[ MJ - 004 ]

2.8K 271 62
                                    

[ MAFIA JEON ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ MAFIA JEON ]

- 004 -

Masing-masing menikmati kedinginan angin yang datang dari laut. Bunyi hempasan ombak sedikit sebanyak membuatkan diri mereka tenang. Kini, mereka sedang berada di sesuatu tempat, di mana terbentangnya sebuah lautan yang sangat luas. Adriatic Sea. Laut yang agak popular di Eropah.

Keluhan berat dilepaskan oleh Jungkook. Hyejin menoleh memandang Jungkook apabila dia mendengar keluhan dari lelaki itu. Muka Jungkook yang berada di sebelahnya ditilik. Kacak.

Walaupun dia tidak dapat melihat muka Jungkook dengan jelas disebabkan suasana yang agak gelap, dapat dia agak lelaki itu sedang mempunyai masalah.

"Awak okay? Ada masalah ke?" soal Hyejin.

Jungkook yang sedang memejamkan mata hanya mengeleng-gelengkan kepala perlahan. Sesekali, nafas panjang ditarik. Udara pada malam itu sungguh nyaman.

Hyejin hanya membisu. Fikirannya memikirkan kata-kata yang baru diungkap oleh ketiga-tiga orang lelaki tadi sewaktu di cafe.

"Kalau kau nak tahu. Lucas yang kau berkawan sepanjang tiga tahun waktu kau belajar dekat universiti tu sebenarnya bapak ayam. Gigolo. Dia akan lacurkan mana-mana perempuan yang dia nak sesuka hati dia." – Taehyung.

"Lagipun, dengan pakej yang dia ada, dia boleh laksanakan kerja haram yang dia buat tu. Sebab tu, ramai yang tertipu dengan kata-kata manis daripada lelaki jahanam macam dia." – Soobin.

"Syukur kau terselamat dari lelaki buaya tu. Sebab apa yang aku dengar daripada orang yang pernah melanggan perkhidmatan dia, perempuan-perempuan yang dia lacurkan tu akan dibunuh selepas sahaja dah diguna sebanyak tiga kali. Aku tak tahu apa yang bermain di fikiran dia. Tetapi, tu lah yang berlaku." – Jungkook.

Terima kasih tuhan sebab kau hadirkan aku tiga orang lelaki yang telah selamatkan aku daripada perbuatan jahanam Lucas. Aku bersyukur, tuhan. Kalau tidak ada mereka, sudah tentu hancur hidup aku disebabkan lelaki tak guna tu.

"Jom lah kita balik. Dah malam ni," kata Jungkook lalu dia berdiri.

Hyejin angguk-anggukan kepala lalu dia turut berdiri. Mereka berdua berjalan untuk kembali ke kereta.

"Kenapa awak tolong saya?" tanya Hyejin lalu matanya memandang Jungkook sekilas.

Jungkook yang mendengar pertanyaan daripada Hyejin hanya mengangkat bahu.

"Aku rasa aku perlu tolong kau. Hm, sebagai seorang manusia."

Hyejin mengangguk. "Terima kasih sangat-sangat."

Lelaki itu memberhentikan langkah. Tangan diseluk ke dalam poket seluar. Hyejin turut berhenti melangkah apabila dia melihat Jungkook berkelakuan sebegitu. Tubuh Hyejin dipandang atas bawah.

MAFIA JEON ; 전정국Where stories live. Discover now