[ MJ - 025 ]

1.1K 144 25
                                    

[ MAFIA JEON ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ MAFIA JEON ]

- 025 -

Senyuman ikhlas diberi buat seorang gadis yang bernama Viola. Dia memandang pintu pejabat Jungkook sebelum kembali memandang Viola.

"Jungkook ada?"

Viola mengangguk.

"Terima kasih."

Kaki dibawa ke arah pintu bilik Jungkook. Ketukan diberi lalu tombol pintu dipulas selepas sahaja mendapat izin dari si empunya syarikat.

"Ada apa datang sini? Ada masalah ke dengan syarikat?" tanya Jungkook sebaik sahaja Taeyong melabuhkan duduk di kerusi hadapannya.

Lelaki itu tersenyum sebelum dia menggeleng.

"Syarikat okay aje. Aku datang sebab ada benda sikit nak cakap," komen Taeyong.

Jungkook mengangguk lalu dia memberhentikan perbuatannya yang tadi sedang sibuk menekan papan kekunci. Fokus diberi seratus peratus kepada Taeyong.

"Apa dia?"

Taeyong beri senyuman ringkas sebelum dia berbicara,

"Aku ingat nak sambung study."

Lelaki itu mengangguk sebelum kening diangkat, masih menanti bicara dari lelaki tersebut.

"Oh, kau perlukan duit untuk biayai pembelajaran kau ke?" tebak Jungkook.

Laju Taeyong menggeleng.

"Bukan. Duit yang kau bagi tu pun dah lebih dari cukup untuk aku sambung belajar."

"Jadi?"

Nafas ditarik sebelum dia membetulkan duduk.

"Aku ingat nak berhenti uruskan syarikat. Aku nak fokus dekat pembelajaran aku. Aku takut nanti aku tak boleh bahagi masa untuk uruskan syarikat dan assignment di universiti," terang Taeyong.

Jungkook memberi anggukan.

"Kau uruskan aje syarikat tu. Kalau kau sibuk, aku boleh tolong kau uruskan sikit-sikit mana yang boleh."

Taeyong menggeleng lagi.

"Aku nak berhenti seratus peratus," kata Taeyong lagi.

"Jadi, kau nak aku buat apa?" tanya Jungkook tidak mengerti.

Lelaki itu ukir senyuman halus.

"Tolong manage syarikat tu. Aku tak nak ada kaitan lagi dengan syarikat tu. Lagipun, kau tahu kan yang kau ni pemegang syer terbesar syarikat aku?" bicara Taeyong tegas.

Jungkook mendiamkan diri sebelum ketawa kecil dihambur.

"Kau study mana ni? Macam jauh aje? Bukan ke kau study dekat University of Bologna? Tak perlu lah sampai tak ada kaitan bagai. Tak menang tangan aku nak handle nanti. Kau pun tahu kan yang aku --"

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now