[ MJ - 006 ]

2K 230 118
                                    

[ MAFIA JEON ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ MAFIA JEON ]

- 006 -

Hyejin berjalan menuju ke ruang tamu. Dia melihat Namjoon sedang duduk di situ sambil menonton televisyen. Lantas dia melabuhkan punggung di sebelah Namjoon. Lelaki itu menoleh.

"Dah siap?" soal Namjoon.

Hari ini dia akan membawa gadis itu keluar untuk membeli sedikit barang keperluan memandangkan dia akan tinggal dengan Jungkook untuk beberapa hari.

Baju yang dia pakai malam tadi dan juga pagi ini merupakan pakaian milik adik perempuan Jungkook. Katanya adik Jungkook pernah menetap di rumahnya. Sebab itu, dia mempunyai baju adiknya. Nasib baik muat-muat sahaja.

Anggukan diberi buat soalan Namjoon. Lelaki itu ukir sebuah senyuman.

"Jom."

----------

Kereta Ferrari Enzo berwarna merah meluncur dengan laju di atas jalan raya. Berdesup macam pelesit kereta itu bergerak. Yoongi memandu kereta untuk menuju ke sebuah shopping mall. Namjoon ada mengajaknya sebentar tadi untuk menemani dia dan Hyejin membeli barang.

Kereta dipakirkan di tempat letak kereta bawah tanah. Kaki dibawa menuju ke lif bersama telefon bimbit di tangan. Dia menekan butang lif. Sambil menunggu pintu lif terbuka, nama Namjoon dicari lalu ditekan dan telefon dibawa ke telinga. Talian bersambung.

"Mana kau?" soal Yoongi sebaik sahaja Namjoon menyapanya.

"Aku rasa tak sedap hati lah. Cepat sikit datang sini. Aku ada dekat kedai pakaian wanita ni. Faster! Faster!" arah Namjoon.

Yoongi mengerutkan dahi. Dah kenapa Namjoon rasa tak sedap hati pula? Lagi satu, kedai pakaian wanita? Namjoon ni biar betul. Dia masuk kedai tu? Eii, tak swag langsung!

Pintu lif terbuka. Dia melangkah masuk sambil mata masih lagi memandang ke arah telefon bimbit.

Hanya ada dia seorang sahaja di dalam lif. Setelah rasa tidak ada benda yang perlu dibelek lagi, telefon bimbit dimasukkan ke dalam kocek seluar. Dia masih lagi menunggu pintu lif untuk terbuka.

Ting!

Pintu lif sudah terbuka. Saat dia sedang melangkah keluar, tubuhnya dirempuh oleh seseorang yang nampak seperti tergesa-gesa. Yoongi menoleh.

Dapat dia lihat seorang lelaki yang berpakaian jaket kulit hitam sudah memasuki perut lif. Lelaki itu membetulkan topi yang berada di atas kepala.

Yoongi masih lagi berdiri di hadapan lif. Lelaki itu lantas menekan butang lif sambil menunduk. Saat pintu lif hendak tertutup sepenuhnya, lelaki tersebut mengangkat kepala untuk memandang Yoongi.

Yoongi tidak dapat melihat keseluruhan wajah lelaki tersebut disebabkan topeng muka yang dipakai. Dia mengecilkan mata saat matanya bertemu dengan mata lelaki tadi.

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now