[ MJ - 027 ]

1.1K 140 14
                                    

[ MAFIA JEON ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ MAFIA JEON ]

- 027 -

Terus mereka semua mengalihkan perhatian kepada seorang lelaki yang berada di muka pintu rumah Jungkook. Bersama dengan bantuan lengan kiri, dia bersandar di dinding. Manakala, sebelah tangan lagi memegang telefon bimbit.

Dia ukir senyuman apabila matanya bertembung dengan mata Puan Jeon. Senyuman yang agak sinis di mata wanita tua itu.

Mereka menayangkan riak suka apabila melihat salah seorang daripada anak buah Jungkook tiba-tiba sahaja memunculkan diri di situ.

Hyejin hanya memberi riak tanda tanya. Siapa pula ni? Sesuka hati aje masuk rumah Jungkook.

"Apa kau cakap?" tanya Puan Jeon tidak percaya.

Lelaki itu melangkah mendekati mereka semua lalu berdiri betul-betul di hadapan Puan Jeon. Telefon bimbit disimpan semula di dalam poket seluar. Dia menarik nafas sebelum kembali berkata,

"Aku faham yang kau ni dah tua. Sudah tentu pendengaran pun tak berapa jelas, kan? Jadi, biar aku ulang semula. Dengar baik-baik. Selepas ni, tak ada ulangan ya.

Umur kau tu dah tua. Dah hampir sama dengan umur bumi. Jadi, dah tak reti nak bertaubat ke? Masih nak cari sugar daddy baru? Tuan Jeon kesayangan kau tu tak bagi nafkah ke?

Oh, lupa. Kau dengan dia dah bercerai, kan? Dan, dua hari selepas hari penceraian korang berdua, lelaki tua itu ditemui mati disebabkan kena bunuh. Betul?

Sebab tu, kau datang ke sini untuk tagih simpati anak lelaki kau supaya bantu kau dan sara hidup kau. Tetapi, apa dia buat? Dia ludah kau. Dia halau kau macam anjing kurap. Kesian, kan?" sinis lelaki itu berkata.

Terkebil-kebil mereka yang melihat. Patutlah tiba-tiba aje Puan Jeon jejakkan kaki di rumah 'anak haram' yang dia buang dulu. Nak minta tolong rupanya.

Puan Jeon mendengus geram. Wajah lelaki yang berambut coklat itu dipandang dengan pandangan marah. Habis dicarutnya lelaki itu sebelum dia mengangkat kaki untuk berlalu pergi dari situ.

Bibir hanya dijuihkan bersama bahu yang dingkat tinggi. Dengan bersahaja, dia berjalan lalu melabuhkan duduk di salah satu sofa. Matanya mendongak memandang kesemua manusia yang berada di hadapan bersama senyuman kecil.

"Tak nak hidangankan tetamu makanan ke?" soalnya.

Hyejin mengangkat kening. Pergelangan tangan gadis itu terus disambar oleh Yeonjun apabila melihat gadis itu berlalu pergi. Kepala digeleng tanda 'tidak perlu'.

"Kau nak apa datang sini?" keras Hoseok bertanya.

Lelaki itu membetulkan rambut yang menutupi dahi.

"Aku datang sini nak jumpa Jungkook sebab ada orang nak jumpa dia. Tetapi, awek belakang tu lebih memikat mata. Boleh berkenalan?" tanya lelaki tersebut kepada Hyejin.

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now