[ MAFIA JEON ]
- 048 -
"Jadi, dah tahu siapa buat Hyejin pregnant?"
Soobin mengeluh lalu menggeleng. Jungkook meraup wajah apabila mendapat gelengan daripada lelaki itu. Dia masih lagi mencari gerangan bapa kepada kandungan Hyejin.
"Aku tak ada bukti nak tuduh orang lain. Sedangkan bukti yang ada pun buktikan kau lelaki yang buat Hyejin mengandung. Tapi, nanti aku cuba cari lagi."
Perlahan-lahan, Jungkook mengangguk. Keluhan dilepaskan. Macam mana Hyejin boleh mengandung kalau baju pun tak tertanggal waktu tu? Setakat sentuh-sentuh macam tu, mana boleh pregnant.
******
Kerusi diputarkan menghadap pemandangan kota yang sering sesak. Tidak kira waktu dan hari. Syarikat yang terletak di tengah-tengah ibu kota menyebabkan pemandangan itu yang sering dilihat olehnya.
"Tuan Hwang," panggil seseorang yang baru memasuki pejabat miliknya.
Hyunjin sekadar berdehem. Tetapi, kerusi tidak dipusingkan untuk menghadap pembantu peribadinya.
"Tuan Hwang tak keluar lunch ke? Atau Tuan Hwang nak saya belikan?" soal Ivy.
Lelaki itu pusingkan kerusi lalu memandang wajah Ivy. Mata merlirik jam tangan Rolex keluaran terbaru yang dibeli semalam.
"Saya makan dekat luar sebab sekejap lagi saya nak berjumpa dengan seseorang. Sebelum saya terlupa, selepas lunch hour, saya ada meeting ke?"
Ivy menggeleng selepas membelek ipad di tangan.
"Jadi, saya tak masuk office selepas lunch hour. Kalau ada yang nak berjumpa dengan saya, postpone to tomorrow, ya?" pesan Hyunjin.
Gadis itu mengangguk tanda faham. Dia meminta izin lalu berjalan keluar dari bilik pejabat pemilik syarikat. Sebuah syarikat yang terkenal dengan produk yang dihasilkan setiap bulan.
Hwang Empire. Menghasilkan hampir berjuta-juta bekalan senjata api yang sudah semestinya akan dibeli oleh pembunuh upahan atau mungkin kumpulan gangster dan mafia ternama.
Untung yang dikaut boleh mencecah hampir puluhan dan ratusan juta dollar. Lima tahun lepas, empire yang dibina jatuh menjunam apabila dia ditikam oleh lelaki yang disangkakan rakan baik.
Dengan bantuan pemegang-pemegang saham yang masih lagi berpihak padanya, dia bangun semula. Membina sebuah syarikat yang menghasilkan senjata api.
Lelaki yang sentiasa terkenal dengan panggilan 'Mafia Jeon' itu akan sentiasa diingati. Perilaku Jungkook lah yang menyebabkan dia jatuh.
Telefon yang berada di dalam poket baju dikeluarkan. Nama seseorang ditekan lalu panggilan bersambung.
"Ada mana, bro? Sihat tak?" sapa Hyunjin ramah.
YOU ARE READING
MAFIA JEON ; 전정국
Fanfiction1ST BOOK by ddyjung JEON JUNGKOOK'S FANFICTION "Mafia Jeon. Remember that name." | Romance + Action + Thriller + Dark | | Love + Friendship | Start : 7 December 2020 End : 28 July 2021 15 +