[ MJ - 050 ]

988 139 26
                                    

Puan Jeon mematikan panggilan telefon. Dia mendengus kasar lalu telefon tadi dicampak ke sebelahnya. Dahi yang tiba-tiba rasa berdenyut diurut perlahan.

"Kalau disebabkan perempuan tu, Jungkook dan Yumi tak jadi kahwin, kena lah hapuskan dia. Kan?"

Dia bentuk senyuman lebar. Pelbagai rancangan sedang bermain di dalam otaknya. Lagi dua minggu, pasangan itu akan disatukan. Selepas itu, dia tidak perlu risau tentang kehidupannya lagi.

Jungkook pasti akan menyaranya. Mana mungkin dia biarkan wanita yang sudah lahirkannya hidup merempat, kan? Dia cuma perlu bertahan lagi dua minggu untuk hidup bersama anaknya.

"Argh!"

Tiba-tiba, bahagian sulitnya berdenyut kuat. Tangan diletakkan di atas tempat itu dengan harapan sakitnya akan berkurang. Tetapi, semakin lama semakin kuat ia berdenyut.

"Auch!" raung Puan Jeon lagi.

Kedua-dua belah tangan naik menekan bahagian tersebut. Berkerut dahinya menahan sakit yang datang. Namun, selang beberapa saat, sakit yang tadi kuat mencengkam sudah hilang sepenuhnya.

Perlahan-lahan, dia mengangkat tangan daripada tempat itu. Dia menunduk bersama riak hairan. Kemudian, kepala diangkat memandang jam di dinding.

"Oh, patutlah. Gastrik aku datang sebab tak makan malam lagi," komen Puan Jeon.

Punggung diangkat dari sofa lalu dapur dituju. Tanpa rasa risau atas penyakit yang sedang menimpanya, dia membuat panggilan dengan Mr. Yeo.

Dia rindukan belaian hangat daripada lelaki tua tersebut. Hubungan badan akan dia buat sebaik sahaja mereka selesai makan malam nanti.

******

Hyunjin mendongak memandang wajah seorang lelaki yang berada di hadapannya. Kemudian, dia meraup muka perlahan.

"Apa dah jadi ni? Macam mana dia boleh pengsan?" soalnya.

Rowoon yang dari tadi memandang ke arah wajah Hyejin terus mengangkat kepala. Matanya bertembung dengan mata seorang lelaki yang suatu ketika dahulu merupakan bosnya.

"Aku lepaskan tembakan dekat dada Daniel. Mungkin dia terkejut bila nampak darah dekat lelaki tu. Itu yang dia pengsan," jelas Rowoon tenang.

Lelaki itu tidak membalas. Sebaliknya, memandang wajah penat kakaknya yang sedang terlantar di atas katil. Sudah dua hari, dia tidak sedarkan diri.

Dan sepanjang dua hari itu lah, dia membawa Hyejin untuk menetap di rumah agam miliknya. Dua hari itu juga, dia hanya bekerja dari rumah. Dia mahu jadi orang pertama yang melihat Hyejin bangun.

Doktor Kim yang merawatnya ada memberitahu bahawa Hyejin kekurangan air dalam badan. Juga, dalam masa terdekat, gadis itu akan sedarkan diri.

"Jungkook mana? Lepas apa yang dia buat dekat kakak aku, tak reti nak munculkan diri? Tahu buat anak je? Bertanggungjawab tak reti?" tanya Hyunjin geram.

Lelaki itu menggeleng sebagai jawapan.

"Yoongi cerita dekat aku yang Jungkook tak nak mengaku tu anak dia. Dia kata yang dia tak pernah sentuh Hyejin. Jadi, macam mana pula Hyejin tu boleh mengandung?" terang Rowoon senada.

Bibir bawah digigit lama sambil otak berfikir.

"Aku kenal Jungkook. Dia terlalu innocent untuk menipu. Jadi, apa yang dia cakap tu betul lah. Dia bukan bapa kepada anak dalam kandungan Hyejin.

Maksudnya, ada orang yang sentuh kakak aku. Tetapi, dia jadikan Jungkook sebagai mangsa. Dan aku dah tahu siapa lelaki jahanam tu. Cuma, aku nak tunggu bila dia akan mengaku dengan sendiri tanpa paksaan sesiapa."

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now