[ MJ - 033 ]

1K 129 26
                                    

[ MAFIA JEON ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ MAFIA JEON ]

- 033 -

Jungkook duduk di ruang tamu sambil bermain dengan telefon bimbit di tangan. Dia sedang menanti kehadiran seseorang yang akan menemaninya sepanjang hari ini.

"Jungkook," panggil seseorang.

Lelaki itu menoleh ke arah tangga. Dalam diam, dia bentuk senyuman. Jungkook berdiri dan telefon bimbit dimasukkan ke dalam kocek seluar. Dia mengenakan sehelai kemeja berwarna putih yang dibeli oleh Hyejin dan juga sehelai seluar slack hitam.

Tubuh Hyejin ditilik atas bawah. Gadis itu mengenakan kemeja berwarna putih dan seluar jeans berwarna hitam. Alahai, comel sangat.

"Dah?" soal Jungkook meminta kepastian.

Hyejin tersenyum dan mengangguk. Dia melangkah ke arah Jungkook.

"Jom," ajak lelaki itu dan berjalan menuju ke pintu rumah.

Di situ, mereka berdua disapa oleh dua orang anak buah Jungkook iaitu Soobin dan Yeonjun. Senyuman diberi oleh Yeonjun kepada mereka berdua. Mata memandang Jungkook dan Hyejin silih berganti.

"Kau nak pergi mana?" tanya Soobin pelik.

"One day dating bersama Hyejin," jawab Jungkook.

Hyejin menoleh ke arah Jungkook sebelum dia tersenyum kekok ke arah Soobin. Matanya beralih ke arah Yeonjun. Ah, lelaki ini. Sudah tentu dia kesedihan apabila mendengar jawapan daripada Jungkook.

"Aku dengan Yeonjun nak guna gym rumah kau. Kawan-kawan kau yang lain pun datang sekejap lagi," beritahu Soobin.

Jungkook mengangguk tanda mengizinkan.

"Kitorang gerak dulu," pinta Jungkook.

Soobin dan Yeonjun tersenyum. Kepala ditundukkan sedikit tanda hormat. Hyejin menahan Jungkook yang mahu berlalu pergi.

"Saya nak borak dengan Yeonjun kejap boleh?" pinta Hyejin lembut.

Kening dijongket sedikit. Matanya memandang Yeonjun sebelum mata memandang Hyejin.

"Cepat sikit. Aku tunggu dekat kereta," jawab Jungkook lalu berlalu pergi.

Hyejin memandang dua orang lelaki yang berada di hadapannya. Soobin tersenyum tanda memahami lalu dia melangkah memasuki rumah Jungkook.

"Awak," panggil Hyejin.

Yeonjun tersenyum kecil. "Ya, Cik Hyejin?"

Sedih hatinya apabila melihat Yeonjun sedaya upaya menahan perasaan.

"Jangan bersedih lagi tau. Ingat yang awak akan sentiasa ada dalam hati saya sebagai seorang kawan yang sangat saya sayang. Awak dikira beruntung tau sebab kawan saya tak ramai pun," beritahu Hyejin gembira.

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now