[ MJ - 045 ]

1.1K 149 59
                                    

[ MAFIA JEON ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ MAFIA JEON ]

- 045 -


"Argh!" raung Yeonjun kuat.

Jari Jungkook menusuk kuat jahitan yang masih lagi lembab. Tindakan lelaki itu menyebabkan cecair merah mula keluar dari luka tersebut. Dia menusuk lagi.

"Arghh!"

Cukup dalam sehingga menghasilkan jahitan kembali terbuka. Menampakkan sedikit organ dalaman Yeonjun. Dia puas. Suka melihat wajah Yeonjun yang menahan kesakitan.

Pintu yang dibuka oleh seseorang menyebabkan dia menghentikan tingkahnya. Membulat mata Doktor Kim apabila melihat perut Yeonjun yang dilumuri darah.

Mata beralih pada seorang lelaki yang berdiri di samping pesakit. Jungkook menjongketkan kening lalu dia menarik jari yang sudah tertusuk masuk ke dalam perut Yeonjun sekitar dua inci.

"Apa yang encik buat ni?" tanya Doktor Kim terkejut.

Kaki dibawa melangkah mendekati Jungkook dan Yeonjun yang sudah kepenatan menahan sakit. Luka yang sudah terbuka jahitan dipandang dengan kening berkerut.

"Aku buat kerja aku," jawab Jungkook selamba.

Jari yang dilumuri dengan darah Yeonjun dilap menggunak sapu tangan yang sering dibawa. Doktor Kim terus bergerak ke sisi Yeonjun, bertentangan dengan Jungkook.

Luka tusukan tadi disentuh dan dibelek. Dapat dia dengar desahan berat yang terhasil. Ah, luka semakin teruk. Dia yang baru sahaja mahu mengambil sesuatu di laci meja tepi katil, terhenti apabila mendengar suara Jungkook.

"Kalau kau cuba rawat dia, kau mati."

Doktor Kim kaku di tempatnya lalu menoleh ke arah Jungkook. Tidak percaya dengan kata-kata yang baru diungkap oleh jejaka itu.

"Dia tengah sakit. Luka akan jadi semakin teruk kalau saya tak rawat," bantah Doktor Kim.

Jungkook menggelengkan kepala. Isyarat mata diberi kepada dua orang pengawal peribadi yang berada di dalam bilik itu. Mereka berdua bergerak mendekat Doktor Kim lalu memegang kuat lengan lelaki tersebut.

"Apa ni? Lepas lah!" bentak Doktor Kim kuat.

Sudut bibir kanan ternaik sedikit.

"Kematian lelaki bangsat ni perlu dilihat oleh seseorang terlebih dahulu. Gadis yang kononnya dia cinta akan menjadi saksi saat dia dijemput malaikat maut," ujar Jungkook selamba.

**********

Sepasang kaki yang memakai kasut hitam berkilat berhenti betul-betul di hadapan Hyejin. Dia yang dari tadi menunduk ke arah lantai mengangkat kepala.

"Tuan Jungkook panggil Cik Hyejin dan juga yang lain untuk melawat Yeonjun sekarang," beritahu lelaki tersebut.

Hyejin ukir senyuman suka. Dia lantas berdiri. Tangan naik mengenggam lengan Taehyung lalu kaki mereka dibawa bersama. Yang lain sekadar membontoti dari belakang.

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now