[ MJ - 015 ]

1.4K 179 35
                                    

| MAFIA JEON |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| MAFIA JEON |

- 015 -

Kaki dibawa melangkah ke arah dapur. Tekaknya haus. Pintu peti ais dibuka lalu sebotol susu berperisa coklat dibawa keluar dan diletakkan di atas meja makan. Gelas turut diambil kemudian pungggung dilabuhkan di kerusi.

Susu yang sudah dituang ke dalam gelas terus diminum. Gelas diletakkan kembali di atas meja. Urat leher yang sudah mula tegang diurut perlahan. Lehernya digerakkan ke kiri dan ke kanan.

Angka menujukkan pukul 1 pagi tetapi dia masih lagi mahu menanti kepulangan Jungkook. Takut sekiranya lelaki itu tidak pulang-pulang.

Ting!

Hyejin yang sedang membelek telefon di tangan terus menoleh ke tingkap. Tidak silap dia, dia ada mendengar bunyi seperti balingan batu daripada seseorang. Kening berkerut lalu dia bangun dari duduknya. Anak buah Jungkook sedang bermain ke?

Dia berjalan untuk menghampiri tingkap. Tangan diletakkan di sinki lalu dia mengintai sedikit ke arah luar tingkap. Dia menangkap sehelai kertas yang tertulis beberapa bait-bait perkataan. Matanya membulat. Hyejin menjerit.

"Argh!"

Soobin yang sedang duduk di hadapan di ruang tamu mendengar jeritan milik Hyejin. Dahi berkerut. Telefon bimbit kembali diletakkan di sofa lalu punggung diangkat.

Yeonjun ganggu gadis itu ke? Tetapi, rasanya tadi dia ada mengarahkan lelaki itu untuk keluar membeli sedikit makanan.

"Hyejin?"

Dia berjalan menuju ke dapur, tempat di mana gadis itu memberitahunya yang dia mahu pergi ke situ. Kelibat Hyejin dicari. Tiada.

"Hyejin? Mana kau?" panggil Soobin lagi.

Telinganya menangkap sayup-sayup bunyi tangisan milik seseorang. Tidak silap dia, bunyi itu datang dari arah berdekatan bawah sinki. Terus dia berjalan menuju ke sinki, risau sekiranya terjadi apa-apa kepada gadis itu. Apa yang akan dijawab kepada Jungkook nanti?

Dapat dia lihat Hyejin sedang duduk bercangkung bersama muka yang sudah disembamkan ke lutut. Dia menangis. Soobin duduk di hadapan gadis itu lalu dia memegang lembut bahu Hyejin.

"Hyejin, kau kenapa ni?" tanya Soobin prihatin.

Gadis itu mengangkat wajah lalu muka Soobin dipandang. Lelaki itu mengangkat kening apabila melihat wajah Hyejin yang sudah basah dengan air mata.

"Kenapa kau menangis ni?" tanyanya lagi.

Hyejin berdiri. Begitu juga dengan Soobin lalu gadis itu menunjuk ke arah tingkap yang berada di sinki. Soobin menoleh. Matanya memebesar apabila dia memandang objek yang ditunjukkan oleh gadis tersebut.

Hyejin yang masih lagi tersedu-sedan dibawa ke dalam pelukan. Tangannya mengusap lembut kepala gadis tersebut.

"It's okay. Aku ada," pujuk Soobin.

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now