[ MJ - 051 ]

924 137 49
                                    

Kerusi yang berada di sisi katil dijadikan tempat di mana dia melabuhkan punggung.

"Sekarang, cuba teka. Franco ni sebenarnya Doktor Kim atau Mr. Kim? Kau cuma ada satu peluang untuk teka. Kalau salah, nyawa kau melayang." Franco memberitahu bersama senyuman penuh makna.

Air liur ditelan perit. Mata bergerak-gerak memandang seluruh wajah Franco. Hatinya dari tadi menyatakan satu nama. Andai kata dia salah, mungkin ini kali terakhir dia melihat wajah lelaki itu.

"Doktor Kim?" teka Doktor Daniel takut-takut.

Franco letuskan ketawa suka. Dia memandang wajah Doktor Daniel yang terserlah pandangan berharap pada muka lelaki itu. Baru sahaja dia mahu membalas, telefon yang berbunyi menyebabkan dia menoleh.

"Hello?" sapanya apabila melihat nama 'Kim' di skrin telefon.

"Bro, Hyejin masuk hospital. Dia keguguran."

******

Bunyi pintu pejabat ditolak memberhentikan perbualan mereka yang mula berubah dingin. Di muka pintu, wajah ketat seseorang yang sangat dikenali oleh Jungkook muncul.

"Orang tua, sila keluar. Aku ada benda nak bincang dengan Mafia Jeon."

Berkerut dahi Mr. Hong apabila tiba-tiba sahaja dia melihat wajah seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Tak ada angin, tak ada ribut. Dia disuruh keluar daripada bilik itu.

"Aku ada benda nak bincang dengan dia. Kau boleh tunggu selepas ni," jawab Mr. Hong selamba.

Kemudian, dia kembali memandang Jungkook yang duduk di kerusi. Baru sahaja dia mahu meneruskan perbualan yang terbantut tadi, dirinya tiba-tiba terasa kaku.

BANG!

Tangan memegang dada yang mula memancutkan darah. Salur pernafasan mula dirasakan semakin sempit. Perlahan-lahan, tubuhnya jatuh ke atas lantai.

Selang beberapa saat, dua orang lelaki bersut hitam memasuki bilik tersebut. Mayat Mr. Hong diangkat dan dibawa pergi meninggalkan mereka berdua.

"Apa khabar, Mafia Jeon?"

Hyunjin berjalan ke arah sofa dan melabuhkan punggung di situ. Kaki kiri diletakkan di atas kaki kanan. Butang kot yang dibuka lalu dilebarkan ke sisi.

"Buat apa kau datang sini?" tanya Jungkook berani.

Terkejut apabila sudah hampir lima tahun dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Kini, wajah budak kecil yang berumur 15 tahun waktu pertama kali mereka berjumpa, muncul di hadapannya.

"Salah ke aku nak melawat lelaki yang dah jaga kakak aku hampir tiga bulan?" soalan dibalas dengan soalan.

Jungkook bangun dan melabuhkan duduk di hadapan Hyunjin.

"Kau tak tahu yang Hyejin pregnant disebabkan aku?"

Tercetus gelakan sinis di belahan bibir Hyunjin. Rambut panjang diselitkan di belakang telinga.

"Aku ada bukti yang mengatakan tu bukan kau. Kenapa? Kau berminat nak jadi bapa kepada budak tu?"

"Jadi, betul lah apa yang Felix cakap? Kau tahu siapa yang buat kakak kau mengandung?"

Hyunjin sekadar mengumam. Dia melirik jam tangan lalu pintu kayu Jungkook yang tertutup dipandang.

"Sekejap lagi, ada seorang lelaki yang kau percaya sangat-sangat akan muncul di pintu tu. Dia akan acukan pistol pada aku sebab aku dah bongkarkan segala rancangan jahat dia pada kau.

Trust me, kau akan terkejut bila tahu dia yang buat kakak aku pregnant. Macam yang aku cakap dekat Rowoon sebelum ni. Dia terlalu innocent untuk buat kakak aku pregnant."

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now