAFIA JEON ; 전정국
Fanfiction1ST BOOK by ddyjung JEON JUNGKOOK'S FANFICTION "Mafia Jeon. Remember that name." | Romance + Action + Thriller + Dark | | Love + Friendship | Start : 7 December 2020 End : 28 July 2021 15 +