[ MAFIA JEON ]
- 039 -
Dia berjalan menuju ke arah Jungkook lalu punggung dilabuhkan di atas katil berwarna putih yang berada di dalam bilik tidur Hyejin. Bersama dengan riak sinis, dia masih lagi memandang wajah Jungkook.
"Kau tahu mana Hyejin pergi?" tanya Jungkook serius.
Yoongi mengangkat bahu. Tubuhnya dihumban ke atas katil dengan malas. Pandangan tajam milik Jungkook langsung tidak menggerunkan. Dia masih lagi baring terlentang di atas katil Hyejin.
"Wanginya katil Hyejin. Bau dia sama macam bau tubuh badan Hyejin waktu aku peluk dia tadi. Manis," ucap Yoongi penuh menggoda.
Bantal peluk diambil lalu dipeluk menggunakan kedua-dua belah tangannya. Sesekali dia menghidu sedalam-dalamnya bau haruman yang terlekat elok di bantal tersebut.
Panas hati Jungkook apabila mendengar bicara Yoongi. Kaki dibawa menuju ke arah lelaki yang sedang bergolek elok di atas katil Hyejin. Bantal yang berada di tubuh Yoongi ditarik kasar.
"Apa ni?"
Terdongak dibuatnya lelaki itu. Wajah tidak puas hati ditayang oleh Yoongi. Geram apabila aktiviti bersenang-lenang di atas katil telah diganggu oleh Jungkook.
"Kau kata kau peluk Hyejin tadi. Jadi, kau tahu dekag mana dia. Kan?" tanya Jungkook dingin.
Yoongi duduk di atas katil. Matanya tajam menikam mata Jungkook. Bantal yang berada di tangan Jungkook segera dirampas dengan kasar lalu dibawa ke dalam pelukan.
"Kau nak tahu?"
Laju Jungkook mengangguk. Keselamatan Hyejin sangat penting buat dirinya. Dia cukup merisaukan gadis tersebut. Tidak pernah lagi Hyejin keluar tanpa memberitahunya.
Wajah Yoongi dipandang penuh fokus.
"Peluk bantal ni ibarat peluk Hyejin. Bau dua-dua lebih kurang je," tutur Yoongi bersahaja.
Tubuhnya kembali direbahkan di atas katil. Jungkook menayangkan riak geram. Lain yang dinanti, lain pula yang dituturkan oleh Yoongi. Dia menyangkakan lelaki itu akan menyatakan keberadaan Hyejin.
Tetapi, lain pula. Dia berjalan menuju ke sisi katil. Wajah Yoongi yang jelas memaparkan riak gembira dipandang geram. Lelaki ini memang sengaja mencabar kesabarannya.
"Yoongi," keras Jungkook menyebut nama lelaki itu.
"Hm?"
Matanya tidak dibuka. Tetapi, hanya mulut bertindak menjawab panggilan Jungkook. Pelukan pada bantal peluk Hyejin semakin dieratkan.
"Aku tanya elok-elok ni. Hyejin dekat mana?" soal Jungkook geram.
Yoongi bertindak membuka matanya. Senyuman lebar diberi buat Jungkook yang tetap dengan wajah ketatnya. Dia duduk dari perbaringan. Bantal peluk Hyejin diletakkan di atas riba.
YOU ARE READING
MAFIA JEON ; 전정국
Fanfiction1ST BOOK by ddyjung JEON JUNGKOOK'S FANFICTION "Mafia Jeon. Remember that name." | Romance + Action + Thriller + Dark | | Love + Friendship | Start : 7 December 2020 End : 28 July 2021 15 +