[ MJ - 054 ]

1.6K 160 59
                                    

Lutut jatuh menyembah lantai. Dia menjerit sekuat hati. Kelibat Hyejin sudah hilang dari pandangan mata. Sebaik sahaja gadis itu selesai berbicara, terus dia melangkah pergi.

Meninggalkan Jungkook keseorangan di situ.

"Hyejin ..."

Kepala ditunduk. Mata dipejam seerat yang mungkin. Bibir tidak henti-henti mengungkap nama seorang gadis yang dicintainya sejak empat tahun lepas, berharap agar gadis itu akan berpatah balik dan pulang semula padanya.

Namun, Hyejin tetap dengan keputusannya. Dia akan pergi dan tidak akan kembali. Sakit di hati masih bersisa walaupun bibir mengungkapkan perkataan 'okay'.

"Maafkan aku. Aku buat kesalahan yang sangat besar pada kau, Hyejin..."

Usapan seseorang pada bahunya menyebabkan tangisan yang tadi kuat sedikit senyap. Dia kenal bau minyak wangi ini. Kepala diangkat dan matanya bertembung dengan mata sayu milik Taehyung.

"Bro, Hyejin..."

Taehyung mengangguk perlahan. Bahu Jungkook dirangkul dari hadapan. Rambut berwarna hitam itu diusap lembut. Sebak hatinya melihat air mata yang berlinangan di pipi Jungkook.

Selama dia hidup membesar dengan lelaki itu, ini kali pertama dia melihat Jungkook menangis hanya disebabkan perempuan. Perasaan cintanya ditolak oleh Hyejin.

Nampak gayanya, pintu gadis itu telah ditutup rapat.

"Ingat, Jungkook. Berpijak pada bumi yang nyata. Kita bukan hidup di dunia disney. Tak semua kisah percintaan akan berakhir dengan pengakhiran yang manis.

Ada kalanya, percintaan itu tak akan berjaya. Itu untuk mengingatkan kau supaya sentiasa percaya pada takdir. Mungkin Hyejin bukan jodoh kau. Tuhan telah rancang segalanya dengan baik.

Jangan mengalah."

******

Hyunjin yang duduk di ruang tamu rumah Jungkook menoleh ke arah tangga apabila dia mendengar bunyi derapan kaki seseorang. Di situ, dapat matanya menangkap wajah Taehyung.

"Macam mana? Dia dah tidur?" tanya Hyunjin apabila Taehyung duduk di sebelahnya.

Lelaki itu mengangguk kecil. Kemudian, keluhan terlepas di bibir.

"Aku kesian tengok kisah cinta mereka berdua. Masing-masing tanggung perasaan kecewa apabila cinta ditolak. Mungkin mereka memang bukan ditakdirkan bersama," kata Taehyung sayu.

Hyunjin hanya mendiamkan diri. Jujur, diri dia turut bengang apabila mendengar apa yang dilalui oleh Hyejin sepanjang dia menetap di situ. Sudah banyak kali air mata gadis itu tumpah.

Namun, dia tidak boleh menyalahkan Jungkook. Lelaki itu ada sebab tersendiri. Jungkook lebih mementingkan keselamatan Hyejin daripada perasaan cintanya.

"Aku ada benda nak bagitahu kau."

Taehyung sekadar bergumam.

"Esok Hyejin dah boleh keluar hospital," beritahu Hyunjin senada.

Terbit senyuman lebar di bibir Taehyung. Gembira apabila gadis itu akan discharge tak lama lagi. Boleh lah dia bermanja kasih dengan Hyejin seperti dulu.

"Tetapi, esok aku dan Hyejin akan terbang ke Australia sebaik sahaja dia discharge."

******

Tangan bertindak melipat pakaian Hyejin yang ada di dalam almari. Hari ini, gadis itu sudah dibenarkan keluar. Hari ini juga, dia dan Hyejin akan terbang ke Australia.

"Tak boleh ke kau buka hati kau untuk aku, Hyejin? Benci sangat ke kau pada aku?" rintih Jungkook sayu.

Hyejin mendiamkan diri. Rasa kesian timbul sedikit di hatinya. Bibir bawah dibasahkan sebelum berkata,

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now