[ MJ - 052 ]

958 132 50
                                    

Ikatan tali cuba dileraikan olehnya. Dengusan bengang terbit di belahan bibir apabila dia gagal. Kepala mendongak ke atas, cuba mencari nafas kerana kepenatan bergelut dengan tali tadi.

"Anak anjing kesayangan ku! Apa khabar? Budak aku dah bagi kau makan belum?" bicara seseorang.

Doktor Daniel memandang ke arah pintu. Di situ, dia melihat ada dua orang lelaki yang sangat dikenalinya. Lelaki yang menjadi punca segala rancangan jahatnya gagal.

"Tengok badan besar semacam. Dah makan lah tu, kan?" teka Mr. Kim.

Jelingan diberi. Malas dia mahu berbual dengan mereka.

"Oh, ya! Aku baru teringat teka-teki yang dua minggu lepas. Kau teka Franco tu aku, kan?" ujar Doktor Kim.

Doktor Daniel bergumam tanda mengiyakan. Dia memandang wajah Mr. Kim. Dapat dia lihat torehan di kening lelaki tersebut. Rasa terkejut menguasai diri. Dia salah teka ke?

Jadi, Franco tu sebenarnya Doktor Kim?

"Jawapan kau salah," kata Mr. Kim dengan nada yang dibuat sayu.

Bibir diketap kuat. Jadi, betul lah Doktor Kim tu Franco? Shit!

"Jadi, siapa Franco? Kau?" tanya Doktor Daniel meminta kepastian.

Bibir bawah digigit sekejap lalu wajah tanda tanya yang terpamer di raut muka Doktor Daniel dibalas dengan senyuman mengejek. Perlahan-lahan, kepala digelengkan.

"Franco bukan aku mahupun dia."

Telunjuk diluruskan pada Mr. Kim yang berada di sebelahnya. Berkerut dahi lelaki itu apabila mendengar butir bicara daripada Doktor Kim. Otak cuba mencerna dengan baik.

"Habis tu?"

******

Mata memerhati wajah Doktor Kim dan Mr. Kim yang duduk semeja dengan mereka. Perbezaan wajah mereka cuba diteliti sebaik mungkin.

"Tak rindu aku ke? Kim Seokjin 13 tahun lepas?"

Fokus dialihkan pada seseorang. Diteliti lama wajah lelaki itu bersama dengan riak tidak percaya. Emosi bercampur-baur ketika itu. Sama ada mahu gembira kerana rakan karibnya kembali muncul.

Atau pun terkejut kerana kewujudan tiba-tiba lelaki yang mengaku dirinya sebagai Kim Seokjin.

"Let's make it clear first. Apa bukti yang kau ni Seokjin kawan kitorang 13 tahun lepas?" ujar Yoongi senada.

Dia bentuk senyuman apabila mendengar soalan yang baru diajukan oleh Yoongi.

"Soalan yang mudah."

Nafas ditarik dalam.

"Masih ingat bom letupan yang kita cipta sendiri lima belas tahun lepas? Pembalut wayar bom tu kita buat based on our favourite colour. Kali terakhir aku tahu bom tu ada pada Jungkook.

Aku suruh dia simpan sebab dia memang minat dengan senjata api. Tetapi, tak tahu lah kalau dia dah letupkan memandangkan dia sekarang dah jadi Mafia Jeon, Raja Mafia dekat Itali ni."

Mata dibesarkan tanda terkejut. Bukan semua orang tahu tentang penciptaan bom letupan yang mereka buat lima belas tahun lepas.

"Tentang warna kegemaran tu. Hm, korang tahu sendiri lah warna kegemaran korang. Tetapi, ada satu benda yang aku ingat. Taehyung."

Telunjuk diluruskan pada lelaki itu.Terkebil-kebil Taehyung dibuatnya apabila tiba-tiba sahaja nama dia dipetik.

"Dia suka warna purple. Tetapi, sebab Jungkook dah ambil warna tu dulu, dia pilih warna hijau. Dia mengadu dekat aku. Dia cakap Jungkook buli dia.

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now